Rabu, 14 April 2010

Aruz bi laban


Bahan-bahannya:
~100 gram berasair secukupnya
~1 tin (400ml) susu cair rendah lemak
~600 ml air200 – 250 gram gula
~5 sudu besar tepung beras1 sudu teh esen vanilla½ -
~ 1 sudu besar air mawarserbuk kayu maniskacang badamkacang pistachioskismis
Cara-caranya
1. Cuci bersih beras dan masukkan kedalam periuk tuangkan secukup air atas sedikit dari paras beras dan masak sehingga berasnya bertukar menjadi nasi. Kemudian nasinya ditoskan dan dibilas dengan air sejuk. Ketepikan.
2. Kemdian tuang susu cair dan juga 600 ml air kedalam periuk dan masukkan nasi tadi dan biarkan ia mereneh dengan api sederhana besar. Kena dikacau selalu agar dasarnya tidak hangus. Masak selama 10 – 15 minit sehingga nasinya kembang dan susunya mereneh.
3. Masukkan pula gula, esen vanilla dan air mawar dan kacau lagi. Tepung beras dibancuh dengan sedikit air dan kemudian dimasukkan kedalam periuk dan kacau pudding selalu dengan senduk kayu menggunakan api sederhana kecil sehingga ia memekat sedikit dalam 5 – 10 minit.4. Kemudian tuangkan kedalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk. Sewaktu hendak menghidang taburkan permukaannya dengan serbuk kayu manis, kacang badam, kacang pistachios dan kismis. Enak juga dihidangkan dengan buah-buahan segar seperti peach atau strawberi.

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...