BAHAYA DENGKUR

[Bahaya Dengkur]
[Pembunuh dalam tidur]
*Penghidap gangguan tidur Obstructive Sleep Apnea berisiko serangan jan tung, strok.
*RAMAI beranggapan dengkur hanyalah gangguan tidur yang jika
memudaratkan dan sekadar menjejaskan tidur pasangan. Tidak kurang yang
memandang ringan dengan menganggap masalah dengkur itu berlaku akibat
getaran tisu di atas laluan pernafasan.
Bagaimanapun, dengkur bukan lagi masalah biasa, sebaliknya serius
apabila anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih setiap kali
berdengkur.
Keadaan itu dikenali gangguan tidur (Obstructive Sleep Apnea - OSA).
Sejauh manakah serius atau kroniknya masalah ini?...
Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Ampang, Dr
Raymond Tan Suo Kuan, berkata OSA ialah masalah kesihatan yang kronik.
Ia menyebabkan seseorang itu berhenti bernafas dalam tidur secara
berulang kali iaitu antara lima hingga 30 kali atau lebih dari sejam.
"Setiap kali selepas pernafasan terhenti, pesakit akan cuba
kembali bernafas. Cubaan itu menghasilkan bunyi yang kuat dan seakan
tercekik," katanya.
Kata Dr Tan, bukan semua orang berdengkur mengalami OSA, tetapi
semua yang mengalami OSA sememangnya berdengkur. Ia lebih kerap berlaku
di kalangan lelaki yang obes atau terlalu gemuk, tanpa mengira umur.
Bagaimanapun, katanya, ada perbezaan antara dengkur biasa dan dengkur simptom OSA.
Berdengkur umumnya mengganggu tidur pasangan tetapi dengkur biasa
disusuli dengan petanda lain seperti berasa letih setiap pagi, sakit
kepala, sakit tekak dan mulut yang kering.
Namun, apa yang membimbangkan, dengkur yang dikaitkan dengan
simptom OSA disusuli masalah hipertensi atau darah tinggi, angin ahmar
dan masalah kardiopulmanori.
Dr Tan berkata, mereka yang berisiko mengalami OSA memiliki jisim
berat badan (BMI) lebih dari 28. Malah, OSA itu lebih ketara di kalangan
lelaki berbanding wanita dengan kelaziman empat peratus di kalangan
lelaki jika dibandingkan dengan wanita, sebanyak dua peratus.
"OSA selalunya berlaku di kalangan lelaki berusia 25 ke 45 tahun
dan dianggap masalah biasa di kalangan lelaki berusia 55 tahun ke atas.
Bagi wanita, walaupun insiden OSA lebih rendah berbanding lelaki, tetapi
selepas putus haid, kekerapan itu sama dengan lelaki.
"Mereka yang mengalami OSA berhadapan dengan masalah saluran
pernafasan yang sempit. Malah, salur nafas itu boleh tertutup untuk
beberapa saat," katanya.
-Kata Dr Tan, keadaan ini disebabkan ketika tidur, udara tidak
boleh melalui paru-paru dan hidung walaupun pesakit cuba untuk bernafas.
Apabila ia terjadi, jumlah oksigen dalam darah menurun. Pernafasan
normal bermula dengan bunyi dengkur dan bunyi seakan-akan tercekik yang
kuat.
"Justeru, pesakit seakan-akan meronta-ronta dalam tidur untuk
mendapatkan pernafasannya kembali. Jika pernafasannya terhenti secara
berterusan dan tertutup 100 peratus, maka ia dinamakan apnea. Lazimnya,
apabila sukar bernafas, pesakit akan terjaga daripada tidur kerana
paru-paru yang bergerak dan kadar oksigen yang kian menurun.
-Dr Tan berkata, OSA kerap dialami mereka yang gemuk, merokok dan
mengambil alkohol. Apa yang menyedihkan, sering kali juga, mereka yang
mengalaminya tidak mengetahui masalah yang dihadapi.
-Berikutan itu, kerap kali OSA dikesan secara tidak sengaja ketika
penghidapnya menjalani rawatan di hospital atau dimaklumkan oleh
pasangan.
Apakah yang boleh berlaku jika OSA tidak dirawat?
-Antara risiko utama termasuk mengalami tekanan darah tinggi,
masalah jantung dan serangan jantung, angin ahmar dan merosotnya kualiti
hidup.
Bagaimana merawat OSA?
-Rawatan paling umum OSA ialah 'tekanan berterusan laluan udara'
atau CPAP (Continuous Positive Airway Pressure). Rawatan lain termasuk
menurunkan berat badan, ubat-ubatan secara oral, terapi dan pembedahan.
-Berat badan yang bertambah sememangnya menjadi faktor risiko
berlakunya OSA. Namun, ia tidak pula bermaksud apabila anda mencapai
tahap berat badan ideal, masalah itu akan selesai, sebaliknya berbincang
dengan doktor untuk mendapatkan rawatan terbaik.
INFO:
-Berlaku jika anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih setiap kali berdengkur.
Simptomnya termasuk:
Mengantuk pada siang hari atau keletihan.
Mulut kering atau sakit tekak apabila terjaga dari tidur.
Sakit kepala pada waktu pagi.
Sukar fokus dan mudah lupa.
Berpeluh pada waktu malam.
Rasa gelisah ketika tidur.
Tidak berfungsi secara seksual.
Berdengkur.
Kerap terjaga dari tidur secara mengejut kerana berasa tercekik.
[vitamin Shaklee yang membantu masalah dengkuran]
Vitamin yang baik untuk minima masalah dengkur ialah VITAMIN E.
Ia bukan sahaja baik untuk kulit malah untuk jantung juga. kajian
menunjukkan mereka yang bedengkur pada waktu malam mempunyai risiko yang
tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
Omega Guard-baik untuk minima masalah dengkur. Omega Guard mengandungi EPA dan DHA.
Siti Darna
018-3948592
Tiada ulasan:
Catat Ulasan