Bagaimanakah jerebu boleh menjejaskan kesihatan bayi saya? Jerebu boleh mengganggu hidung, tekak, saluran udara, kulit dan mata. Bayi anda akan mengalami nafas yang berdehit, hidung meleleh, iritasi mata, dan tekak kering dan batuk.
Apabila kualiti udara mencapai tahap yang kritikal, partikel halus dalam jerebu boleh menembusi masuk ke dalam paru-paru bayi anda. Jika bayi anda mempunyai sejarah masalah respiratori, sinusitis dan masalah alergi kulit, kesihatannya menjadi lebih terancam semasa musim jerebu. Sekiranya bayi anda mempunyai asma, simptomnya adalah lebih teruk.
Bagaimanakah saya melindungi bayi saya?
- Secara umum, kesan jerebu terhadap kesihatan adalah ringan dan boleh dirawat dengan mudah. Berikut diberikan beberapa panduan yang anda boleh ikuti untuk merawat masalah kesihatan akibat jerebu. Iritasi mata Titikkan beberapa titik larutan garam (diperolehi dengan mudah di kebanyakan farmasi) untuk membantu melegakan iritasi. Sesetengah ibu percaya yang beberapa titik susu ibu juga berkesan.
- Nafas yang berdehit ringan, hidung meleleh, tekak kering, dan batuk yang tidak berkahak Kanak-kanak dibawah satu tahun tidak seharusnya diberi ubat selesema atau ubat batuk. Tanyalah pakar pediatrik anda untuk mengetahui apa yang sesuai untuk bayi anda, mengikut umur (dan kadangkala, beratnya). Pastikan bayi anda memperolehi banyak rehat dan cecair (tambah jumlah buah atau jus yang kaya dengan vitamin C). Sekiranya dia terasa seakan-akan demam, beri dia suspensi paracetamol di bawah arahan doktor.
- Sesak nafas atau asma Asma dalam kebanyakan kanak-kanak adalah reaksi kepada sesuatu picu, dan jerebu boleh disalahkan. Jerebu boleh menjadikan asma seseorang itu lebih teruk, jadi, jika bayi anda berdehit atau sesak nafas, berjumpalah doktor dengan segera. Apa lagi yang saya harus lakukan? Terdapat beberapa langkah beringat-ingat yang terus dan mudah yang boleh diambil untuk melindungi bayi anda dari jerebu.
- Penyusuan badan Penyusuan badan adalah satu cara yang amat terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda. Selagi dia menyusu badan dia akan memperolehi antibodi dan keimunan semulajadi anda. Walaupun ini bukan cara yang seratus peratus mujarab untuk melindungi kesihatan bayi anda, bayi yang menyusu badan selalunya mempunyai simptom yang lebih ringan apabila diserang penyakit biasa seperti selesema dan flu.
- Elakkan merokok atau perokok Pastikan anda dan bayi anda menjauhkan diri dari perokok. Sekiranya anda atau suami anda merupakan perokok, inilah masa yang paling baik untuk berhenti merokok. Berikut adalah beberapa tip tentang berhenti merokok.
- Jangan keluar rumah seberapa boleh Elakkan aktiviti di luar rumah atau di alam bebas. Kami ada idea-idea yang bagus untuk permainan-permainan yang hebat bagi anda dan bayi atau anak tatih anda supaya mereka semua leka di rumah.
- Mengamalkan kebersihan Pastikan semua orang membasuh tangan dan muka mereka sebaik saja mereka memasukki rumah. Melindungi anda dan kanak-kanak anda yang lebih tua
- Jika anda atau suami anda, atau kanak-kanak yang lebih tua memakai kanta sentuh, adalah baik jika anda berhenti memakainya semasa jerebu berada di tahap yang teruk.
- Simptom seperti berdehit, hidung meleleh, tekak kering dan batuk boleh dilegakan dengan pil selesema atau ubat batuk. Anda boleh membeli ubat-ubat ini di farmasi.
- Pakailah topeng apabila jerebu menjadi teruk. Pada masa-masa Indeks Pencemar Udara melebihi 150 (dalam julat ‘Tidak Sihat’), fikirkanlah pemakaian topeng. Cari topeng yang disahkan gred N95. Ini bermakna topeng itu mampu menapiskan partikel halus dan mencegah anda daripada menyedut partikel jerebu dari udara. Ganti topeng anda apabila ia menjadi kotor atau kehilangan bentuk. Topeng surgeri biasa tidak memberikan pelindungan yang cukup dari partikel jerebu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan