Memaparkan catatan dengan label Ben Ashaari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ben Ashaari. Papar semua catatan

Ahad, 20 Mac 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU

.


Selamat Malam Semua
Waa... Segmen kali ini khas untuk ibu, suka suka suka :)
.
Ok untuk segmen ni Bro.Ben minta ceritakan kenangan tidak kiralah pahit @pun manis, yang tak dapat dilupakan. Antara kenangan manis yang tak dapat ibu lupakan bersama arwah mak, sewaktu ibu masih remaja, mana arwah mak pergi kat situ ade ibu, sampaikan bila kami jalan bersama orang kampung akan kata kami tak macam anak dengan mak tapi macam adikberadik. 

Kami kalau berjalan mesti ketawe bergurau senda. Arwah mak memang seorang yang tegas tapi dia jugak boleh dibuat kawan, tak kira samaada dengan anak atau menantu. Miss u mak!!! Untuk pengatahuan arwah mak baru je meninggal awal disember 2010, pergi mak mengadap Ilahi adalah sesuatu yang tak disangka2. Kalau ibu tahu arwah nak meninggal ibu tak paksa arwah ke Terengganu. Arwah meninggal dalam keadaan merindukan Anak Ibu Arif!

Gambar Arwah dengan patung yg dipakaikan baju anak ibu Arif
Arwah bawa baju Arif ke TRG sbb takut Rindu. Gambar ni diambil 2 hari sblm arwah meninggal.

Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ?

Arwah bapak meninggal sewaktu ibu berusia 14 tahun, rase2nya ibu tak pernah lebihkan mana2 pihak sbb masa tu pun ibu bergantung hidup sepenuhnya dengan kedua2nya, yang pentng ibu sayang mereka berdua. Ibu berharap sangat2 anak2 ibu yang 14 org ni (mungkin akan bertambah lagi) akan menyayangi ibu sepertimana ibu menyayangi kedua orang tua ibu..Amin.

Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua?

Jujur ibu memang tak sanggup, biarlah ibu susah sekalipun ibu tak sanggup hantar kerumah orang tua jika mereka berdua masih hidup, anak2 yang berderet mereka boleh jaga kenapa pulak tidak kita nak jaga  mereka.

Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka

Apa yang ada pada harta jika hubungan kekeluargaan terutama adik beradik berpecah belah? Harta boleh dicari tapi adikberadik kita? walaupun ade kata2 bongkak yg berkata "adikbradik tak de pun tak pe". Tapi bagi ibu tidak.... Pandangan ibu bagi manusia yg jenis suka berebut harta pusaka ni, jenis manusia yang tak boleh dibuat saudara.  (minta maaf kalau ade yg terase). Ingatlah harta bukan boleh bawak masuk kubur!!!

Ok selesai sudah ibu berceloteh, last minit buat entri ni,  macam2 halangan blackout lah Arif usik lah... akhirnya siap juga. 
Akhirnya Ibu sayang mak & bapak



'

Selasa, 15 Mac 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Salam & Selamat Petang,
kali ni encik ben kite buat segmen mengikut negeri la pulak,
Walau apa pun Ibu tetap nak joint segmen ni...


Antara soalan yang perlu dijawab:

1- Sila ceritakan latar belakang anda

Seorang ibu & isteri sejak beberapa tahun yang lalu, membesar di Segambut KL, teringin nak jadi surirumah fulltime tapi keadaan masih tak mengizinkan... Insyaallah doakan la ye.

2- Profesion anda sekarang

Isnin, 14 Mac 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA



Jika anda blogger PEREMPUAN:
    1. LELAKI pilihan anda ?
      Lelaki pilihan ibu? mestilah yang bertanggung jawab keatas diri ibu & anak2 senang cerita yang bertanggung jawab pada rumahtangga, dan kedua orang tuanya. (hubungan anak lelaki tak kan putus walau sudah berumahtangga)

Sabtu, 12 Mac 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER LELAKI vs PEREMPUAN


Berminat ke? jointlah ye..
Ok ibu nak jawab soklan2 dr Bro.Ben
~*~
  1. Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger lelaki benar benar ikhlas ?
    Ikhlas, keikhlasan seseorang kita tak dapat nak menilai dari penulisan bagi ibu la, malahan kalau kita berhadapan dengan tuan empunya badan sekalipun kita tak dapat nak menilai sepenuhnya keikhlasan seseorang itu, Tapi bagi ibu blogger lelaki kebanyakkannya jenis yang x suka simpan2, andaikata pandangan mereka A, mereka akan kata A walau pahit untuk dibaca, mereka juga jujur tentang ketidak puasan atau pandangan mereka.(x bodek tau :P)
  2. Blogger lelaki malu nak letak gambar ? Kenapa ?
    Bagi ibu mereka bukan malu tapi memang lelaki kebanyakkannya tak gemar untuk mempromosikan diri mereka (bukan maksud ibu blogger perempuan sebaliknya ya). mereka lebih suka dikenal melalui nama sahaja agaknya. Tapi ade jugak yg suka bergambar & buh dlm blog mereka.
  3. Pada pendapat anda , kenapa lelaki berblog ? Secara umum ..
    Lelaki berblog? rasanya sama seperti perempuan masing2 ade niat tersendiri @ kepuasan bercerita & berkongsi maklumat.
  4. Blogger lelaki lebih mudah dapat ramai follower berbanding perempuan ? Kenapa ?
    Entah, mungkin ramai peminat kot, tp rasenya follower ni datang dr diri blogger tu sendiri, kalau n3 tak bagus tak kan ramai org nak Follow kan? (blog ibu pun ciput je)
  5. Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari ..
    Wajib masuk setiap hari tu tak lah, tapi wajib jengok @ terjah ialah blog papa hot 1, papa hot 2, Myung Dae & Mas Ahmad Safwan, knp? sbb ibu suka blog diorang.
  6. Jika anda blogger lelaki , apakah yang akan anda letak dalam blog anda ..
    alamak, nak letak apa ek? mungkin ibu akan letak skit gajet & skit gambar2 yang ibu minat cthnya gambar kereta ke bendera pasukan bola yg di minati ke @ pun tak letak ape2 cuma asas blog aje.

    Ok da siap.... Bro Ben ok ke jawapan ibu ni?
    korang nak joint sila klik link kat bawah ni kat bawah ye bukan kat tepi..
    http://www.benashaari.com/2011/03/segmen-khas-blogger-lelaki-vs-perempuan.html



'

Selasa, 8 Mac 2011

.::JELAJAH BLOG KATEGORI IBU-SEGMEN BEN ASHAARI::.



Assalamualaikum WBT

Seperti biasa ibu joint lagi segmen dari BEN ASHAARI
Kali ni kategori ibu plak = JELAJAH BLOG KATEGORI IBU, ok jom tengok apa soalan2 dr Ben Ashaari

1-Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda ..

Seorang ibu kepada seorang cahayamata yang kini berusia 2 tahun 3 bulan, namun ibu memiliki 13 lagi anak tiri hasil perkhawinan suami dengan bekas isteri dan isteri2 yang ade sekarang (jujur sangat ke ni? :P)

2- Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu

Alhamdulillah kenangan paling manis setelah bergelar ibu, saat ketika melahirkan dan bayi diletakkan diatas dada , sangat2 indah!

3-Kenangan pahit anda ?

Kenangan pahit.. Ketika bayi ibu baru berusia 3 hari terpaksa melalui pertukaran darah EO di wad pediatrik KL kerana jaundis yg melebihi paras kritikal ,Ketika dia kerap masuk hospital &di sahkan Bronchomalacia, & juga ketika mengiringi dia ke bilik bedah untuk tujuan bronchoscoping yang mana doc nyatakan ade risiko jika berlaku perlu duduk PICU. (Alhamdulillah skrg dah sembuh)

4-Kata kata khas buat si suami ...

Ibu hanyalah wanita biasa, jika ibu tersasar tunjukkan ibu jalan yang benar, didiklah ibu menjadi isterimu yang solehah & Insyaallah akan berusaha menjadi isterimu yang terbaik.

5-Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..

Buat anak-anak ibu jaga diri kalian baik2, hiasi peribadi dgn akhlak yang mulia kerana kamu ibarat cermin kepada masyarakat diluar sana mengenai keluarga besar kita.

6-Apakah harapan anda kepada anak anda 

Tiada lain yang ibu harapkan melainkan kalian semua menjadi anak-anak yang berguna,soleh/ah dan jaga diri baik2 ingat setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan ALLAH sebaik2 tempat mengadu.

7-Nasihat buat si gadis di luar sana ..

Buat gadis2 diluar sana, jaga diri baik2 jangan mudah terpengaruh dengan budaya2 yang merosakkan diri sendiri, kelak bila berlaku kerosakan pada diri usah dipersalahkan insan di sekeliling namun muhasabahlah diri dan cari dimana silap kita (Mohon dijauhkan). 

Segmen selesai.
'

Khamis, 3 Mac 2011

.::DI SEBALIK TABIR BLOG::.

Haiii kali ni segmen Bro.Ben {Di Sebalik Tabir Blog}
Ibu nak joint yeayyyy...
*
Ok kat bawah ni header blog Ben Ashaari salah satu syarat wajib k.

*
Bro.Ben minta letakkan 1 gambar yang paling syomel dlm segmen ni,
 So ibu rasa gambar kat bawah ni paling syomell kott... Ayyarkkk syomell ke? ntah!
Tadaaaaaa...


 wekssss ngade2 ibu ni... pacan syomelll
*
Ermmmm nak citer skit pasal latar belakang ibu ye... ehh nak tahu ke? tak kesah lah nak tahu ke tak janji ibu lengkapkan syarat2 Bro.ben k.

1-Latar Belakang Ibu
  • Seorang isteri kepada lelaki yang bernama Atan B.Ahmad
  • Anak ke 7 dr 9 adikbradik seibu sebapa
  • Punya seorang cahayamata yg sngt2 syomel bernama Ahmad Arif
  • Seorang yang happy & giler2,suka ketawe dan suka berkawan tak kira siapa... orang giler pun ibu kawan...
2-Jumlah follower
  • Malunya ibu tak ramai pun. -----> 113 orang sahaja yg sudi
Ok ni soklan2 dr Bro.Ben yang ibu kena jawab

1-Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ?
  • Sudah tentu ibu asyik ngadap Fesbuk,Tagged @ Yahoo Masangger sbb dak2 opis mmg tahu tabiat ibu ni.. almaklumlah kerja sebagai penyambut talian telifon duduk je kan....
2-Ceritakan kepentingan blog kepada anda
  • Kepentingan blog ibu ni bagi ibu adalah tempat untuk ibu meluah perasaan yg terpendam berkongsi cerita tentang ibu, lalink & anak ibu. Boleh dikatekan diari maya ibu lah.
3-Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ?
  • Blog peberet ibu semua yang ibu listkan dalam blog list ibu tapi lebih kepada geng2 ibu dari GHMB (Geng Hot Mama Blogger) kenapa ibu wajib singgah kerana ibu suka membaca dan tengok aktiviti2 kawan2 cthnya memasak atau sebarang kerja seni....
Orait.. dah habis semua ibu jawab so kalau tentawan nak joint sila p terjah blog Ben Ashaari





'

Ahad, 20 Februari 2011

.::SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF::.

Salam Muhibbah dari ibu pagi ini,
Waaa.. pepagi dah mengadap blog ye ibu...

Haaa... tengok gambar kat atas ni, header blog enche' Ben Ashaari kan?
Kalau ye bermakna ibu joint segmen yang enche' Ben Ashaari anjurkan... kali ni segmen
"Saya seorang blogger yang aktif" aktif ke ibu ni berblog? haaa itu ibu tak tahu tapi kawan2 ibu kata ibu aktif sampai makan blog tido blog mandi pun blog juga ada antara mereka2 yang berkata pada ibu... Tapi bagi ibu kakak shiela lagi aktif dari ibu dia punya idea yang best2 ibu suka... enche' Ben p la terjah blog dia tengok follower dia dah lebih 100 org walau baru sebulan lebih berblog! Eh tlg promote plak! :)
.
Ok tu je lah rapu ibu pagi ni... nak cari sarapan plak... arghhh lewatnya!


'

Sabtu, 19 Februari 2011

SEGMEN 2 DALAM 1 : KHAS BUAT BLOG PUNYA FOLLOWER

.::SEGMEN 2 DALAM 1 : KHAS BUAT BLOG PUNYA FOLLOWER ::.


Segmen apa tu? haaaa kalau kawan2 ibu nak tahu jom terjah blog otai kita ni, blog
Sesaper yang berminat boleh lah klik link ini
Seronok tau segmen2 Encek Ben.


'

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...