Memaparkan catatan dengan label suamiku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suamiku. Papar semua catatan

Isnin, 31 Oktober 2011

.:: Tramadol & Prolase ::.

Tradamol HCI 50mg
(Gambar ehsan pak gugel)

Prolase
(Gambar copy dr blog INI)

Salam Petang Isnin buat sahabat semua...
eceli n3 kali ni disebabkan abah kehabisan 2 ubat di atas..
temujanji doc di pakar tulang 14/11 bermakna masih ade 2 minggu lg.. sejak kehabisan ubat ni abah kerap kesakitan terutama 2 malam yg lepas, sabtu malam ahad jam 6am baru abah boleh lelapkan mata, ibu turut sama berjaga, ibu mmg x blh tdo kalau abah sakit, hati isteri mana yang senang n boleh tidor lena jika suami sakit... & malam tadi yang paling teruk, abah mengerang kesakitan, simen dikaki plak semankin longgar :(!


2.30pm td ibu kol bahagian pakar tulang dan nyatakan masalah abah, katanya kalau simen separuh mcm abah mmg sakit sbb simen tu boleh beralih tempat.. so pesannya supaya jgn banyak bergerak n tinggikan kaki.. ubat???? kena beli kat farmasi... so balik kerja nanti ibu kena beli ubat di farmasi untuk abah. ibu tak sanggup tengok abah kesakitan.... 

Doakan abah ye sahabat2! semoga ALLAH merahmati kalian.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Cari penyakit

Pagi semalam lalink hantar gambar kat bawah ni pd ibu...


Masa dapat gambar ni gerak hati ibu mengatakan ni mesti ade bende yg nak dibuat ni...
Hajat nak balas mesej lalink begini "Sayang tengok je lah motor tu bawa jangan plak"!
Tapi tak berkesempatan sbb ade bende yg perlu diselesaikan, tapi tak sampai 10 minit fon ibu berdering,
Bila di angkat kedengaran suara anak disebelah sana "Bu abah jatuh motor, tu tengah mengerang sakit kaki kiri plak luka, kaki yang bersimen x boleh diluruskan plak"..  Apa??????

Ya ALLAH ujian apakah ini lagi yang KAU berikan kepadaku.... 

Terus fon diminta beri pada lalink, bagaikan peluru ibu membebel pada lalink akhir sekali ibu pesan "Tolonglah jangan cari penyakit lagi" <-- Ingatkan supaya tak banyak akal time2 macam ni.. bukan budak2 dah jadi bapak atok budak pun... hai macam2 lah....

Semoga Cepat sembuh la harapnya!

Selasa, 12 Julai 2011

.:: Tiba-Tiba Je ::.

Salam Selasa...
Semalam tetibe lalink semput n demam panas, terkejut ibu masa nak tidor pegang badan dia panas sangat2 disusuli dengan nafas laju dan batuk... Segera ibu ambil ubat demam bagi dia makan, kemudia sapu balm kat dada n belakang dia... Dalam pada itu mulut lalink asyik mengeluh "Ya Allah lenguh kaki ni" seolah2 dia mengadu pada ALLAH! Ya memang lalink mengadu terus dengan ALLAH, dia pernah cakap "abang tak de bapak na jadi apa2 abang mintak terus dengan ALLAH". (lalink ibu ditinggalkan bapanya ketika dia masih dalam kandungan) dengar kata bapanya ade di penang punya keluarga lain.

Sabtu, 19 Mac 2011

.::Oh My Darling I Luv U::.

Hehehe tajuk x bleh bla kan?
Ermmm... eceli ibu nak kongsi citer yg selalu buat ibu tersenyum sorang!
Ikuti kisah ibu & my Lalink (Kisah Atas Toto @ Tilam) Hahahaha seram la tu...

Selasa, 19 Oktober 2010

Pemanggil Misteri


@ opis editorial jam 10.10am, tengah aku ziarah blog member2 tetiba:

Kringggggg... Kringggg bunyi telifon menjerit minta di angkat!
Ishhh sibuk na la tepon ni hehehe rungut orang malas... sebaik di angkat ini lah perbualan aku dengan lelaki yang tak ku kenali tapi sangat di kenali...

Aku: Hello Assalamualaikum...
Pemanggil: Senyap tanpa jawapan..
Aku: Helloooo Assalamualaikumm... (Ulangku lagi)
Pemanggil: Hello Assalamualikum boleh bercakap dengan Mokhtar? (Dengan suara seperti orang sengau)
Aku: Maaf ye encik, boleh call no 1 lagi, 03-4023675* Mokhtar di no yang ini ya!
Pemanggil: Oooo ya ke? ermm Siti Darna ke ni?
Aku: Ya!! (agak pelik siapa mamat ni)
Pemanggil: Saya Atan!!! (Kurang jelas)
Aku: Haaa Apa encik?
Pemanggil: Atannnn... Tak kenal ke?
Aku: Abang! Mencik tau suka main2 kan orang... (geram tak terkata kat my lalink)
Pemanggil a.k.a Suamiku: Hahahhahahahaha (ketawa jahat)

Geram aku dengan lalink aku, saja je buat aku marah pepagi buta ni, kol aku just nak mengusik.. entah apa mimpi dia semalam pagi ni call aku.. selalunya sehari suntuk aku tunggu lewat malam baru lah dia call aku. agaknya rindu kat isterinya yang montel ni kot..hehehee

Sebenarnya aku merinduinya semalaman dan senangtiasa merinduinya.. biasalah bila hidup berkongsi kasih makanya yang tersayang tak selalu di sisi namun aku bahagia...

Airmata dan kesedihan tu biasalah adat dalam rumahtangga...
Aku menyayangimu sayang...

Ya Allah,

Kau peliharalah kami sekeluarga Ya Allah,
Jauhkan kami dari segala mala petaka dan juga murahkan rezki kami sekeluarga,
Eratkanlah kasih sayang kami kerana Mu Ya Allah!!!
Amin Ya Rabbal 'alamin.

Rabu, 10 Februari 2010

Rokok Dan Suamiku...

Semalam seharian suami tercayangku tak bangun sbb demam,batuk n sakit dada...
Kalau nasihat supaya berhenti merokok mesti dapat jawapan nih, "Dah kurang nih skrg tak kuat merokok, abg tgh usaha nak berhenti ni". geram je seingat aku jawapan ni sejak mula kenal dia lagi (hampir 6 tahun lepas).

Bila lah agaknya dia nak berhenti merokok agaknya... kita sayang kat dia tp dia tak sayangkan diri sendiri... aduhaiii suamiku sayang dengarlah keluhan hati isterimu ini.....

(Suamiku & sahabatnya)
Semalam juga aku amik setengah hari cuti sbb nak uruskan dia kat umah, balik2 dengan tak mkn minum dr pagi (masa p kerja dia tak bangun lagi), sampai je umah aku terus beri dia minum 100plus + panadol soluble.
Alhamdulillah lega lah skit...
petang tu juga dia bangun n kuar berkerja, Ya ALLAH peliharalah dan selamatkanlah seta jauhkanlah suamiku dari sebarang malapetaka dan bahaya, murahkan rezki kami serta berkatilah hidup kami sekeluarga...
Ameeenn

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...