KUALA LUMPUR: “Daripada sakit sendirian, biar semuanya sakit,” kata Chi, 16, gadis Vietnam penghidap penyakit kelamin kronik yang dieksploitasi sebagai pekerja seks selepas diperangkap sindiket pelacuran.
Berkongsi kisah hitamnya dengan Harian Metro, Chi mendakwa dia dipaksa menjadi pekerja seks di Malaysia selepas terperangkap dengan janji manis sindiket pelacuran yang menawarkan pekerjaan sebagai model atau kerani dengan bayaran mencecah RM3,000 sebulan.
Menurutnya, sejak dipaksa menjadi pekerja seks, dia mula berdendam dengan lelaki dan hanya berpura-pura gembira ketika melayani mereka di ranjang.
“Jika tidak berbuat demikian, saya dipukul bapa ayam. Jadi, mahu tidak mahu, saya terpaksa layan mereka,” katanya memberitahu dia turut dipaksa mengambil ubat yang membolehkannya melayan 10 lelaki dalam satu malam.
- Persoalannya apakah berita ini menjadi 1 masalah pada orang lelaki atau pun tidak, perlu ditakuti oleh kaum adam ataupun tidak? jawapannya adalah TIDAK bagi ibu, kenapa ibu kata tidak?
- Ya tidak perlu ditakuti n dirisaukan oleh kaum adam jika mereka beriman kepada ALLAH dan tidak terjebak dengan perkara yang melibatkan DOSA BESAR ini, jika mereka tidak melanggan pelacur maka mereka tidak perlu takut.
- Jadi jika ada diantara anda yg resah gelisah bila baca berita ini, tanya diri anda KENAPA?
ok setakat ini sahaja coretan ibu untuk kali ini.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan