Rabu, 30 Mei 2012

Cerita ibu Sakit II (Al Fatihah)


Salam Rabu kawan2 Ibu....
k hari ni baru terasa nak sambung cerita ibu sakit,
Sblm ni ibu cerita permulaan ibu sakit hingga masuk wad kan? seterusnya malam pertama di wad pada mulanya ibu ok je tapi bila time nak tido ibu mula rasa sejuk yg teramat lah sangat, ibu panggil nurse yg bertugas bgth yg ibu sejuk, tp nurse hanya menoleh dan berlalu, dan ibu terus x sedarkan diri.


Sedar2 petang keesokan harinya dan tangan ibu sebelah kanan di ikat pada katil, dan ibu berada di tempat lain. ibu jd cuak knp ibu ade di tempat lain dengan doc tetibe nak jahit peha untuk set line ubat, keadaan menjadi lebih kalut bila ibu rasa katil seperti bergoyang2 dengan kuat seperti gempa bumi, ibu dlm keadaan separuh sedar masa tu, 8pm baru ibu pulih sepenuhnya. tapi ibu rimas dengan wayar2 oksigen, air, antibiotik dan sebagainya.

Mengikut cerita nurse keadaan ibu malam tu begitu teruk sangat sehinggakan nak cek jantung pun x dapat sbb ibu menggeletar terlalu kuat hingga mata terbeliak. bila ibu tanya doc knp ibu jadi mcm tu doc kata mungkin kerana jangkitan kuman & demam terlalu tinggi dan doc suspek ibu ade sawan.... heheheh ibu x ade keturunan sawan la doc.... akhirnya untuk pastikan ibu sawan @ ade darah beku di kepala ibu dihantar untuk buat ujian ctscan pd hari ke 3 di wad. Alhamdulillah ujian ct scan semua ok.


Pagi hari ke 3 ibu di wad, seawal 7am ibu terima msg dr kakak ipar seterusnya dr abah arif mengatakan abg sulong ibu diserang strok subuh hari dan dibawa dengan ambulan ke HKL juga, bagai direntap jantung ibu dengar khabar duka itu, dan dlm 9am abg ibu yg no2 dtg bercerita pula adik ibu yang ikut ambulan dengan motor di langgar teksi yg cuba mengelak ambulan yg membawa abg sulong ibu. Adik ibu mengalami luka2 yang agak besar juga di lengan dan jari.

Arwah semasa hayatnya berkerja sebagai tukang gunting rambut.

Abg ibu di tempatkan di wad neuro dan disahkan tiada harapan kerana strok yg dialaminya menyerang saraf tunjang dan tidak boleh dibedah. Otak abg ibu telah mati sepenuhnya. ibu minta izin doc nak p melawat awalnya doc bagi tp sister pulak x bagi sbb ibu lemah dan dijangkiti kuman ditakuti ibu bertambah teruk, redha dengan keputusan itu ibu berdoa supaya cepat dpt keluar dari wad. Alhamdulillah hari ke 4 ibu dibenarkan keluar, bila dapat saja segala dokumen dr doc ibu terus menapak ke bangunan Neuro untuk ziarah abg ibu. keadaan abg ibu sungguh sedih, Hari ke 3 abg ibu di wad Neuro akhirnya tepat jam 6.20pm abg ibu pergi buat selamanya.

Ibu rs x dpt nak bercerita sepenuhnya mengenai arwah sbb setiap kali menaip cerita mengenainya ibu pasti sebak dan mengalirkan airmata kerana terlalu rindu pada arwah, arwah dikebumikan keesokannya di tanah perkuburan islam segambut taman sri sinar, satu tempat dengan arwah mak dan bapak ibu.

Al fatihah buat arwah abg ibu S.H Murad B. Sanoesi semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman juga Al-fatihah buat arwah mak Rudia Bt.Sanwan & arwah bapak Sanoesi B. Mashood.

Amin!

2 ulasan:

mamawana berkata...

Simpati dan doa dari mamawana semoga ibu cepat sembuh. Alfatihah buat yg pergi. Bila sakit mama amalkan doa Syifa' 6 sbg zikir harian.

Kasih Ibu Arif Atan berkata...

@mamawana; terima kasih atas doa & insyaallah akan diamalkan doa syifa' tu... :)

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...