Isnin, 28 Disember 2009

Arif Dah Tumbuh Gigi


Rasanya hampir sebulan agaknya aku tak mencatat apa2 dalam blog ni, tapi hari ini tetiba hati ni terasa macam nak bercerita mengenai buah hati pengarang jantungku AHMAD ARIF!!!

14-12-09 baru2 ni bersamaan hari isnin Arif genap setahun, tapi masih merangkak ( x pandai jalan lg, kadang2 aku geram n gigit kaki dia-heheheh) dan tak tumbuh gg lg, mulut mmg tak duduk diam sama dgn aktiviti fizikalnya, memanjat, mengemas n menyelongkar menjadi rutin hariannya jika aku atau tukang jaganya terleka...

Hampir setiap malam sblm aku melelapkan mata aku renung wajah kecilnya, terasa sayu bercampur gembira, tak sangka aku sudah setahun menjadi ibu kepada permata hatiku ini. Terasa begitu pantas masa berlalu.

Abahnya!!! Arif mmg jarang bersua muka dgn abahnya, 97% Arif membesar bersama aku, abahnya sibuk mencari rezki biarkan lah. (LUPAKAN LAH)

Pagi semalam makcik Arif merangkap adik bongsuku memberitahu yang gg Arif dah nampak sikit, puas aku suruh nganga tapi dia tak mahu sudahnya malam tadi masa dia tidur aku suluh dgn lampu picit gusi dia.... hehehe terujanya aku dapat lihat dan sentuh gg Arif. Kini aku menanti saat Arif mahu bertatih pula.. Ibu akan tunggu tanpa jemu sayang..

Aku juga bersyukur kerana sejak keluar wad akhir awal bulan 10, Arif tak menunjukkan yang dia tidak sihat kalau ada pun cuma demam biasa sahaja. Bagiku cukuplah untuk Arif untuk masuk wad lagi aku tak sanggup melihat dia menangis ketika doktor mahu mengambil jalan atau mahu masukkan jarum untuk antibiotik, bayangkan kalau sehari sampai 4x tercabut, sekali buat 2 3 kali cucuk... meraung2 Arif dgn airmate lebat macam hujan memandang aku minta pertolongan.. aku hanya tersenyum menyembunyikan rasa sedih dan airmate.. Ibu mana sanggup melihat anaknya terseksa?

Harapan dan Doaku moga Arif terus sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT...Ameen Ya Rabbal A'lamin.

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...