Air Susu Ibu @ ASI adalah sesuatu yang bermakna buat ibu2 yang melahirkan anak, bukan semua ibu2 yang berpeluang untuk menyusukan anak mereka, tapi patutkah seorang ibu yang hanya baru 4 bulan 2 minggu menyusukan bayinya menyelar ibu2 yang tak menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah seorang Wanita yang CACAT & menyekat rezki anak mereka.
Mana ada ibu yang tak mahu menyusukan anak mereka? macam anak sedara ibu sejak bersalin memang tak de susu yang mengalir keluar dari badan dia, setiap hari menangis kerana tak dapat merasa nikmat menyusukan anak, ibu sendiri Arif x mahu menyusu badan sepenuhnya sewaktu usia 6 bulan, kecewanya ibu masa tu x de siapa yang tahu, walau diluaran ibu beri FM pada Arif tapi ibu cemburu tengok ibu2 lain yang menyusukan Anak mereka.
Rabu, 30 Mac 2011
.:: Hanya Kamu ::.
Pagi Ahad bebaru ni lalink bagitahu yg FIL ibu meninggal dunia,
Semuanya terlalu mengejut buat ibu, Ibu tak berkesempatan bersua muka dengannya.
Sehingga ke n3 ini di tulis lalink masih lagi di kampung, MIL ibu pulak tak sihat kerana terlalu terkejut dengan pemergiaan suami tercinta. Kasihan MIL, alangkah bagusnya jika ibu dapat memeluk erat menenangkan sambil memberi kata2 semangat pada beliau.
Kalau kawan2 ibu tertanya2 kenapa ibu tak ikut balik kg, baca kisah ibu di SINI, mungkin kalian akan faham keadaan ibu setelah baca n3 tersebut.
"Mak, Darna teramat merindui mak, walaupun Darna jauh disini tapi mak sentiasa dihati"
Semuanya terlalu mengejut buat ibu, Ibu tak berkesempatan bersua muka dengannya.
Sehingga ke n3 ini di tulis lalink masih lagi di kampung, MIL ibu pulak tak sihat kerana terlalu terkejut dengan pemergiaan suami tercinta. Kasihan MIL, alangkah bagusnya jika ibu dapat memeluk erat menenangkan sambil memberi kata2 semangat pada beliau.
Kalau kawan2 ibu tertanya2 kenapa ibu tak ikut balik kg, baca kisah ibu di SINI, mungkin kalian akan faham keadaan ibu setelah baca n3 tersebut.
"Mak, Darna teramat merindui mak, walaupun Darna jauh disini tapi mak sentiasa dihati"
Selasa, 29 Mac 2011
Dosa gugur apabila Suami-Isteri Bersalaman
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Isnin, 28 Mac 2011
.::Sakit Yang Tiba-Tiba::.
Salam..
Tak tahu mana silapnya kaki ibu sakit, semalam p klinik dan ibu masih boleh berjalan, Malam tadi masa duk menahan sakit Arif berlari2 dan jatuh atas kaki ibu, memang teramat sakit sampai ibu tak sedar menghempas pintu dan menangis.. Sakit sangat2! Mula dari Arif jatuh tu, kaki ibu semakin sakit, nak berjalan pun tak boleh tapi ibu gagahkan juga sbb Arif perlukan layanan.
Paling ibu taktahan bila tersilap pergerakan, memang teramat amatlah sakitnya.. sepanjang malam ibu menangis menahan sakit.. Nak ke Klinik lagi tak boleh. nanti turun tangga lepas naik tak lepas!
Kawan2 semua doakan ibu ya sbb rase sakit dah mcm merebak ke atas buku lali.
.
:(
'
Ahad, 27 Mac 2011
.:: Botol Susu Baru Arif ::.
Salam..
Petang tadi ibu kuar dgn hajat nak ke klinik,
Tapi sampai je depan klinik Ampang di Seksyen 1 wangsa Maju
Perasaan hampa menyelubungi ibu TUTUP la plak..
Uwwwaaaaaa..
*
Terus ibu patah balik ke Sri Rampai untuk beli susu Arif.
Pasaraya B&O sesape yang duk area wangsa maju mungkin tahu pasaraya ni.
Masuk2 ibu terpandang botol2 susu yang berderet kat atas rak, Ibu pun belek2 ternampak lebel BPA Free!
Huhuhu auto ibu amik sekali 3, walaupun ibu dah order dengan kawan di FB, tapi nampak gayanya ibu kena tangguhkan ke bulan depan, sbb bajet ibu bulan ini mmg larik.. Esok ibu nak ke klinik plak.. banyak yg ibu nak suruh doc check, SIL ibu dah pesan sedia sekurang2nya RM100...
Harap2 kawan ibu kat FB faham masalah ibu.
Taddaaaaa 3 biji ibu sambaq!!!
Yg menarik yg puting kuning tu lain dari biasa.
yang penting lebel ni BPA FREE
Haaaa yg ni mesti lagi menarik bagi ibu2 yang berpendapatan rendah
1 botol berharga RM7.90 8oz
RM7.90 x 3 = RM23.70
huhuhu jimat kan!!!
'
Tamparan seorg ustaz!!!
Seorang pemuda yang sudah lama menuntut di luar Negara kembali ke tanah air. Tibanya di rumah, dia meminta bapanya mencarikan seorang guru agama, ustaz ataupun sesiapa sahaja yang dapat menjawab tiga pertanyaannya,
Akhirnya bapa pemuda itu mendapatkan seorang ustaz. Pemuda : Ustaz ini siapa? Bolehkah ustaz menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?
Ustaz : Saya hamba Tuhan dan dengan izinnya saya menjawab pertanyaan saudara.
Pemuda : Ustaz yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Ustaz : Saya akan cuba sedaya upaya mampu.
Pemuda : Saya ada tiga pertanyaan iaitu:
- Sekiranya Tuhan itu ada, tunjukkan kepada saya yang Tuhan itu wujud
- Apa yang dinamakan takdir,
- Sekiranya syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api, tentu tidak menyakitkan syaitan. Sebab mereka mempunyai unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir?
Pemuda : Kenapa marah saya? (sambil mengusap pipi, menahan sakit)
Ustaz : Saya tidak marah.. Tamparan itu adalah jawapan saya atas tiga pertanyaan yang saudara ajukan kepada saya.
Pemuda : Macam mana pula?
Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu sakit.
Ustaz : Jadi saudara percaya sakit itu ada?
Pemuda : Sudah tentu!
Ustaz : Tunjukkan saya sakit itu?
Pemuda : Tentu tidak boleh.
Ustaz : Itulah jawapan soalan pertama. Kita semua rasa kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat kewujudannya.
Ustaz : Apakah malam tadi saudara bermimpi ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Ustaz : Saudara pernah terfikir akan menerima tamparan daripada saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Ustaz : Itu yang dinamakan takdir. Tangan yang saya gunakan menampar saudara dibuat daripada apa?
Pemuda : Kulit.
Ustaz : Pipi saudara dibuat daripada apa ?
Pemuda : Kulit.
Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya ?
Pemuda : Sakit. Ustaz : Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga dibuat daripada api, sekiranya Tuhan menghendaki, maka neraka menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan.
Oleh: Pesanan buat diriku
'
MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.
Sabtu, 26 Mac 2011
.:: Ke Night Market @ Setapak Jaya ::.
Salam,
Ermm dah lama rasenyer ibu tak p pasaq malam aka night market setapak jaya.
So petang tadi dalam 6.30pm terkedek2 la ibu ngan Arif p pasaq malam, p naik bas T302.
Arifkan suka naik bas... Sampai je p,malam ibu terus singgah tempat DVD, hajat nak beli DVD upinipin lagi.
Tapi tak jadi.. ibu beli DVD barney untuk Arif, biar dia belajar BI skit...
Pastu Singgah beli Mainan Arif sbb hari tu masa jatuh tangga pujuk dia nak beli mainan baru,
Tapi ibu bukan beli mainan yg tak de faedah k, ibu beli English Learner (22 xtvt untuk my little boy)
Tadaaaaa inilah dia dari rege RM38.90 Ibu kecek2 dapatlah rege RM33.00
Dah Dapat dah... Sangat teruja dapat lap top sendrik..
Lepas ni jgn kacau notebook Ibu ye sayang musyuk masyam!
Kusyuk kan Arif ngadap Laptop baru dia
(laptop la jugak kan)
Lepas dapat barang2 tu semua dia sibuk ajak balik...
ermmm bertuah punya anak.. ibu ni tak sempat beli apa pun tau..
makanya ibu just beli laksa penang & 3 cucuk steamboat untuk Arif.
& 7.35pm Ibu dah sampai umah...
'
Apa Itu Rotavirus?
Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah adalah cara badan kita mengeluarkan toksin daripada perut dan ianya bukanlah diklasifikasikan sebagai kes serius. Kebanyakan kes tersebut biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa jam. Namun begitu, ibubapa perlu bimbang sekiranya suhu anak mula meningkat dan diikuti dengan muntah atau cirit-birit yang berpanjangan. Ini kerana kajian menunjukkan cirit- birit adalah merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan 35 hingga 50 peratus daripada kes kemasukan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di hospital akibat cirit- birit teruk adalah berpunca daripada jangkitan Rotavirus.
.:: Obses Ngan Upin & Ipin ::.
Petang semalam ibu balik2 tengok adik lelaki ibu demam panas,
Hati ibu ni terusik sbb bila dia sakit arwah mak lah yg duk uruskan makan minum dia, ni arwah dah tak de jaga diri sendrik la jawabnya, tapi ibu tak de lah lepas tangan tau.. ermm sampai umah cek telifon rupenye ade msg dr adik ibu suruh beli air kotak milo. Siannya.... adehh gaji tak masuk lagi macammana ni...
.
Ermmm Pk punya pk try kol member opis tny gaji, alhamdulillah dah clear ptg semalam so ibu pun terus siap2 p K4 wangsa maju, alang2 kuar tu p sana teruslah boleh beli barang arif skali. Kat K4 biasalah Arif buat prangai, kena cubit je ngan ibu, tetibe ibu teringat nak ke farmasi tetengah K4, masuk je area tu Arif dah jerit2 upin ipin rupenye dia nampak barangan baby ade gambar 2 budah botak tu, seperti biasa jika hajat tak dipenuhi mengamuk sakan lah... so ibu belek2 ade cream bath... tengok harge pun tak mahal ibu sambar 1 & arif senyum puas hati.. Geram kannnn?
'
Hati ibu ni terusik sbb bila dia sakit arwah mak lah yg duk uruskan makan minum dia, ni arwah dah tak de jaga diri sendrik la jawabnya, tapi ibu tak de lah lepas tangan tau.. ermm sampai umah cek telifon rupenye ade msg dr adik ibu suruh beli air kotak milo. Siannya.... adehh gaji tak masuk lagi macammana ni...
.
Ermmm Pk punya pk try kol member opis tny gaji, alhamdulillah dah clear ptg semalam so ibu pun terus siap2 p K4 wangsa maju, alang2 kuar tu p sana teruslah boleh beli barang arif skali. Kat K4 biasalah Arif buat prangai, kena cubit je ngan ibu, tetibe ibu teringat nak ke farmasi tetengah K4, masuk je area tu Arif dah jerit2 upin ipin rupenye dia nampak barangan baby ade gambar 2 budah botak tu, seperti biasa jika hajat tak dipenuhi mengamuk sakan lah... so ibu belek2 ade cream bath... tengok harge pun tak mahal ibu sambar 1 & arif senyum puas hati.. Geram kannnn?
Inilah Cream Bath yg Arif amukkan!!!
Lepas dah bayar semua ibu terus p kaunter P1 wimax bayar bil sbb nak on9 sampai lebam..
Alhamdulillah settle semua...
'
Jumaat, 25 Mac 2011
.:: Hari Keluarga Badan Kakitangan Harakah 2010/2011 ::.
Ermmm... Gambar lama yang nak ibu kongsikan bersama korang.
Rehlah Bakkah (Badan Kakitangan Harakah) 2008..
Heee masa ni ibu mengandung 5 bulan,
Ibu p tanpa kehadiran lalink sbb tuntutan kerja & x dpt cuti, Ibu nak p jugak walaupun tanpa lalink.
Ermm... Rehlah 2009, ibu tak sertai ms tu depa buat di PD,
Ermm 2010 plak tertunde ke tahun ni 2011, kali ni kami akan ke gold cost pantai morib..
Hehehe bukan Gold cost Astralia ye.. ngeeeee!!! kali ni ibu akan p ber3 Insyaallah.. 28 & 29 Mei 11 nanti.
tentunya kali ni lebih bermakna dengan kehadiran lalink & chenta hati ibu Arif... Semoga ALLAH permudahkan segala urusan Amin!!!
'
Khamis, 24 Mac 2011
THIS IS MY STORY
Rabu, 23 Mac 2011
.:: Buah Hati Ibu ::.
Arif dlm pantang...
Rasa baru je semalam lahirkan budak musyuk-musyuk ibu ni.
Ermmm semalam Arif sibuk tengok cubang yang bercet cet dlm bilik air.
Ibu suruh Arif keluar, "Arif kuar yang x mo men dlm bilik air kotoq".... Diam je..
"Arif Keluar!"(Nada tinggi) - Arif: "Ye Mak, Jap jap abg tauu" Sambil keluar dr bilik air.
Adehhhh...
Dah busat anak ibu ni, akal pun panjang dah, menjawab pandai sesangat la.. siap cakap abg tau bila ibu suruh keluar... Ermmm dah la masih tak boleh nak panggil IBU, Mak, Mak je yg dia sebut, tapi bila dia panggil IBU buat ibu tersentuh naluri keibuan ibu ni.. Haii Arif Arif.... Sekarang ni plak suka benor tengok katun upin ipin, hari tu tengok suh amik bawak keluar budak botak tu, dah dapat... Terbaru nak kan rambutan plak... aduhaii mmg betul la budak2 suka mengikut apa yang dia tengok... Dah janji dapat gaji ni nak belikan dia rambutan.
.
Skrg ni pun dah mandai nak majuk2, dah 3 kali seingat ibu Arif x mau balik umah bila ibu p amik lps balik kerja kat umah pengasuhnya. memula masa pagi abg firdaus dia anto, dia menangis tak mau p sbb ibu ngan abah dia ade kat bawah.. abg dia dukong so melalak2 lah Arif mengamuk. cian abg daus dah la kecik kena dukung Arif naik tingkat 5 plak.
Kali ke2, petang semalam semua gara2 x dpt ikut abah dia naik kette p kerja, puas lah ibu memujuk Arif ajak balik... sampai umah duk merengek je, teringat gambar upin ipin kat pintu esbok, suwoh dia berdiri ibu nak amik gambar, baru lah ok.... tengoklah senyumm meleret je tu.... Besar dah anak ibu 14 Dec ni genaplah 3 tahun... Nanti ibu bagi adik kat Arif ye kalau ALLAH izinkan ye sayang Muahhhh!!!!
'
.::Usah Cari Yang Terlalu Sempurna::.
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
.::Jangan Telan Panadol::.
Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
.:: Khasiat Nenas Batu ::.
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Di dalamnya terkandung berbagai-bagai khasiat.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
2. Di dalamnya terkandung berbagai-bagai khasiat.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
.::Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin hampir::.
Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ia nyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat.
Diantara kiamat kecil ialah:
1. Zina bermaharajalela2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.3. Bermaharajalela alat muzik.4. Menghias masjid dan membanggakannya.
.:: Sejarah April Fool ::.
Bulan April telah hampir tiba tidak lama lagi, ada suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai hari April Fool. April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain.
Tapi tahukah Anda apakah April Fool itu sebenarnya?
Sebenarnya, April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan sahaja.
Selasa, 22 Mac 2011
70 DOSA2 BESAR
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
Isnin, 21 Mac 2011
Borak Dengan Anak Tentang Air Mani Dan Haid
Pernahkah anda bercerita tentang baligh dengan anak-anak anda?
Adakah anda pernah berbicara dengannya soal tanda-tanda baligh? Tentang mimpi basah dan tentang mandi wajib?
Pernah anda menguji pengetahuannya tentang air mani dan air mazi?
Mungkin anda pernah, mungkin juga tidak. Jika tidak, kenapa?
Sedarkah anda bahawa hari ini, terdapat ramai anak-anak remaja yang masih jahil tentang hukum berkaitan baligh. Ada yang sudah berumur 17 atau 18 tahun tetapi masih buta dalam soal hadas besar dan baligh.
Dilema Anak Luar Nikah
Memang parah dilema anak luar nikah. Bebanan yang terpaksa ditanggung diri dan keturunannya kelak bukan calang-calang. Tatkala bayi-bayi comel yang lahir ke dunia disambut gembira, dia pula disambut dengan simpati & cemik dalam suasana hiba.
Mana tangis syukur ibu sambil memeluk erat dirinya? Mana gema seruan azan dilagukan ayah di cuping telinganya? Mana tawa ria saudara-mara dengan kata-kata pujian dan tahniah buatnya memenuhi sebuah dimensi alam yang baru dimasukinya? Kosong.
Ia bagaikan epilog sedih yang harus dilalui oleh bayi tersebut. Namun, dia masih belum mampu merasai itu semua. Hanya difahami oleh hati-hati yang masih punya sifat kasih sayang dan perikemanusiaan. Hati ibu dan ayahnya, hanya Allah yang tahu sama ada menyesal atau langsung tak kisah!
.:: Parasit Hati ::.
Awas, parasit yang seperti itu sentiasa ada. Kenali dia dan menghindarlah jauh-jauh tanpa bermusuh. Jangan buka ruang dan peluang untuk dia mencelarukan hidup mu.
Jangan biar dia mengelirukan pertimbangan mu. Dia itu pandai berkata dan licik bercerita. Cerita yang memikat. Kata yang mengikat. Dia seolah-olah sahabat terapat... tetapi rencananya busuk sekali. Dalam diam dia bijak melaksanakan dendam. Bagaikan api di dalam sekam!
Mungkin kita tidak pernah menjangka orang yang begini wujud. Jika anda lurus, tulus tetapi tidak berhati-hati... anda akan serahkan segala-galanya kepada dia. Kepercayaan, kesetiaan dan harapan, anda pertaruhkan kepadanya. Dia itu bijak menghulur, tetapi tiba-tiba dia akan menyentak dan anda akan tersentak.
Hari Sindrom Sedunia : Beri Keyakinan Kepada Anak Sindrom Down
"Membantu anak Sindrom Down agar selesa dengan suasana sekeliling mampu membantu meningkatkan daya keyakinan diri mereka". Itulah nasihat yang diberikan oleh pakar fisioterapi Janice Ng. (Sindrom Down adalah satu daripada masalah genetik yang dialami kanak-kanak di dunia).
Menurut Ng, kemampuan anak Sindrom Down dari segi pembelajaran, pembesaran serta pemikiran dan kebolehan bertindakbalas adalah kurang berbanding dengan anak normal dan sudah tentu pemahaman umum mereka menjadi rendah hingga menyebabkan mereka perlu bergantung kepada orang lain dari segi mental. "Dalam aspek ini, satu pendekatan perlu diambil (bagi membantu anak sindrom ini dari tahun-tahun awal umur mereka). Ianya bermula di rumah", kata Ng.
.: Lagi kes Hina Pakaian Muslimah :.
Salam Pagi Isnin,
Haaa... kali ni ibu nak tunjuk korang gambar ni & korang nilai lah sendiri..
Gambar ni ibu jumpa kat blog beautifulnara, memang gambar ni, gambar lama.
Menyakitkan mata juga hati... apa motip dia bergambar dlm keadaan berkemban & bertudung? siott je kan?
Nilai lah sendiri ye,
Artis Malaysia sekarang dah takde perasaan malu & cintakan Agamanya.
'
Ahad, 20 Mac 2011
BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU
.
Selamat Malam Semua
Waa... Segmen kali ini khas untuk ibu, suka suka suka :)
.
Ok untuk segmen ni Bro.Ben minta ceritakan kenangan tidak kiralah pahit @pun manis, yang tak dapat dilupakan. Antara kenangan manis yang tak dapat ibu lupakan bersama arwah mak, sewaktu ibu masih remaja, mana arwah mak pergi kat situ ade ibu, sampaikan bila kami jalan bersama orang kampung akan kata kami tak macam anak dengan mak tapi macam adikberadik.
Kami kalau berjalan mesti ketawe bergurau senda. Arwah mak memang seorang yang tegas tapi dia jugak boleh dibuat kawan, tak kira samaada dengan anak atau menantu. Miss u mak!!! Untuk pengatahuan arwah mak baru je meninggal awal disember 2010, pergi mak mengadap Ilahi adalah sesuatu yang tak disangka2. Kalau ibu tahu arwah nak meninggal ibu tak paksa arwah ke Terengganu. Arwah meninggal dalam keadaan merindukan Anak Ibu Arif!
Gambar Arwah dengan patung yg dipakaikan baju anak ibu Arif
Arwah bawa baju Arif ke TRG sbb takut Rindu. Gambar ni diambil 2 hari sblm arwah meninggal.
Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ?
Arwah bapak meninggal sewaktu ibu berusia 14 tahun, rase2nya ibu tak pernah lebihkan mana2 pihak sbb masa tu pun ibu bergantung hidup sepenuhnya dengan kedua2nya, yang pentng ibu sayang mereka berdua. Ibu berharap sangat2 anak2 ibu yang 14 org ni (mungkin akan bertambah lagi) akan menyayangi ibu sepertimana ibu menyayangi kedua orang tua ibu..Amin.
Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua?
Jujur ibu memang tak sanggup, biarlah ibu susah sekalipun ibu tak sanggup hantar kerumah orang tua jika mereka berdua masih hidup, anak2 yang berderet mereka boleh jaga kenapa pulak tidak kita nak jaga mereka.
Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka
Apa yang ada pada harta jika hubungan kekeluargaan terutama adik beradik berpecah belah? Harta boleh dicari tapi adikberadik kita? walaupun ade kata2 bongkak yg berkata "adikbradik tak de pun tak pe". Tapi bagi ibu tidak.... Pandangan ibu bagi manusia yg jenis suka berebut harta pusaka ni, jenis manusia yang tak boleh dibuat saudara. (minta maaf kalau ade yg terase). Ingatlah harta bukan boleh bawak masuk kubur!!!
Ok selesai sudah ibu berceloteh, last minit buat entri ni, macam2 halangan blackout lah Arif usik lah... akhirnya siap juga.
Akhirnya Ibu sayang mak & bapak
'
Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Nabi
Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.
Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.
- Bernama
'
Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.
Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.
- Bernama
'
Sabtu, 19 Mac 2011
.:: Qistina Balqis Maisara ::.
Sesiapa ingin membantu & maklumat lanjut boleh lah ke group ini Charity Fund Raising for Qistina Balqis Maisara @ ke N3 khas untuk Balqis Di SINI
'
.::Header Pilihan Ibu Malam Ini::.
Lawak Hina Islam : Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak?
Selepas Tonton video ni apa kata kawan2,
Patut ke depa ni buat rancangan macam ni, kalau x mau tutup aurat itu hangpa punya suka lah,
tapi mulut hangpa tu cuba jaga bebaik la, dok buat lawak tapi dak sedar hangpa menghina Agama Hangpa sendri...
Apa nak jadi dengan dunia akhir zaman.
Semua Pekerja Loji Nuklear Sudah Lari
Keadaan sudah berada diluar kawalan,radiasi Nuklear terlalu tinggi sedang keluar
TOKYO: Paras radiasi di loji nuklear Fukushima meningkat ke tahap bencana semalam, memaksa pekerja yang berusaha menangani kebocoran radiasi meninggalkan kawasan itu untuk menyelamatkan diri.
Pegawai yang cemas memindahkan 50 pekerja awal pagi semalam selepas penggera di loji itu mengesan tahap radiasi mencapai tahap berbahaya kepada kesihatan manusia.
Helikopter tentera kemudian dikerah cuba mengatasi kebocoran lebih buruk dan menyejukkan reaktor terbabit dengan mencurahkan air dari udara.
Helikopter tentera kemudian dikerah cuba mengatasi kebocoran lebih buruk dan menyejukkan reaktor terbabit dengan mencurahkan air dari udara.
Misteri Kemunculan Awan Tegak Sebelum Tsunami
Subhanallah..Maha Suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu Dialah yang menjalankan siang dan Dialah juga yang menjadikan malam, pada beberapa kejadian yang dijadikan olehNya disitu terdapat banyak iktibar untuk dibuat pedoman kepada mereka yang mempunyai a’kal.
.::Oh My Darling I Luv U::.
Hehehe tajuk x bleh bla kan?
Ermmm... eceli ibu nak kongsi citer yg selalu buat ibu tersenyum sorang!
Ikuti kisah ibu & my Lalink (Kisah Atas Toto @ Tilam) Hahahaha seram la tu...
.:: Irma Hasmie & Miera Liyana ::.
Selamat Pagi...
Ermmm.... Lawa tak Irma dgn gaya muslimahnya?
Lawakan, depa ni (artis melayu Islam) kalau pakai tudung memang lawa.
Alhamdulillah, mengikut kenyataan di blog Bro.Hasnul Irma melakukan penghijrahan selepas pulang dari mengerjakan umrah, Syukur pada MU ya ALLAH.
.
Berbandingan si Miera Liyana ni,
Korang tengok la pakaian dia,
Dr info bro.Hasnul depa ni (Irma & Miera) dlm majlis yang sama.
Dr info bro.Hasnul depa ni (Irma & Miera) dlm majlis yang sama.
Terus terang ibu memang tak kenal siapa miera liyana ni, ni 1st time tengok gambar dia, kat blog Beautifulnara tadi, soklan pertama terlintas kat pkran ibu Islam ke dia ni yg pakai baju sampai terkeluar tet*k dia tu, ermm alasan yg diberi ketika mengulas tentang baju dia yg TERLAMPAU tu
"Nampak sikit je, nak cari kelainan".
Alasan tak boleh pakai..
.
Nak tengok lagi gambar2 Irma yang shatek?
Sila terjah blog 0tai ni ye..
Sumber Info: Bangku Kosong
'
.:: Bertudung ketika badan Cik embum ::.
Salam Buat semua kawan2 ibu...
Awalnya sblm ibu terus mengomel ibu nak minta maaf jika n3 ini buat ade kawan2 ibu terasa, eceli n3 kali ni ibu tak tuju pada sesiapa cuma ibu ingin menyatakan sedikit rasa hati tentang fenomena "Bertudung masa gemoks". Bila sebut bertudung tentulah ianya melibatkan kaum hawa bukan?
Jumaat, 18 Mac 2011
.:: Jika Anak... ::.
Antara bait-bait puisi karangan Dorothy Law Nolte yang berjudul:” children learn what they live” anak belajar dari kehidupannya:
Khamis, 17 Mac 2011
Ku Tak Sanggup... Walaupun Ia Pasti Akan Berlaku
Saat melihat video nasyid ini, Hati ibu terdetik bagaimana jika ibu berada ditempat sang isteri yang di tinggal suami kerana dijemput mengadap Ilahi selamanya? Kuatkah ibu untuk menghadapinya, terbayang segala kesilapan yang ibu lakukan terhadap suami samaasa sengaja atau tidak sengaja.
Kadang kala rajuk ibu buat suami berkecil hati, namun didiamkan demi menjaga hati seorang isteri yang lupa bahawa suami begitu menyintainya.
Ya Allah, Panjangkan Usianya & berkatilah rumahtangga kami,
Kurniakan kami anak2 yang soleh & solehah.
Ibu Cinta dia, Ibu Kasih dia...
'
Kadang kala rajuk ibu buat suami berkecil hati, namun didiamkan demi menjaga hati seorang isteri yang lupa bahawa suami begitu menyintainya.
Ya Allah, Panjangkan Usianya & berkatilah rumahtangga kami,
Kurniakan kami anak2 yang soleh & solehah.
Ibu Cinta dia, Ibu Kasih dia...
'
.::Betapa Beruntung Dan Bertuahnya Anak-Anak Kita::.
Selamat Pagi
Mata tak boleh nak lelap so ibu jalan2 kat FB, tetibe terjumpa
Video dokumentari tentang betapa murninya sikap seorang kakak yang menyantuni 2 adiknya.
Kalau kawan2 tonton video ini pasti kawan juga menangis teresak2 seperti ibu, saat ibu tontoninya ibu terkenangkan Arif, betapa beruntungnya Arif, begitu juga anak2 lain di bumi Malaysia ini, betapa bertuahnya kita.Ibu cerita panjang pun tak ade sudahnya jadi jom tonton dokumentari ini, semoga menjadi peringatan kepada kita semua
'
Langgan:
Catatan (Atom)
Borang Maklumat Hubungan
Popular Posts
-
Entri kali ini agak 18sx sedikit tetapi amat berguna untuk pasangan yang sudah berumah tangga. Jika anda rasa entri ibu kali ini agak ke...
-
Diet Atkins lebihkan protein berbanding karbohidrat Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. ...
-
Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah ada...
-
Tahukah anda, darah pekat amat merbahaya untuk kesihatan? Jika darah berwarna agak gelap & pekat, bermakna darah kurang oksigen aki...
-
Selamat Malam... Haii kawan2 masih ingat cerite philiphine yg pemes dowlu (Pangako sayo') Lakonan Kristine Hermosa & Jericho Rosale...
Labels
pengedar shaklee wangsa maju
Arif
Alfalfa Complex
ESP - Soy Protein Isolate Powder
OmegaGuard™
Sustained Release Vita-CTM 500 mg
Anakku sayang
GLA Complex
Vita-E Complex®
Meal Shakes
OsteMatrix™
B-Complex
herb-lax
kesihatan wanita
Vivix™
Zinc Complex
CoQ10
Collagen Powder
Lecithin
kesuburan
Vita-Lea® Iron Formula
DTX Complex™
Garlic
NutriFeron
keistimewaan Shaklee
ostematrix
perbezaan shaklee
Advanced Joint Health Tablet
CarotoMax
Chewable Vita-C™ 100 mg
Cinch™ Shake Mix
PHYTOCOL-ST
Performance® Maximum
Basic H
Vita-Lea® for Children Chewable
nutriwhite
papermint gingger
AL QURAN
Cinch™ Energy Tea Mix
Get Clean Healthy
Herbal Blend
alkali
ibu pejabat shaklee