Isnin, 13 Oktober 2014

HERBA LAX MAKANAN SUNNAH?


Adakala ibu suka pm sahabat2 di fb untuk bertanya berminat tak nak jana pendapatan dibawah bimbingan group JUTAWAN SHAKLEE, berbagai balasan dari kawan-kawan yang ibu dapat antaranya "Maaf kak, sy tak berminat produk US ni, sy lebih suka produk yang mengamalkan makanan SUNNAH" -- tak mengapalah sbb itu pilihan mereka. tapi tahukah anda yang produk shaklee juga terdapat yang isi kandungannya dari sumber makanan sunnah? antaranya herba lax sendiri, yang mana ia terkandung daun senna.. Kandungan paling tinggi dalam Herbalax adalah daun Senna. lihat gambar diatas....



 

Ini pula daun senna yang telah dikeringkan, mudah didapati di kedai-kedai ubat, ok jom kita kenal-kenal dengan daun senna ni... 

 

Sanaa juga disebut sebagai Senna atau bahasa saintifiknya Cassia Angustifolia

Daripada Asma r.a, Nabi saw pernah bersabda dengan maksudnya, ‘Jika ada penawar pada benda mati nescaya ianya ada pada Sanaa.’ (Hadis riwayat Hakim, Ahmad dan Tarmizi).

Merujuk kepada  kenyataan Nabi saw maka ulama silam khususnya yang mendalami dalam bidang perubatan telah mula membuat kajian terhadap Pohon Sanaa. Hasil kajian, didapati pohon Sanaa merupakan penawar yang mujarab terhadap banyak penyakit. Bahkan ianya juga didapati bukan sahaja merawat penyakit malah yang lebih menakjubkan lagi ia merawat punca sesuatu penyakit itu sehingga ke akar umbi.

 

Lebih menakjubkan lagi, Sanaa bukan sahaja merawat penyakit zahir malah ia juga mampu merawat masalah emosi dan yang berkaitan dengan mental. Yang pasti, Sanaa terkenal sebagai pencahar iaitu dengan melakukan aktiviti mencuci perut yang merupakan tempat dan punca kebanyakan penyakit. 

 

Bahkan Menurut Dr.Sebler, pakar dalam bidang rawatan sembelit : “… kebanyakan ubatan yang dicipta sebagai rawatan sembelit adalah dicampur dengan Sanaa.”

Secara ringkasnya,berdasarkan tulisan ulama dan ahli-ahli perubatan silam seperti Imam Al-Munawwir ketika menyingkap hadis Ummi Haram dan hadis Anas, Al-Imam Ibn Al Qayyim ”Al-Tibb Al-Nabawi”, Al-Allamah Al-Azraq “Tashil Al-Manafi’”, Al-Imam Al-Zahabi “Al-Tibb An-Nabawi”, Ibn Sina “Al-Qanun Fi Al-Tibb”, Daud Al-Antaqi “Al-tazkirah”, Al-Muwaffaq Al-Baghdadi “Al-Arbain Al-Tibbiyyah”, Yusuf  Al-Turkuman “Al-Muktamad”, Al-Sultan Al-Asraf dan ramai lagi dari kalangan yang pakar dalam bidang perubatan Islam di zaman silam, dapat disimpulkan bahawa Sanaa adalah penawar pelbagai penyakit. Kata Al-Imam Munawi sehingga tidak terbilang banyaknya.

 

Berdasarkan kajian ulama silam dan pakar-pakar perubatan moden yang menulis tentang Sanaa seperti Dr Muhammad Ali Al-Bar, Dr Sebler dan lain-lain terhadap Pohon Sanaa, mereka mendapati Sanaa terbukti mampu membantu mengatasi masalah kesihatan seperti berikut :

 

Masalah Kesihatan Fizikal

  1. Sakit kepala berpanjangan termasuk migrain.

  1. Kejang urat, sakit / lenguh-lenguh sendi di kaki, lutut bahu dan leher yang menyebabkan badan lesu, letih dan tak bermaya.

  1. Sembelit dan gejala usus.

  1. Penyakit kulit yang berpunca daripada darah dan gatal-gatal.

  1. Batuk, Balgham atau kahak yang keterlaluan.

  1. Jerawat dan jeragat.Ghout.

  1. Kemandulan, kanser, darah tinggi kerana sifatnya sebagai pembersih darah, mengenyah toksin serta keracunan dan anti virus.


Masalah Kesihatan Mental dan Emosi

  1. Murung

  1. Histeria, Sawan / gila babi.

  1. Stress dan tekanan jiwa.

Begitulah hebatnya ciptaan ALLAH terhadap Pohon Sanaa. Kehebatannya diketahui dari ajaran PesuruhNya, Rasulullah saw lalu dikaji dan disahkan pula oleh ulama silam yang pakar dalam bidang perubatan dan pemakanan.



 


Herbalax berfungsi untuk melawaskan, bagi yang susah nak membuang tu dapatkan lah herbalax segera sebelum ia menjadi penyakit bagi diri anda....


berminat nak tahu lebih lanjut anda boleh pm saya 


Darna

018-3948582


Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...