Sabtu, 17 Ogos 2013

Info DTX COMPLEX yang perlu kita ketahui

Perbezaan DTX Shaklee

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex

1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)

Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema

2. Articok (Artichoke)

Membina semula sel-sel hati
Merangsang pengaliran hempedu

3. Dandelion

Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
Melawan tumor dan kanser
Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air

4. Kunyit

Mengandungi curcumin : bahan anti-oksida
Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

5. Reishi Mushrooms (Ling Zhi)

Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
Merawat sindrom keletihan yang kronik
Membantu mencegah penyakit jantung

6. Schizandra

Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin

Note: Saiz hidangan – 3 biji sehari (untuk 30 hari) & 90 biji / botol

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikan untuk membaiki.

Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:

1. Rembesan Hempedu

Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A

2. Bertindak sebagai Detoksifikasi

Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
Hati mengawal metabolism protein
Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul

3. Mengawal Paras Gula dalam Darah

Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin

4. Penting untuk metabolisme Lemak

Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.



Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...