Alhamdulillah summalhamdulillah....
Syukur kepada Mu Ya ALLAH, tanpa diduga, tanpa disangka-sangka tahun ni ibu dapat melaksanakan ibadah qurban, sungguh tak terkata bila diberi peluang keemasan ini, In Sha ALLAH ibadah qurban yang ibu sertai tahun ini akan dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Kebiasaannya kalau tak buat di Malaysia kita akan memilih untuk laksanakan di kemboja, tapi ibu dan kawan2 opis diberi peluang untuk melaksanakan (mewakilkan) ibadah qurban ini di India. Alhamdulillah.... lembu2 kat atas tu lah yang bakal diqurbankan di India Aidil Adha ini...
Ok jom kita tengok pula apa erti qurban yang sebenar... sumber dari blog Ustaz Naim
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya
daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu
(termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya
Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah)
kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunnah yang amat digalakkan atau dituntut
ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi
rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji
ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar
untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk
melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan
qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
HIKMAH BERQURBAN
Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.
Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.
Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN
1.
Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai
harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya
Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah
orang yang sedang mengerjakan haji.
2. Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.
SYARAT SAH QURBAN
Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.
Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.
Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.
JENIS HAIWAN YANG BOLEH DIJADIKAN QURBAN
Ulama'
bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah
binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk
kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.
UMUR BINATANG QURBAN
Unta - berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.
Lembu/kerbau/kambing - 2 tahun masuk ke 3 tahun.
Biri-biri/kibas - Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.
KECACATAN YANG MENGHALANG SAHNYA QURBAN
Hendaklah
ia sejahtera daripada sebarang kecacatan seperti tiada telinga atau
terpotong ekor, gila, kudung, sangat kurus, buta dan sebagainya.
Ada
4 kecacatan utama yang telah disepakati oleh Ulama'yang menghalang
sahnya qurban iaitu berdasarkan hadis riwayat Barra' bin Azib iaitu
sabda Rasullah Sallahallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya : "4
jenis kecacatan yang tidak harus diperbuat qurban iaitu buta sebelah
mata, berpenyakit, tempang dan terlalu kurus".
Daripada hadith di
aras Ulama' telah mengqiaskan kepada kecacatan yang seumpamanya atau
lebih teruk daripada kecacatan tersebut. Ia dapat diringkaskan seperti
berikut:
Tiada atau terpotong telinga ataupun lidahnya walaupun sedikit begitu juga yang terpotong ekornya.
Gila
Berkudis walaupun sedikit.
Haiwan yang baru melahirkan anak atau yang bunting.
Tersangat kurus.
Buta sebelah mata atau kedua-duanya.
Berpenyakit
Tersangat tempang
Tetapi, jika telah bernazar untuk qurban binatang yang sudah ada kecacatan tersebut, wajarlah dia melaksanakannya.
Haiwan
yang tiada ekor, tiada gigi atau patah setengah giginya, tiada zakar,
haiwan yang dikasi zakarnya boleh dijadikan binatang qurban.
Makruh mengorbankan haiwan yang tidak bertanduk atau patah tanduknya begitu juga haiwan yang terbelah atau bertebuk telinganya.
KEHARUSAN BERKONGSI HAIWAN QURBAN
Seekor unta, lembu atau kerbau itu harus dikongsi oleh tujuh orang sama ada dari keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud qurban, misalnya ada antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja.
Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang sahaja, tetapi harus berkongsi dengan orang lain dalam pahala berkorban dengan seekor korban itu.
Adalah afdhal dibuat korban bagi seorang dengan seekor unta, kerana banyak dagingnya untuk dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri dan kemudian kambing.
Berkorban dengan 7 ekor kambing itu lebih afdhal daripada seekor unta atau lembu kerana daging kambing lebih baik dan lebih banyak darah yang tumpah ketika disembelih.
Berqurban dengan seekor kambing itu pula lebih afdhal daripada seekor lembu atau unta yang dikongsi oleh tujuh orang.
Yang utamanya binatang qurban itu adalah berwarna putih, kemudian kuning, diikuti dengan warna putih tetapi tidak bersih putihnya, kemudian binatang yang sebahagian bulunya berwarna hitam, kemudian yang berwarna hitam semua bulunya, diikuti dengan binatang qurban yang berwarna merah bulunya.
WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN
Bermula daripada terbit matahari pada Hari Nahr (10 Zulhijjah)
Waktu yang afdhal melakukannya ialah ketika matahari telah naik sekadar 7 kaki dari ufuk.
Berkekalan waktu qurban ini sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
ORANG YANG MENYEMBELIH BINATANG QURBAN
Para
ualama menganjurkan agar yang melakukan penyembelihan ialah orang yang
berqurban itu sendiri, sekiranya dia pandai menyembelih. Tetapi mereka
juga sependapat mengatakan harus mewakilkannya kepada orang lain.
Afdhalnya wakil itu adalah orang Islam yang mengetahui akan hukum-hakam
mengenai korban.
Adalah afdhal orang yang tidak pandai
menyembelih berwakil kepada orang lain untuk menyembelih bagi pihak
dirinya dan sunat bagi orang yang berwakil itu hadir dan menyaksikan
penyembelihan ke atas binatang qurban tersebut.
Makruh hukumnya mewakilkan qurban kepada kanak-kanak atau orang buta.
NIAT IBADAH QURBAN
Tidak memadai jika seseorang itu hanya membeli binatang dengan niat hendak diqurbankan tanpa dilafazkan niat itu.
Disyaratkan berniat ketika menyembelih binatang qurban jika dilakukan sendiri. Adalah memadai jika orang yang berwakil itu berniat ketika wakilnya menyembelih korban berkenaan dengan disaksikan oleh orang yang berwakil tadi.
Walaubagaimanapun adalah lebih baik orang berwakil itu,
ketika menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya
ketika dia menyembelih korban tersebut.
Tidak disyaratkan niat jika melakukan qurban nazar.
HUKUM QURBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN
Tidak sah menyembelih korban bagi pihak orang lain yang hidup dengan tiada izinnya.
Begitu juga bagi pihak orang yang telah mati dengan tiada wasiat atau pesanan daripadanya.
Apabila qurban itu dilakukan kerana wasiat simati maka wajib disedekahkan kesemuanya.
PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN
Apabila
menjelang 10 Zulhijjah, tidak digalakkan empunya qurban memotong rambut
dan kukunya sehingga dia melaksanakan ibadah qurban.
Semasa menyembelih binatang qurban disunatkan :
Membaca Bismillahirrohmanirrahim
Berselawat ke atas Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Menghadapkan binatang itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
Bertakbir sebelum membaca Bismilah dan selepasnya.
Membaca doa : Maksudnya: "Ini adalah nikmat daripada Mu dan aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan