Ahad, 9 Mac 2014

B Complex Shaklee Dan Warna Urine

Salam buat semua sahabat dan para pengunjung....
Malam ni ada salah seorang sahabat di group whatsapp Shaklee mengutarakan soalan pelanggannya "Kenapa selepas amal b complex air kencing berwarna kuning?" 

Ok jom kita lihat kenapa dan mengapa ianya berlaku setelah kita amalkan b complex, adakah ianya suatu yang luar biasa @ tidak.

Kebiasaannya apabila anda mengamal b complex shaklee, anda akan mendapati urine anda berwarna kuning terang, dan jika anda mendapati urine berwarna kuning gelap jangan risau anda hanya perlu mengambil air masak secukupnya.

Kenapa amal b complex urine berwarna kuning? ini adalah kerana vitamin B complex shaklee jenis larut air. Salah satu unsur kandungan dalam b complex adalah RIBOFLAVIN. Lebihan yang tak dapat diserap akan disingkir melalui urine, oleh kerana itu ia berwarna kuning cerah.

Jom mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal
KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex
KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex
KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)
KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome.

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.
Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Ok dah tahu kenapa urine / air kencing bertukar-tukar? perbanyakkan minum air masak dan amalkan gaya hidup sihat, In Sha ALLAH segalanya akan baik2 sahaja.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:






Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...