RESEPI: ROTI SARANG LEBAH
Assalamualaikum.. haaa nak share resepi lagi.....
Kali ni nak share Roti Sarang Lebah, ibu tak buat lagi, tapi bakal buat in sha ALLAH... ok jom lah kita tengok macamana resepi roti sarang lebah ni, lebih kurang mcm Roti Kasih Ibu Arif yang ibu buat sblm ni cuma beza kali ni ade sos butterscoth yang dituang diatasnya...
Bahan-Bahan
2 Cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
1/2 Sudu teh baking powder
1 Sudu besar gula pasir
1/4 Cawan plain yogurt, suhu bilik
1/4 Cawan minyak sun flower
1/2 Cawan air suam
Almond flakes, pumpkin seeds & butterscotch jika mahu
Cara-Cara
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau
sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat di tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
5. Uli sehingga elastik. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebu roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2 kali ganda di tempat sikit
panas atau tertutup seperti dalam oven atau microwave yang TAK di ON.
Bila doh dah naik, tumbuk-tumbuk supaya keluar anginnya.
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat
atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu
dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak sahaja.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan
doh rehat naik 2 kali ganda sekali lagi. Sementara menunggu doh naik
ON-kan over anda. Setting 180-200 celcius api atas bawah. (Mengikut
oven)
10. Pastikan oven panas baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah dan 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bakar dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat-cepat tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
Nota Tambahan
1) Doh memang lembik. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tangan anda dengan minyak masa nk bahagi doh kecil-kecil.
2) Tak perlu perfect bulat sangat sebab nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar-benar panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras.
5) Kalau tak habis makan, simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastik kemas-kemas.
Sos ButterScotch
Bahan-Bahan
1/2 Cawan gula perang
1/2 Cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
Secubit garam
1/2 Sudu teh vanilla essence
25 g Butter
Cara-Cara
1.Cairkan butter dalam periuk kecil. Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair atau larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan-lahan sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla. Apabila semuanya sebati Off-kan api dan tuangkan
dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan
sebagai topping.
Nota Tambahan
Pastikan
semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau
di tinggalkan. Awas masa hendak tuang cream sebab gula panas
sangat. Berhati-hati. Baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak
berbau .
Selamat Mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan