Selasa, 30 Jun 2009

SABAR ITU INDAH

Seringkali aku bersyak wasangka pada insan yang aku cintai, knp lah aku bersikap sedemikian? teringatkan pesanan sahabat2 yang begitu memahami agar aku lebihkan bersabar kerana "sabar itu separuh dari iman".
Peristiwa malam tadi masih lg aku muhasabahkan, Sekitar jam 10.15pm aku membuat panggilan telifon kepada suamiku. "Abang Assalamualikum!" Setelah salam ku di jawab aku segera bertanya lagi, "Abang kat maner nih?" Balas suamiku pula: "on the way balik la ni"
Tepat jam 10.45 suamiku sampai tapi tidak naik ke rumah dia hanya buat panggilan dari bawah blok umah ku dan minta aku turun untuk mengambil susu anak yang aku pesan. Perasaan marah kembali menguasai diriku... Marah kerana suamiku tidak mahu naik menjenguk anak sangka burukku. ish teruk betul aku nih!
Ketika menuruni anak tangga ke bawah aku pujuk diriku supaya bersabar, bersua sahaja dengan suamiku aku memaniskan muka dan bersalam dengannya. Sambil tersenyum aku bertanya
"knp abg mcm mrh jer penat yer?" aku sorok perasaan marah dengan senyum meleret, tanpa jawapan suamiku berkata "p lah naik dulu nanti abang balik nak menarik skit nih!" Serta merta keluar di fikiranku benarlah kata teman2 sabar itu indah! Andaikata tadi aku terus marah tanpa usul periksa bukan kah tidak manis dalam hubungan suami isteri... YA ALLAH berikan lah hambamu ini kesabaran yang tinggi dalam mengharungi kehidupanku yang "SEMANIS MADU TAK SEPAHIT HEMPEDU"

{Mungkin bagi kawan2 yang tak tahu kisah hidup saya tidak faham kenapa saya bersikap demikian bila suami saya tak naik rumah.. tp tak ape mana yang tahu, saya sekadar nak meluahkan ape yang bermain di fikiran.}

1 ulasan:

SitiDarna berkata...

~aMPUNKAN DAN MAAFKAN iSTERIMU

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...