Apa khabar sahabat2 ibu?
Agak lama ibu x berblog, semuanya kerana mood berblog dah ke laut china selatan.
Ermmm hari ni ibu nak crite skit mengenai apa yang ibu lalui sepanjang bulan mei ni walaupun berlaku pada awal bulan tapi baru hari ini ibu diberi kekuatan untuk bercerita.
1 Mei / selasa - Ibu rasa x sedap badan & rs sakit bila buang air kecil tp ibu diamkan dr pengatahuan abah si Arif sbb dia nak balik kampung. Sehinggalah petang rabu ibu dah tak tahan sangat ibu minta adik ibu hantar ke klinik, bila cek urine doc kata kencing kotor skit tp k.mns nampak tinggi, doc cek bacaan gula ternyata terlalu tinggi 24.9 mmol!
Jumaat ibu mula demam disebabkan terlalu menahan sakit, berlanjutan sampai ahad, ibu dah tak tahan, ibu kol kakak ipar minta jaga Arif sbb ibu nak p hospital, tp kakak ipar ibu cakap tunggu depa nak hantar, Dlm pukul 2 petang ibu dibawa ke hospital, sampai hospital kami tuju bahagian kecemasan dulu tapi di tolak ke OPD (pesakit luar). Bila doc sana cek dia suruh p ke kecemasan, ibu dah tak larat so ibu di tolak dengan kerusi roda, sampai kecemasan nurse cek serba skit ibu kn ke bahagian kuning masuk air 3 botol, darah diambil agak2 dlm3 jam kat situ doc bagitahu ibu kena masuk wad. Sedih mmg x terkata sbb terpaksa tinggal Arif dengan mak andaknya.
*Bersambung di N3 baru
1 ulasan:
Armouris: tq ya sudi share ngan sy!
Catat Ulasan