Alhamdulillah, pagi ni tetiba rasa nak share dengan kawan2 5 cara untuk manjakan diri anda, haaa kalau nak cantik selain makan supplement anda semua boleh amal petua2 kat bawah ni.....
1- Tepung sagu bantu tegangkan kulit wajah
Pukul putih telur hingga kembang, kemudian bancuh dengan sedikit tepung sagu, lumur keseluruh wajah sblm tidur dan biarkan semalaman, bilas wajah dengan air bersih dan lumur pula timun yang diparut ( sebaiknya disejukan sekejap dalam peti ais), biarkan selama sejam dan bilas dgn air bersih, amalkan seminggu sekali.
2- Gabungan Hebat Susu & Bunga Mawar
Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendam dalam susu segar selama satu hingga dua jam. Selepas itu oleskan pada bibir yang kering.
Petua ini bukan sahaja membantu melembabkan bibir yang kering malah mencegah warna bibir yang merah dari hilang serinya.
3- Wajah Segar Semula Jadi
Sediakan bahan-bahan seperti madu, minyak zaitun, sebiji putih telur, perahan limau nipis, bunga melur dan buah badam. Satukan semua bahan tersebutdidalam pengisar, kisar hingga sebati. Kemudian sapu ramuan lulur yadi pada wajah anda dan biarkan 10 minit. Bilas dengan air bersih, amalkan selalu untuk kekal segar.
4- Kempiskan Perut Dengan Lidah Buaya
Ambil sedikiy daun lidah buaya, masukkan dalam periuk dan tambah air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat, tutup api dan biarkan sejuk seketika, setelah suam lumurkan ramuan tersebut pada perut anda.
5- Timun Hindari Cela Wajah
Bintik hitam atau cela pada wajah amat merunsingkan ramai wanita, atasilah dengan adunan lulur dari buah timun dan tepung jagunh. Parut sebiji timun dan camput dengan sedikit tepungnjaginh hingga sebati, sapukan pada keseluruhan wajah dan biar kering, bilas dengan air bersih. Amalkan selapas bangun tidur setiap pagi.
Kredit: Majalah Rapi Bil 250
Wahhhhh.... Menarik bukan? Haaa apa lagi blh cuba la petua2 ni.....
Selamat mencuba...
With love
Siti Darna
Peneraju Kerlipan Cahaya Jutawan
Pakar menyah toksin (detox) anda
posted from Bloggeroid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan