Rabu, 5 Disember 2012

~ 3 tahun berlalu tanpa mu Mak ~

Salam semua...
Lama x apdet blog... ibu sibuk berbiz kat FB sekarang so mmg tak de masa nak selalu berblog!!!
Cuma petang ni ibu baru teringat yg hari ini 5 dec genap 3 tahun arwah mak pergi mengadap ALLAH yang maha esa!






Al-Fatihah untuk arwah mak, semoga mak tenang dan roh mak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan diredhoinya....

Rindu sangat kat mak, kalau lah darna berani bw motor ke Segambut dah lama darna sampai ke pusara tempat mak bersemadi!

Al-Fatihah!!!

Sabtu, 6 Oktober 2012

Perlu @ tidak?

Salam dan selamat sejahtera, tghr ni ibu ternampak berita utama di muka depan haian metro, yang bertajuk "DENDAM NAK SEBAR SIFLIS" berita seperti di bawah

KUALA LUMPUR: “Daripada sakit sendirian, biar semuanya sakit,” kata Chi, 16, gadis Vietnam penghidap penyakit kelamin kronik yang dieksploitasi sebagai pekerja seks selepas diperangkap sindiket pelacuran.
Berkongsi kisah hitamnya dengan Harian Metro, Chi mendakwa dia dipaksa menjadi pekerja seks di Malaysia selepas terperangkap dengan janji manis sindiket pelacuran yang menawarkan pekerjaan sebagai model atau kerani dengan bayaran mencecah RM3,000 sebulan.
Menurutnya, sejak dipaksa menjadi pekerja seks, dia mula berdendam dengan lelaki dan hanya berpura-pura gembira ketika melayani mereka di ranjang.

“Jika tidak berbuat demikian, saya dipukul bapa ayam. Jadi, mahu tidak mahu, saya terpaksa layan mereka,” katanya memberitahu dia turut dipaksa mengambil ubat yang membolehkannya melayan 10 lelaki dalam satu malam.

- Persoalannya apakah berita ini menjadi 1 masalah pada orang lelaki atau pun tidak, perlu ditakuti oleh kaum adam ataupun tidak? jawapannya adalah TIDAK bagi ibu, kenapa ibu kata tidak?

- Ya tidak perlu ditakuti n dirisaukan oleh kaum adam jika mereka beriman kepada ALLAH dan tidak terjebak dengan perkara yang melibatkan DOSA BESAR ini, jika mereka tidak melanggan pelacur maka mereka tidak perlu takut.

- Jadi jika ada diantara anda yg resah gelisah bila baca berita ini, tanya diri anda KENAPA?

ok setakat ini sahaja coretan ibu untuk kali ini.......

Jumaat, 3 Ogos 2012

.:: Dah Mula Mahu Makan ::.

Salam 14 Ramadhan buat semua sahabat2 ibu, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kita semua telah pun berada di pertengahan Ramadhan, Ramadhan tahun ini ibu seperti tahun lepas lebih gemar memasak sendiri walaupun letih balik dari kerja, terasa lebih puas dengan masakan sendiri. Kalau ada yang beli pun cuma kuih muih saja.

Sbnrnya bukan itu yang nak diceritakan......

Ok sbnrnya nak citer skit kat kawan2 ibu, sblm ni Arif mmg ssh sangat nak makan nasi, kalau makan pun nak lauk je ikan,daging & ayam je! Kemudian tahun ini Arif kerap sangat demam, hinggalah bos ibu tegur bila dia tahu yg Arif demam lagi, cuba bagi Arif minum Scots Emulsion. betul juga kan? jadi minggu lepas ibu ke farmasi KPJ TAWAKAL dan cari SE tp x ade, yang ade multi-vitamins brand seven seas seperti dlm gambar diatas.
.
Awal-awal bg Arif minum dia cakap "Eiii bau mcm taik" aduhai anak sabor je lah ckp mcm tu, tp mujur Arif nak juga minum walaupun ade bau skit, bau minyak ikan tu yg agak hamis skit tp bau oren tu lagi kuat. Skrg skit2 "ibu Arif demam, kn makan vitamin" hehehehehe.
.
Ibu bagi dia sehari sekali dan Alhamdulillah semalam dia minta makan jam 1 pagi, banyak juga dia makan, suka sangat ibu..... so kalau kawan2 yang ade anak2 x mau makan blh cuba bg SE @ Multivitamins yg ibu try bagi Arif ni.
.
SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA PUASA MALAM NANTI!!! 

Sabtu, 21 Julai 2012

Alhamdulillah...

Salam Ramadhan buat semua sahabat2 yang dikasihi...
Alhamdulillah selesai sudah puasa Ramadhan yang pertama pd hari ini,
Semoga ada ruang bagi ibu untuk meneruskan puasa pada tahun ini dengan jaya dan diberkati ALLAH!

Dikesempatan ini, ibu mengucapkan Salam Ramadhan Kareem buat semua sahabat2, doakan kesihatan ibu sekeluarga dan
semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat kita semua dan jadikanlah bulan ramadhan ini sebagai salah
Satu daripada taman2 syurga milikNYA.

SELAMAT BERIBADAH

Selasa, 19 Jun 2012

Inzar Bersama~ Seruan Kuburan






Setiap hari kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali:


1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan "بسم الله" sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
"لا إلاه إلا الله محمد رسول الله", supaya kamu dapat jawab soalan mereka.

Isnin, 18 Jun 2012

~ Hujung Minggu Yang Menggumbirakan ~

Salam Sayang buat teman2 ibu, Salam Isnin juga untuk semua, n3 ibu kali ni mungkin x menarik bg sesetengah org, tp amat bermakna buat ibu, coz Sabtu 16/6 baru ni seharian ibu dipenuhi dengan xtvt yang menarik dan menyeronokkan....

Seawal 9 pagi ibu dah pun berada di sekolah Arif PASTI IBNU KHALDUN untuk menyambut sambutan hari guru & hari ibu bapa 2012, antara xtvt yang ada ketika majlis ialah persembahan dari anak2 didikan pasti, Arif pun masuk juga membuat persembahan beramai2 membaca doa2 & surah2 yang dipelajari, Alhamdulillah seawal usia 3 tahun 6 bulan Arif dapat menghafal walau dlm bahasa pelatnya.

*Persembahan pelajar transit*

Banyak juga xtvt yang diusahakan pihak pasti, antaranya pidato dan alunan azan dr anak2 pasti, penyampaian hadiah untuk ibu bapa pelajar dan guru2 pasti, slot khas dr Ustaz Raihan Abd Aziz (Tanyalah Ustaz TV9) dan sedikit kata2 aluan dr pengurusi & timbalan pengurusi pasti ibu khaldun.

Lebih kurang jam 1 petang acara tamat dan setelah dijamu dengan hidangan yg enak ibu bawa Arif balik untuk bersihkan diri dan bersiap ke KLCC pula kerana ade perjumpaan ibu bersama sahabat2 sekolah ibu yg ada hampir 10 tahun x berjumpa dan ade yg lebih dr 10 tahun, lama kan....

***********************************

*Antara Sahabat2 ibu yang hadir*

*Sakan Bergambar Ibu-ibu*

*Anak-anak kami, masih ade yg tertinggal*

*Senyuman gumbira ibu-ibu & anak2*

*My Senior Kak Jumiah*

*Vouge2 blake diorang ni*

Alhamdulillah, hujung minggu ibu sungguh menyeronokkan, mcm2 yang ibu dapat, walaupun dalam keadaan berjerebu kami berusaha untuk menghadirkan diri untuk rapatkan kembali ukhwah yang dah lama renggang kerana kesibukan dan tuntutan tugas serta tanggung jawab masing2. 

Lepas ni kami nak p PD plak yessss insyaallah kami kumpul lagi....

Isnin, 11 Jun 2012

Cerita Yang Dah Berlalu

Assalamualaikum...
2 June 2012 lalu genaplah usia pernikahan ibu dan abah Arif 5 tahun,
Alhamdulillah sepanjang perjalanan menjadi isteri kepada abah Arif, ibu banyak belajar tentang erti kehidupan, banyak ilmu2 yang abah Arif curahkan kepada ibu supaya ibu menjadi lebih baik dari hari ini.


Syukur kepada NYA walaupun hidup kami x mewah tapi ibu bahagia menjadi isterinya, biarpun masih ada yang mempertikaikan kebahagian kami, usahlah mempertikaikan kebahagian kami, setiap rumahtangga yang dibina tak kan lari dari masalah cuma pokok pangkalnya kita tahu untuk menatasinya ataupun tidak.

Buat Abah, Ibu sayang Abah sangat2... Cinta ibu selepas ALLAH dan RasulNya adalah Cinta ibu kepada abah...

I LOVE U SO MUCH ABAH!!!!

Rabu, 30 Mei 2012

Cerita ibu Sakit II (Al Fatihah)


Salam Rabu kawan2 Ibu....
k hari ni baru terasa nak sambung cerita ibu sakit,
Sblm ni ibu cerita permulaan ibu sakit hingga masuk wad kan? seterusnya malam pertama di wad pada mulanya ibu ok je tapi bila time nak tido ibu mula rasa sejuk yg teramat lah sangat, ibu panggil nurse yg bertugas bgth yg ibu sejuk, tp nurse hanya menoleh dan berlalu, dan ibu terus x sedarkan diri.


Sedar2 petang keesokan harinya dan tangan ibu sebelah kanan di ikat pada katil, dan ibu berada di tempat lain. ibu jd cuak knp ibu ade di tempat lain dengan doc tetibe nak jahit peha untuk set line ubat, keadaan menjadi lebih kalut bila ibu rasa katil seperti bergoyang2 dengan kuat seperti gempa bumi, ibu dlm keadaan separuh sedar masa tu, 8pm baru ibu pulih sepenuhnya. tapi ibu rimas dengan wayar2 oksigen, air, antibiotik dan sebagainya.

Mengikut cerita nurse keadaan ibu malam tu begitu teruk sangat sehinggakan nak cek jantung pun x dapat sbb ibu menggeletar terlalu kuat hingga mata terbeliak. bila ibu tanya doc knp ibu jadi mcm tu doc kata mungkin kerana jangkitan kuman & demam terlalu tinggi dan doc suspek ibu ade sawan.... heheheh ibu x ade keturunan sawan la doc.... akhirnya untuk pastikan ibu sawan @ ade darah beku di kepala ibu dihantar untuk buat ujian ctscan pd hari ke 3 di wad. Alhamdulillah ujian ct scan semua ok.


Pagi hari ke 3 ibu di wad, seawal 7am ibu terima msg dr kakak ipar seterusnya dr abah arif mengatakan abg sulong ibu diserang strok subuh hari dan dibawa dengan ambulan ke HKL juga, bagai direntap jantung ibu dengar khabar duka itu, dan dlm 9am abg ibu yg no2 dtg bercerita pula adik ibu yang ikut ambulan dengan motor di langgar teksi yg cuba mengelak ambulan yg membawa abg sulong ibu. Adik ibu mengalami luka2 yang agak besar juga di lengan dan jari.

Arwah semasa hayatnya berkerja sebagai tukang gunting rambut.

Abg ibu di tempatkan di wad neuro dan disahkan tiada harapan kerana strok yg dialaminya menyerang saraf tunjang dan tidak boleh dibedah. Otak abg ibu telah mati sepenuhnya. ibu minta izin doc nak p melawat awalnya doc bagi tp sister pulak x bagi sbb ibu lemah dan dijangkiti kuman ditakuti ibu bertambah teruk, redha dengan keputusan itu ibu berdoa supaya cepat dpt keluar dari wad. Alhamdulillah hari ke 4 ibu dibenarkan keluar, bila dapat saja segala dokumen dr doc ibu terus menapak ke bangunan Neuro untuk ziarah abg ibu. keadaan abg ibu sungguh sedih, Hari ke 3 abg ibu di wad Neuro akhirnya tepat jam 6.20pm abg ibu pergi buat selamanya.

Ibu rs x dpt nak bercerita sepenuhnya mengenai arwah sbb setiap kali menaip cerita mengenainya ibu pasti sebak dan mengalirkan airmata kerana terlalu rindu pada arwah, arwah dikebumikan keesokannya di tanah perkuburan islam segambut taman sri sinar, satu tempat dengan arwah mak dan bapak ibu.

Al fatihah buat arwah abg ibu S.H Murad B. Sanoesi semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman juga Al-fatihah buat arwah mak Rudia Bt.Sanwan & arwah bapak Sanoesi B. Mashood.

Amin!

Isnin, 21 Mei 2012

Cerita Ibu Sakit

Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat2 ibu?
Agak lama ibu x berblog, semuanya kerana mood berblog dah ke laut china selatan.
Ermmm hari ni ibu nak crite skit mengenai apa yang ibu lalui sepanjang bulan mei ni walaupun berlaku pada awal bulan tapi baru hari ini ibu diberi kekuatan untuk bercerita.

1 Mei / selasa - Ibu rasa x sedap badan & rs sakit bila buang air kecil tp ibu diamkan dr pengatahuan abah si Arif sbb dia nak balik kampung. Sehinggalah petang rabu ibu dah tak tahan sangat ibu minta adik ibu hantar ke klinik, bila cek urine doc kata kencing kotor skit tp k.mns nampak tinggi, doc cek bacaan gula ternyata terlalu tinggi 24.9 mmol!


Keesokannya ibu terus ke GHKL untuk rawatan selanjutnya, sblm jumpa doc, pegawai perubatan kat situ cek bacaan gula ibu alhamdulillah dah turun ke 17.6 mmol, kemudian ibu di minta cek urine & hantar ke makmal, 1/2 jam menanti keputusan keluar, terus ibu bw masuk jumpa doc, kata doc kencing ibu ade darah n bakteria, kencing manis juga tinggi so doc bagi ubat untuk kencing kotor & kencing manis.


Jumaat ibu mula demam disebabkan terlalu menahan sakit, berlanjutan sampai ahad, ibu dah tak tahan, ibu kol kakak ipar minta jaga Arif sbb ibu nak p hospital, tp kakak ipar ibu cakap tunggu depa nak hantar, Dlm pukul 2 petang ibu dibawa ke hospital, sampai hospital kami tuju bahagian kecemasan dulu tapi di tolak ke OPD (pesakit luar). Bila doc sana cek dia suruh p ke kecemasan, ibu dah tak larat so ibu di tolak dengan kerusi roda, sampai kecemasan nurse cek serba skit ibu kn ke bahagian kuning masuk air 3 botol, darah diambil agak2 dlm3 jam kat situ doc bagitahu ibu kena masuk wad. Sedih mmg x terkata sbb terpaksa tinggal Arif dengan mak andaknya.

*Bersambung di N3 baru

Selasa, 13 Mac 2012

.:: Al-Fatehah & Salam Takziah ::.

Al Fatehah dan Salam Takziah buat keluarga Allahyarhamah Adik Nurul Nadhirah yang ditemui mati dibunuh dan di bakar di Pasir Gudang Johor, Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi dirimu nak, Ibu doakan pembunuh yang melakukan perbuatan kejam ke atas dirimu dihukum dengan hukuman yang setimpal baik didunia mahupun diakhirat sana.

Inilah akibatnya jika dunia tidak mengikut hukum ALLAH, jika hukum ALLAH dijalankan di negara kita Insyaallah perkara sebegini dapat dielakkan.

Ya ALLAH lindungilah kami dan keluarga kami dari sebarang unsur2 kejahatan samaada dr manusia, binatang buas dan juga syaitan yang direjam... Amin.

Damai lah dikau disana Bidadari Nurul Nadhirah

Lagi info: KOSMO

Khamis, 8 Mac 2012

KANAK_KANAK HILANG

Orang ramai dirayu membantu mengesan di mana Adik Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang hilang pada 1 Mac lalu di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Ya ALLAH comel sangat anak ini, baru berusia 5 tahun tapi kenapa dibiarkan kekedai berseorangan?
teringat ibu kisah Arif terlepas ke tepi jalan besar & balik sendiri kerumah sblm ini, hilang semangat ibu waktu kerana bayangkan jika Arif hilang.

Pada ibubapa diluar sana jadikan kisah adik NURUL NADHIRAH ini sebagai pengajaran pada diri kita, jangan lah lepaskan anak kita sekecil ini untuk bersendirian diluar rumah, biar kita letih sedikit janji anak kita selamat!

Semoga ALLAH memelihara adik Nadhirah dan cepat ditemui, kepada ibu nya banyak2 berdoa kepada ALLAH dan eruskan usaha.

.:: SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ::.


Salam Pagu Khamis Buat semua Sahabat2..
Pagi ni Ibu nak ucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada semua kaum HAWA diluar sana..

~Dibawah ni Ibu nak kongsi 41 kelebihan WANITA sebagai renungan bersama ~


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqam
ah.

Selasa, 6 Mac 2012

WOWW... PROMOSI JUALAN RUNTUH SAUNA OPAL DATANG LAGI!!!!


ASSALAMUALAIKUM

TAWARAN HEBAT DATANG LAGI.... PROMOSI JUALAN RUNTUH SAUNA OPAL, DARI HARGA RM600 KE RM520 DAN KINI TURUN LAGI DENGAN HANYA RM480..... CEPAT2 DAPATKAN SET SAUNA OPAL UNTUK ANDA ATAU YANG TERSAYANG SEMENTARA PROMOSI MASIH ADA.

BERMINAT BOLEH SEGERA HUBUNGI SAYA @ PM SAHAJA DI AKAUN FB..


***********

Siapa Yang Patut Menggunakan Set Sauna Opal?
Orang yang mempunyai masalah kulit muka berminyak dan kasar
Orang yang mempunyai masalah rambut gugur dan berkelumumur
Orang yang mempunyai masalah migraine

Apa Kebaikan Penutup Kepala?
Kajian mendapati sauna mandi wap sangat baik terhadap sel-sel kulit termasuk juga di bahagian muka.
Bertindak sebagai 'facial sauna' atau sauna yang dikhaskan utk bahagian muka
`
Ciri & Keistimewaan Set Sauna Opal:
Mempunyai penutup kepala yang berfungsi untuk merawat masalah migrain, kelemumur dan menghaluskan kulit wajah
Mempunyai tiga lapis kain iaitu PVC, fiber dan nylon
Hanya seminit untuk dipasang dan disimpan
Fleksibel dan boleh dibawa ke mana saja.
Jaminan selama 1 tahun.
Terdapat dalam dua warna menawan: silver dan biru.

Jumaat, 17 Februari 2012

.:: Arif & Sambutan Maulidurrasul Pasti Ibnu Khaldun ::.

Ermmm... tengok tu yang baju hijau tu siapa? tu lah Arif anak ibu..
Alhamdulillah hari ni dah 2 minggu arif bersekolah di Pasti Ibnu Khaldun Sri Rampai.

***
Salam Jumaat...
Eceli hari ni Pasti adakan sambutan Maulidurrasul,
So anak2 Pasti termasuk Arif kn pakai baju melayu (lelaki) dan baju kurung (perempuan).
Sejuk hati ibu bila tengok Arif dibawah jagaan dan tunjuk ajar cikgu2 yang solehah Insyaallah...
Semoga Arif dan anak2 yang lain membesar menjadi anak yang soleh dan solehah Amin......
Baik je anak2 semua duduk diam.
Paling ibu terharu nampak Arif duduk diam dengar "Kisah Rasulullah"  dr cikgunya.

Semenjak Arif masuk sekolah dah banyak yang ibu nampak perubahan pada Arif antaranya Arif dah reti solat walaupun x sempurna lagi, dah boleh menulis dan paling ibu suka bila abah Arif nampak perbezaan Arif dulu dan sekarang. Terima kasih cikgu2 yang mendidik Arif. Hanya Allah yang layak membalas jasa cikgu2.

Gambar Kredit By: Abdul Azim Fiq

Khamis, 16 Februari 2012

Petua Untuk Mendapatkan Zuriat


Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya

Isnin, 13 Februari 2012

Aduhai Alif....

Salam pagi Isnin buat sahabat2 ibu....
Eceli pagi ni x de apa pun yang ni stoly moly kan...
Tapi teringatkan si Alif abg Arif yang lahir tahun sama dengan Arif...
Kat bawah ni gambar Ahmad Alif & Ahmad Arif


Inilah Ahmad Alif Kembor tahun Ahmad Arif...
1 bapa lain mak lahir pada tahun yang sama tapi berbeza bulan.. 
Alif 16.07.08 - Arif 14.12.08

Pertemuan pertama kali beberapa tahun yang lalu menunjukkan keserasian antara mereka berdua.

~Alif botol merah /Arif botol pink!~

Yang sebenarnya bukan itu yang ibu nak cerita, Alif  ni orangnya tak lah selasak dan seaktif Arif,  namun dah macam2 hal yang dia dah buat, 1st dia minum clorox, aduhai ms tu ibu n abah x tahu apa nak kata bila dpt kol dr umah klang bgth dia minum clorox, hasilnya duduk wad 1 malam. 

Kedua kalinya tahun lepas raya ke 3, ibu n abah baru je sampai Jengka 16 nak beraya, tetiba dapat kol dr kg mengatakan Alif main lighter n hampir terbakar umah opahnya.

ke 3 dia kn geget lipan n yang terbaru Sabtu petang dia kena patuk ular plak.. aduhaiiii anak.. mujur kamu dudk dgn ibu kamu kalau kamu duduk dengan ibu mahu tumbang ibu dengan peel kamu n Arif.

Rabu, 8 Februari 2012

.:: KEHILANGAN ::.

Selamat Petang sahabat2 ibu...
Hari ni genap 8 hari pemergian seorang sahabat ibu, dan baru hari ini juga ibu ade kekuatan untuk buat n3 tentangnya. pagi tadi ms berjalan ke opis ibu ternampak seseorang yang mirip dia, setelah ibu amati betul2 ternyata bukan.
Kenangan arwah sewaktu bermain bowling dengan sahabat2!

Terasa benar akan kehilangan yang 1 ini, dia bukan sesiapa dlm keluarga ibu tetapi dia adalah salah seorang sahabat yang baik n rapat dengan ibu... Masih lagi terngiang2 gurau senda gelak tawa kami di opis bersamanya... Terasa baru semalam bersuan dengan sahabat yang telah pergi ini...

Pemergiannya kerana kanser hati tahap 4, hanya 1 minggu sahaja sel kanser merebak dan meragut nyawa sahabat ibu, kami sahabat2 terasa dengan pemergiannya apatah lagi isteri dan anak2 arwah.

Semoga Arwah tenang di sana dan semoga ALLAH mengampunkan segala dosa2nya... Amin!

AL-FATEHAH buat Allahyarham Mohamad Shafri Shamsudin

.:: Arif Dan Pasti ::.

Assalamualaikum,
Salam maulidurrasul buat semua sahabat2 ibu,
Lama rasanya ibu tak apdet blog ibu ni, bukan setakat bersawang je, nak roboh pun ade agaknya, Ok ibu x de cerita menarik pun cuma ibu nak share pasal buah hati ibu Ahmad Arif.

Alhamdulillah akhirnya tertunai juga ibu nak masuk kan Arif sekolah (Pasti Ibnu Khaldun), Walaupun lewat sebulan tapi tak ape lah sekurang2nya masuk sekolah juga.

Bosan tunggu ibu bersiap hehehe!

Homework!!!
Sambung titik-titik

1st buku Arif

Setakat ini itu dulu cerita ibu tentang Arif....
Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh dewasa nanti!


Isnin, 30 Januari 2012

Facebook Lubuk Pelaburan Haram




Pengguna Internet perlu sentiasa berhati-hati dengan pelawaan rakan Facebook untuk menyertai sebarang aktiviti pelaburan. - Gambar hiasan



LAMAN web sosial Facebook tidak dinafikan merupakan antara medan berinformasi berguna jika dipraktikkan dengan baik. Menyedari kemudahan dan kepentingannya, banyak pihak termasuk kerajaan memilih menyalurkan pelbagai maklumat menerusi laman web tersebut.


Namun di sebalik manfaatnya, terdapat juga pihak yang tidak bersikap jujur ketika bersosial dan sanggup mengambil kesempatan termasuk memperkenalkan skim pelaburan cepat kaya.
Laman profil kini rancak dibanjiri oleh iklan-iklan seperti ‘ingin cepat kaya’, ‘duit secara infiniti’, ‘tanpa kerja dapat duit’, ‘jana duit melalui Internet’ dan sebagainya bagi menarik pelabur baru.
Selain itu, kewujudan skim seakan-akan SwissCash, Forex (tukaran wang) dan seumpamanya juga semakin hari semakin berleluasa di Facebook.
Keghairahan dalam mengejar kekayaan antara faktor mengapa ramai mudah tertipu dan terjebak dengan skim pelaburan seperti itu.
Wartawan MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan jurugambar, WAHIDIN SALIM menyingkap kisah di sebalik skim penipuan pelaburan di Internet terutama laman sosial Facebook serta mereka yang terlibat dalam skim-skim sebegini.
KUALA LUMPUR 23 Jan. - Walaupun pelbagai kisah telah dibongkar di sebalik penipuan pelaburan di Internet beberapa tahun lalu, namun masih ramai pengguna yang tidak serik untuk terus melabur.
Bezanya, jika dahulu skim seperti SwissCash, Buy-e-barrel, Al-Arabic Fund dan ABB Fund merupakan pelaburan yang cukup popular dalam kalangan pengguna Internet, kini ia menular ke laman web sosial seperti Facebook.
Modus operandinya tetap serupa - mencari mangsa yang ingin menjadi kaya dengan cara cepat dan mudah.
Pada masa sama, mereka bijak menukar medium kononnya wang pelaburan tersebut adalah untuk digunakan dalam perniagaan kayu gaharu, emas, minyak dan sebagainya.
Malah, dengan hanya melayari Facebook, pelabur akan diberikan RM100 sebagai ganjaran.
Bagaimanapun, wang ganjaran tersebut hakikatnya tidak akan diperoleh sehingga individu terbabit melakukan pelaburan yang sama.
Cara operasinya mudah, seperti bermain kutu di mana ahli yang memperkenalkan skim tersebut akan menerima pelaburan wang dalam jumlah yang sama iaitu RM100 daripada ahli baru.
Ahli baru pula akan mengharapkan ada ahli lain yang ingin menyertai skim itu melaluinya.
Bagi menarik peserta baru untuk menjadi mangsa, ‘si penipu’ akan menggunakan gambar longgokan duit yang banyak, kereta mewah serta barangan berjenama sebagai umpan mereka.
Berikut antara kes penipuan membabitkan pelaburan menerusi Facebook yang diceritakan oleh mangsa kepada wartawan, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR.
KES 1:
BERKENALAN dengan seseorang di Facebook yang boleh membantu membebaskan diri individu itu daripada dibelenggu masalah kewangan pasti membuatkan sesiapa sahaja teruja.
Perasaan itu turut dialami Normala Aziz, 27, apabila dia tertarik untuk melabur hanya kerana ‘sambutan’ yang diterima oleh rakan mayanya.
Normala berkata, ucapan terima kasih kerana membantu dan juga gambar bersama kereta serta banglo mewah yang diterima dan terpapar di profil rakannya itu, membuatkan dia lebih yakin untuk turut serta.
Setelah mendapatkan maklumat lanjut daripada rakan mayanya itu, satu pertemuan dilakukan.
“Saya memandu ke pejabatnya dan mula mencari tempat letak kereta di dalam bangunan itu.
“Agak terkejut apabila melihat pelbagai kereta mewah seperti Porsche, Ferrari serta Aston Martin berbaris dalam tempat letak kereta itu dan semuanya ada pelekat skim pelaburan tersebut,” katanya yang ketika itu masih lagi belajar di institusi pengajian tinggi di ibu negara.
Tanpa berfikir panjang, Normala yang ketika menyertai pelaburan tersebut masih belajar di institusi pengajian tinggi awam, telah melaburkan wang biasiswanya sebanyak RM2,000.
Masalah mula timbul apabila dia terpaksa mencari ahli baru untuk melayakkan dia menerima pulangan dijanjikan dalam pelaburan tersebut.
Malah, pihak atasan dan ejen meminta dia menaikkan pelaburan sehingga RM35,000 untuk melayakkannya menjadi ‘rakan kongsi’.
Terdorong dengan kata-kata itu, dia mula meminjam wang daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan saudara mara.
Malangnya ‘langit tidak selalunya cerah’ apabila ramai di antara ‘rakan kongsi‘ pelaburan itu ditangkap oleh pihak polis berikutan dakwaan melakukan pengumpulan deposit secara haram.
KES 2:
DENGAN hanya log masuk ke dalam Facebook, seseorang berjaya mendapat RM100.
Jika ikut logik akal, bukan mudah seseorang mendapatkan keuntungan dengan hanya bergoyang kaki sambil melayari Facebook.
Namun, itulah hakikatnya yang berlaku kepada salah seorang mangsa, Derrick Lau, 27, apabila mencuba untuk turut sama berjaya seperti yang diiklankan oleh skim pelaburan Facebook itu.
“RM100 bukan nilai yang besar untuk modal dan saya rasakan pada mulanya tidak salah untuk saya mencuba, mana tahu nasib menyebelahi saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Derrick, taktiknya sangat mudah, selepas mendaftar dan membayar RM100 sebagai modal awal, pelabur perlu memperkenalkan ahli baru.
Pada awalnya, tiada penerangan khusus diberikan mengenai skim pelaburan tersebut.
Setelah menyertainya, barulah dinyatakan bahawa skim tersebut perlu mencari ‘orang bawah’ (downline).
“Mereka mendapat keuntungan dengan merekrut orang baru dan memasukkan wang ke dalam akaun mereka.
“Lagi ramai yang masuk, makin bertambahlah duit di dalam akaun dan ia ternyata bukan satu pelaburan tetapi hanya mengambil wang orang lain.
“Menyedari perkara itu, saya terus tidak menyertainya lagi dan bagi sesiapa yang bertanya, saya katakan ia adalah satu penipuan,” katanya.
KES 3:
KHIDIR Rosli, 32, merupakan seorang pekerja swasta di salah sebuah hospital di ibu negara yang mahu mendapatkan keuntungan dengan cara mudah.
Dia ditemukan oleh seorang rakan kepada satu skim pelaburan yang berasaskan Internet yang mana dapat memberikan pulangan sehingga 10 peratus setiap bulan.
Masuk RM1,000, hujung bulan dapat RM100 dan begitulah seterusnya mengikut jumlah pelaburan yang dibuat - lebih tinggi pelaburan lebih banyak pulangan yang diterima
Menurutnya, sesiapa sahaja yang mempunyai akaun bank terutama Maybank2u boleh menyertai pelaburan ini kerana keuntungan akan didebitkan terus ke akaun mereka secara bulanan.
Pada awalnya, dia kurang percaya berikutan telah tertipu dengan pelaburan lain sebelum ini.
Namun, pujukan serta cerita yang dibawa oleh temannya itu tentang kejayaan mereka telah dapat menundukkan hati Khidir untuk mula melabur.
Dalam bulan pertama, dia mendapat RM100 dan begitu juga dengan bulan-bulan seterusnya.
Pada bulan kelima dan keenam, pulangan yang diterima semakin meningkat kepada RM500, membuatkan dia merasa sangat gembira kerana beranggapan pelaburan kali ini tidak sia-sia.
“Saya terus menghubungi ejen dan dia mengatakan syarikat sedang meningkat naik dan pelabur menerima pulangan yang lumayan.
“Dia juga menyuruh saya untuk menambahkan pelaburan bagi mendapatkan pulangan berlipat kali ganda,” katanya.
Atas idea yang diberikan ejen skim tersebut, beliau membuat pinjaman peribadi kepada sebuah bank sebanyak RM50,000 untuk tujuan melabur dengan harapan mendapat pulangan lebih besar.
Pada bulan pertama, bayaran sebanyak RM5,000 telah diterima menerusi akaun bank.
Bagaimanapun, pada bulan kedua dan seterusnya, bayaran semakin berkurangan kepada RM2,500 dan pernah dia mendapat hanya RM1,000 sahaja.
Lama-kelamaan dia tidak menerima langsung pulangan wang pelaburan.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA

Jumaat, 27 Januari 2012

VIRUS KUCING (TOXOPLASMA)

"TOXOPLASMA atau yang dikenal dengan istilah virus kucing sangat berbahaya. Virus tersebut dapat menyebabkan keguguran, cacat pada bayi, bahkan menimbulkan kematian. Toxoplasma merupakan virus dari hewan mamalia seperti kucing yang menular kepada manusia. 
Setiap virus yang masuk ke tubuh manusia akan menimbulkan infeksi, termasuk toxoplasma. Virus kucing tersebut dapat menimbulkan keguguran bagi ibu hamil. Selain itu, dapat pula menimbulkan kecacatan pada bayi, seperti hydrochepalus atau penumpukan cairan di kepala yang mengakibatkan pembengkakan kepala pada anak."  - Fajar Lifestyle 

"What is toxoplasmosis?
Toxoplasmosis (toxo) is an infection caused by a single-celled parasite called Toxoplasma gondii. The infection is most commonly acquired from contact with cats and their feces or with raw or undercooked meat. 
The U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) estimates that more than 60 million people in the United States may carry the Toxoplasma parasite, but very few have symptoms because a healthy immune system usually keeps the parasite from causing illness.
What factors increase the risk of acquiring toxo? 
The following situations potentially expose a person to the toxoplasma parasite and increase the risk of acquiring toxoplasmosis:
  • touching your hands to your mouth after gardening, cleaning a cat's litter box, or anything that came into contact with cat feces
  • eating raw or partly cooked meat, especially pork (hah, yang memang sumpah tak berkenaan!), lamb, or venison
  • touching your hands to your mouth after contact with raw or undercooked meat
  • organ transplantation or transfusion (this is rare)
If a woman is pregnant when she is infected with toxo, the infection can be transmitted from her to the baby with sometimes catastrophic consequences." -Medicinenet

Rabu, 11 Januari 2012

Sejarah Berulang Lagi


Ahmad Arif.... dia lah satu2nya anak ibu sekarang, belom ade adik lagi....
Time lunch tadi ibu dpt kol dr pengasuhnya, ibu dah berdebar2 bila tengok nama pengasuh yg buat panggilan.

"Darna, akak nak cerita skit ni n sblm tu nak minta maaf, sblm org lain ckp dgn kamu biar lah kamu dengar dr mulut akak sendri, anak kamu Arif td turun n main tepi jalan.

Ya ALLAH.... terhenti sekejap degup jantung ni rasanya.... mcm x percaya apa yg ibu dengar, Arif ni kali ke2 ibu hampir kehilangan kamu, 22 atas kecuaian org lain.... 

Apa lah dosa ibu sehingga ibu diuji perkara yg sama sampai 2x?
Tapi syukur Ya ALLAH kerana Arif sempat dijumpai oleh jiran-jiran yang prihatin.

Skrg.... ibu tertekan sangat, apa pun x bleh nak pk, yg ibu tau nak segera pindah n jaga anak sendri kat Perak nanti.....

Semoga Perkara ini tak berulang lagi....

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...