
4 ekor udang galah
Bahan A:
Mentega secukupnya
1 butir telur
Sedikit susu cair
Sedikit susu pekat
* Kacau sebati kesemuanya
* Kalau guna butter yang unsalted, boleh lah tambahkan sedikit garam semasa menggoreng udang
Bahan B
1 batang serai
4 tangkai cili padi
Daun kari secukupnya
* Dihiris halus dan digoreng dgn sedikit minyak
Cara-cara:
1. Panaskan mentega dan goreng bahan A yg telah dikacau sebati dlm satu bekas tadi.
2. Caranya dengan memasukkan bahan A ke dalam kuali berisi minyak tadi adalah dengan menuang perlahan-lahan dan terus dikacau sehingga kekuningan. Angkat dan gaul bersama udang yang telah digoreng serta Bahan B yg telah digoreng ketika masih panas.
3. Hias dan hidang mengikut citarasa anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan