Memaparkan catatan dengan label Inzar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inzar. Papar semua catatan

Selasa, 6 September 2011

Bertudung itu tak wajib tapi menutup aurat itu wajib




Sekadar berkongsi untuk tatapan bersama, semoga ALLAH mengiranya sebagai satu perjuangan dalam islam..

ISU BERTUDUNG RENUNGKANLAH 
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Bahaya Berbuka Puasa Di Padang

Salam..
Walaupun Ramadhan dah berlalu tapi bagi ibu tak salah ibu berkongsi maklumat ini, mungkin ada gunanya untuk ramadhan akan datang jika dipanjangkan usia oleh ALLAH swt... 


Sumber gambar pakcik gugel



Nabi saw menyuruh kita mengurung anak2 kita pada waktu senja kerana bimbang anak2 kita akan diganggu 
jin dan syaitan!


Assalamualaikum semua!

Sebelum saya berceloteh dengan lebih panjang, terlebih dahulu saya menghulurkan jari yang sepuluh memohon ampun sekiranya artikel ini bisa menyebabkan anda berasa tidak puas hati.

Selasa, 29 Mac 2011

Dosa gugur apabila Suami-Isteri Bersalaman

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Ahad, 27 Mac 2011

Tamparan seorg ustaz!!!


Seorang pemuda yang sudah lama menuntut di luar Negara kembali ke tanah air. Tibanya di rumah, dia meminta bapanya mencarikan seorang guru agama, ustaz ataupun sesiapa sahaja yang dapat menjawab tiga pertanyaannya,
 Akhirnya bapa pemuda itu mendapatkan seorang ustaz.   
Pemuda : Ustaz ini siapa? Bolehkah ustaz menjawab pertanyaan- pertanyaan saya? 
 Ustaz : Saya hamba Tuhan dan dengan izinnya saya menjawab pertanyaan saudara. 
 Pemuda : Ustaz yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya. 
 Ustaz : Saya akan cuba sedaya upaya mampu.
 Pemuda : Saya ada tiga pertanyaan iaitu: 
  1. Sekiranya Tuhan itu ada, tunjukkan kepada saya yang Tuhan itu wujud 
  2.  Apa yang dinamakan takdir, 
  3. Sekiranya syaitan diciptakan dari api, kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api, tentu tidak menyakitkan syaitan. Sebab mereka mempunyai unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir?  
 Tiba-tiba ustaz itu menampar pipi pemuda tadi dengan keras.   
Pemuda : Kenapa marah saya? (sambil mengusap pipi, menahan sakit)   
Ustaz : Saya tidak marah.. Tamparan itu adalah jawapan saya atas tiga pertanyaan yang saudara ajukan kepada saya.  
 Pemuda : Macam mana pula?   
Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?   
Pemuda : Tentu sakit.   
Ustaz : Jadi saudara percaya sakit itu ada?  
 Pemuda : Sudah tentu!  
 Ustaz : Tunjukkan saya sakit itu?   
Pemuda : Tentu tidak boleh.   
Ustaz : Itulah jawapan soalan pertama. Kita semua rasa kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat kewujudannya.   
Ustaz : Apakah malam tadi saudara bermimpi ditampar oleh saya?  
 Pemuda : Tidak.   
Ustaz : Saudara pernah terfikir akan menerima tamparan daripada saya hari ini?   
Pemuda : Tidak.   
Ustaz : Itu yang dinamakan takdir. Tangan yang saya gunakan menampar saudara dibuat daripada apa?  
 Pemuda : Kulit.  
 Ustaz : Pipi saudara dibuat daripada apa ?  
 Pemuda : Kulit.   
Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya ?  
 Pemuda : Sakit.   Ustaz : Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga dibuat daripada api, sekiranya Tuhan menghendaki, maka neraka menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan.








'

Rabu, 23 Mac 2011

.::Tsunami di Jepun bukti Kiamat Semakin hampir::.

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ia nyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat.

 Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...