Sabtu, 6 Oktober 2012

Perlu @ tidak?

Salam dan selamat sejahtera, tghr ni ibu ternampak berita utama di muka depan haian metro, yang bertajuk "DENDAM NAK SEBAR SIFLIS" berita seperti di bawah

KUALA LUMPUR: “Daripada sakit sendirian, biar semuanya sakit,” kata Chi, 16, gadis Vietnam penghidap penyakit kelamin kronik yang dieksploitasi sebagai pekerja seks selepas diperangkap sindiket pelacuran.
Berkongsi kisah hitamnya dengan Harian Metro, Chi mendakwa dia dipaksa menjadi pekerja seks di Malaysia selepas terperangkap dengan janji manis sindiket pelacuran yang menawarkan pekerjaan sebagai model atau kerani dengan bayaran mencecah RM3,000 sebulan.
Menurutnya, sejak dipaksa menjadi pekerja seks, dia mula berdendam dengan lelaki dan hanya berpura-pura gembira ketika melayani mereka di ranjang.

“Jika tidak berbuat demikian, saya dipukul bapa ayam. Jadi, mahu tidak mahu, saya terpaksa layan mereka,” katanya memberitahu dia turut dipaksa mengambil ubat yang membolehkannya melayan 10 lelaki dalam satu malam.

- Persoalannya apakah berita ini menjadi 1 masalah pada orang lelaki atau pun tidak, perlu ditakuti oleh kaum adam ataupun tidak? jawapannya adalah TIDAK bagi ibu, kenapa ibu kata tidak?

- Ya tidak perlu ditakuti n dirisaukan oleh kaum adam jika mereka beriman kepada ALLAH dan tidak terjebak dengan perkara yang melibatkan DOSA BESAR ini, jika mereka tidak melanggan pelacur maka mereka tidak perlu takut.

- Jadi jika ada diantara anda yg resah gelisah bila baca berita ini, tanya diri anda KENAPA?

ok setakat ini sahaja coretan ibu untuk kali ini.......

Jumaat, 3 Ogos 2012

.:: Dah Mula Mahu Makan ::.

Salam 14 Ramadhan buat semua sahabat2 ibu, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kita semua telah pun berada di pertengahan Ramadhan, Ramadhan tahun ini ibu seperti tahun lepas lebih gemar memasak sendiri walaupun letih balik dari kerja, terasa lebih puas dengan masakan sendiri. Kalau ada yang beli pun cuma kuih muih saja.

Sbnrnya bukan itu yang nak diceritakan......

Ok sbnrnya nak citer skit kat kawan2 ibu, sblm ni Arif mmg ssh sangat nak makan nasi, kalau makan pun nak lauk je ikan,daging & ayam je! Kemudian tahun ini Arif kerap sangat demam, hinggalah bos ibu tegur bila dia tahu yg Arif demam lagi, cuba bagi Arif minum Scots Emulsion. betul juga kan? jadi minggu lepas ibu ke farmasi KPJ TAWAKAL dan cari SE tp x ade, yang ade multi-vitamins brand seven seas seperti dlm gambar diatas.
.
Awal-awal bg Arif minum dia cakap "Eiii bau mcm taik" aduhai anak sabor je lah ckp mcm tu, tp mujur Arif nak juga minum walaupun ade bau skit, bau minyak ikan tu yg agak hamis skit tp bau oren tu lagi kuat. Skrg skit2 "ibu Arif demam, kn makan vitamin" hehehehehe.
.
Ibu bagi dia sehari sekali dan Alhamdulillah semalam dia minta makan jam 1 pagi, banyak juga dia makan, suka sangat ibu..... so kalau kawan2 yang ade anak2 x mau makan blh cuba bg SE @ Multivitamins yg ibu try bagi Arif ni.
.
SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA PUASA MALAM NANTI!!! 

Sabtu, 21 Julai 2012

Alhamdulillah...

Salam Ramadhan buat semua sahabat2 yang dikasihi...
Alhamdulillah selesai sudah puasa Ramadhan yang pertama pd hari ini,
Semoga ada ruang bagi ibu untuk meneruskan puasa pada tahun ini dengan jaya dan diberkati ALLAH!

Dikesempatan ini, ibu mengucapkan Salam Ramadhan Kareem buat semua sahabat2, doakan kesihatan ibu sekeluarga dan
semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua dan jadikanlah bulan ramadhan ini sebagai salah
Satu daripada taman2 syurga milikNYA.

SELAMAT BERIBADAH

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...