Rabu, 31 Ogos 2011

Kenal tak dia ni?


Salam Aidil fitri buat sahabat2 semua..
eceli tak de apa pun yg menarik.. cuma ibu nak korang teka siapa dalam gambar ni...
Cantik tak wanita ni, kalau korang kenal dia tak pe sbb dia mmg pemes sejak kebelakangan ni, tapi kalau tak kenal korang bleh klik sini utk mengetahui siapa wanita cantik ni.......

Rabu, 24 Ogos 2011

.:: Perempuan Makhluk Sensitif ::.





PEREMPUAN fitrahnya adalah makhluk yang sangat sensitif berbanding lelaki. Ini mungkin disebabkan sejak kecil lelaki telah diajar agar tidak meluahkan perasaannya.

Itu alasan yang selalu diberikan. Tetapi rupanya ada alasan lain mengapa hal itu berlaku - otak lelaki dan wanita berbeza.
Amygdala, bahagian otak yang mengawal maklum balas emosi manusia kurang berhubung dengan bahagian otak lelaki. Hubungan yang sedikit itu pula hanya di bahagian seperti di visual cortex yang mengawal otot.

Walhal, Amygdala pada perempuan lebih terhubung dengan bahagian otak yang mengawal bahasa. Barangkali itu sebabnya wanita lebih terbuka dan mudah meluahkan perasaannya.

Berikut ialah antara perbezaan ketara antara lelaki dan wanita yang perlu difahami:

• Lelaki tahan sakit
Yang ini memang perempuan lemah. Dalam beberapa kajian mendapati lelaki selalunya mampu menahan sakit dengan lebih lama. Ramai percaya lelaki mampu berbuat demikian kerana persepsi masyarakat bahawa lelaki mesti kuat dan tidak sukar dikalahkan.

• Lelaki tidak tekun mendengar Alasannya, semasa lelaki sedang mendengar, mereka mengaktifkan otak kiri yang berkaitan dengan bahasa. Walhal, wanita mengaktifkan otak kiri dan kanannya serentak. Wanita juga mampu melakukan aktiviti lain sambil mendengar tetapi lelaki perlu lebih fokus. Begitupun ini tidak bermaksud wanita adalah pendengar yang lebih baik berbanding lelaki.

• Lelaki sukar mengingati perincian
Hal ini memang selalu berlaku. Lelaki selalu lupa tarikh perkahwinan, hari jadi malah kadang kala umur anak. Sebabnya, lelaki dan wanita menggunakan bahagian otak yang berbeza untuk membentuk ingatan. Ini membuatkan lelaki sukar untuk mengingati perincian sesuatu perkara tetapi ingatannya lebih berbentuk visual.

• Lelaki lebih menyukai sukan Jika dilihat secara rambang memang lebih ramai lelaki yang mendambakan sukan
berbanding wanita. Puncanya kerana testosteron yang dikaitkan maskulin. Lelaki mengeluarkan testosteron 20 kali lebih banyak berbanding wanita, setiap hari.

Kenyataan diatas dapat memberi gambaran jelas tentang perbezaan ketara diantara lelaki dan wanita. Dimana makhluk lelaki agak kurang sensetif didalam banyak perkara. Ini yang membuatkan lelaki dan wanita boleh hidup bersama. Itu yang dikatakan "Dua Sejoli". Bayangkan lelaki kawin dengan lelaki dan perempuan kawin dengan perempuan yang menjadi penyakit sosial dalam masyarakat kita sekarang. Teringat kata-kata abah waktu aku kecik dulu "Setiap kejadian di muka bumi pasti ada hikmah. Kita sahaja perlu fikir menggunkan akal-fikiran yang dikurniakan". Allah s.w.t. sahaja yang mampu membuka pandangan mata hati hamba-hambanya. 

.:: TANGISAN ::.





ஜ♥ Tangisan semalam takkan menyebabkan kita rebah untuk hari ini
♥ஜ♥ Tangisan semalam takkan mematahkan semangat ini♥ஜ♥ Tangisan semalam bukan berakhirnya sebuah harapan~> Tapi......♥ஜ♥ Tangisan semalam adalah semangat♥ஜ♥ Tangisan semalam adalah kekuatan♥ஜ♥ Tangisan semalam adalah kebangkitan~♥~ Mereka hanya melihat bintang, tp kita berusaha memetik bintang ~♥~

Selasa, 23 Ogos 2011

.:: Mana Mak? ::.



Jam 6.00 Petang
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."  

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

SILA SHARE SEBAGAI RENUNGAN

.:: Anak Halal Mengaku Anak Haram.. Apakah Ini? ::.


KESAL...Sham mendedahkan perbuatan keluarga bekas isterinya kepada wartawan Harian Metro.
KESAL...Sham mendedahkan perbuatan keluarga bekas isterinya kepada wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: Disebabkan tidak mahu bapa kandung menjadi wali pernikahannya, seorang gadis bersekongkol dengan ibunya membuat pengisytiharan palsu di mahkamah syariah dengan mengaku anak luar nikah untuk mendapatkan wali hakim.
Semuanya dipercayai berlaku kerana ibu gadis itu masih berdendam dengan bekas suaminya berikutan kegagalan rumah tangga mereka, seterusnya menghasut anak perempuannya mengetepikan hak bapa kandung dalam urusan pernikahan.

Mengejutkan apabila perancangan mungkar dua beranak itu mendapat sokongan nenek, datuk, bapa tiri dan bakal suaminya. Lebih mengecewakan apabila tanpa soal siasat terperinci, jurunikah menikahkan pasangan terbabit hanya dengan melihat surat pengisytiharan dikemukakan gadis terbabit.


Pasangan itu tinggal sebumbung sejak 2009 dan kini bapa kandung dengan bantuan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam) berusaha untuk memfaraq atau memisahkan mereka kerana meragui status perkahwinan mereka.

Mendedahkan perkara itu, bapa kandung wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sham, 43, berkata perancangan songsang anggota keluarga bekas isterinya itu diketahui menerusi anak lelakinya.


“Hasil perkahwinan saya dengan bekas isteri, kami dikurniakan dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Hubungan saya dengan anak serta keluarga bekas isteri baik kerana saya kerap mengunjungi mereka, membawa anak-anak keluar, malah saya dan bekas isteri memulakan hidup baru apabila masing-masing berkahwin lain.



“Sehinggalah anak lelaki saya memberitahu adik perempuannya akan berkahwin dan keluarga ibunya merancang menafikan hak saya sebagai wali,” katanya yang ditemui, semalam.

Terkejut dengan pendedahan itu, Sham berkata, dia mengadakan pertemuan dengan keluarga bekas isterinya termasuk anak perempuan dan bakal menantunya pada hujung 2009.


“Saya marah kerana rancangan mereka jelas penipuan dan bertentangan hukum syarak, malah saya bersedia menjadi wali kepada anak perempuan kerana dia satu-satunya anak perempuan saya.

“Saya anggap mereka faham, malangnya kira-kira sebulan selepas pertemuan itu, saya mendapat tahu anak perempuan saya sudah berkahwin dengan mengisytiharkan dirinya sebagai anak tidak sah taraf. Dengan izin Allah juga, saya nampak gambar anak perempuan saya yang berpakaian pengantin di facebook.


“Saya berusaha mendapatkan penjelasan daripada jurunikah, kenapa terlalu mudah menikahkan wanita yang mengaku anak luar nikah. Saya bertanya kenapa dia tidak menyoal pengantin perempuan sama ada dia mempunyai adik-beradik dan dengan selamba dia menjawab tidak,” katanya.


Tidak puas hati dengan penjelasan itu, Sham menghubungi pejabat agama Islam negeri tempat anaknya bernikah meminta pihak penguat kuasa agama segera memfaraqkan perkahwinan berkenaan.


“Saya sekali lagi terkilan apabila pegawai berkenaan meminta saya melantik peguam jika mahu berurusan dengannya.


“Apa yang berlaku sekarang ialah hukum Islam dipermainkan, tapi orang yang diberi tanggungjawab menjaganya mengambil sikap mudah. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengumpul bukti bagi memisahkan anak saya dengan pasangannya yang melanggar hukum syarak, mujur SukaGuam mahu membantu saya dalam urusan ini,” katanya



Sumber: Hmetro

Rabu, 17 Ogos 2011

MERCUN KATAK

Ermm sat tadi sembang2 ngan kawan kat GHMB depa sebut pasal mercun, so ibu terus teringat mercun katak.... mercun ni macam kat dalam gambar ni lah, dulu ibu paling takut mercun ni, tp seronok tengok bila abg2 bakar, bila bakar dia melompat2 sbb tu di panggil mercun katak...

Korang ingt lagi mercun katak ni tak?
Rindu saat di usia kanak2 dulu, semua benda seronok je tak perlu pk masalah, namun bila meningkat ke usia dewasa tua ini bermacam2 masalah perlu dipikirkan...

"ALLAHUMMA HAYYIK LANA MIN AMRINA RASHADA"-"YA ALLAH PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN KAMI"

Isnin, 15 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu Berbuka Malam Ke 15


Hai kawan2 ibu...
Alhamdulillah walaupun hari ni ibu start memasak 6.22pm sempat juga ibu sediakan juadah berbuka puasa seperti dalam gambar diatas, Sempat lah ibu tumis air kangkung, goreng ikan, kembong masak taucu & Sambal hijau (resepi dr bandung).. Ermmm tapi jangan tertipu plak kuih muih tu ibu beli kat bazar ramadhan.. hihihi ni kali ke 2 sepanjang ramadhan ibu beli kuih kat bazar... JIMAT!!!

.:: Nostalgia Persahabatan ::.


Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat 

******

Ermmm tetibe ibu terkenang nostalgia persahabatan ketika zaman study dulu..
Ok kat bawah ni ibu nak share gambar2 ibu dengan sahabat2 ibu....

Kedai air batu kak sah!!
Ibu suka minta abc luar biasa!!!

Ni masa ibu tahun akhir di MDQ..
Robi' Thanawi Balqis

Ni plak masa kami menuntut di KUDQI
otw balik kolej dari kelantan

Sahabat susah senang ibu..
Warden asrama kami merangkap adik angkat ibu..

Tak silap ni pun masa tahun akhir di MDQ
persembahan terakhir kami

Kafe mak wan di KUDQI

Rindu sangat dengan suasana belajar dulu...
Andai dapat diundur putaran dunia, ibu tak kan sia-siakan saat itu...

Sabtu, 13 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu Berbuka Malam Ke 13


Setelah pening memikirkan apa nak masak petang tadi akhirnya ibu ambil keputusan menyediakan juadah berbuka sekadar cuma seperti diatas, walaubagaimana pun keropok lekor tu adik ibu bawa balik so ibu just goreng je, kuih keria tu pulak pemberian pengasuh Arif bagi... Alhamdulillah walaupun masak 2 jenis juadah ade lagi 2 juadah menyusul sebagai menu tambahan...

Jumaat, 12 Ogos 2011

.:: Apa Masalah "KAU" ni? ::.


Kawan2 tau...
Bulan Puasa ni Iblis dan syaitan kan dirantai..
Tapi masih ade manusia yang mengambil alih tugas makhluk yang dilaknat ALLAH ni.
Masakan tidak ade pompuan ni kenal pun tidak berjumpa jauh sekali just berkawan di FB je...
Tapi sudah cukup untuk dia menghasut kawan2 sana sini untuk membenci seseorang yang dia tak kenal budi pekerti.... Entahlah.. bermacam2 dugaan sekarang ni... perbuatan si pompuan ni yg buat Ibu betul2 terkejut bila mana dapat tahu dia ni menghasut sahabat baik ibu benci dan bermusuhan dengan ibu...

Kepada pompuan jenis ni "KAU" ingatlah yang ALLAH tu tak pernah tidor walaupun sesaat jua sedetik masa, jadi segala perbuatan jahat kau DIA mengatahui... Insaflah dengan apa yang kau dah lalui, usahlah kau berbangga dengan itu jika kau anggap kau di UJI, hakikatnya dengan perbuatan lampau kau, kau bukan di uji tapi kau di beri BALASAN.... cukup2 lah kau menikam kawan2 dari belakang... apa salah ke kalau kita bersahabat secara aman dan damai bukan kah itu lebih baik dari begini... SEMOGA ALLAH MENGAMPUNI DOSA2 YANG TELAH DILAKUKAN.

BERTAUBAT lah sebelom terlambat!!!

Ramadhan Kareem - Menu Berbuka Malam Ke 12


Alhamdulillah... walaupun keletihan balik dari kerja,
Tersilap naik bas pulak, aduhhhh U5 ke arah Gombak ibu nampak U25 Seksyen 10..
Akhirnya dapat jugak ibu settlekan memasak juadah diatas untuk santapan kami sekeluarga...

SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA

Khamis, 11 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu Berbuka Malam Ke 11


Selamat Malam teman2 Ibu,
Hari ni hari yang sungguh meletihkan,
Manakan tidak, hari ni Arif ikut ibu ke Opis,
Masa waktu balik tunggu bas hampir sejam lamanya,
Arif pulak tak mahu berdiri dan mahu di dukung, 6pm baru sampai rumah.

Oleh kerana keletihan ibu tak tahu nak masak apa petang tadi!
Dalam fikiran ibu hanya terfikir nak goreng mee sahaja... so goreng jelah hasilnya seperti diatas...
Menu tambahan cekodok Oats + Kurma & Jeruk cili merah. Air macam air semalam Oren!!!!!!


Anak Ibu Demam Lagi

Salam Ramadhan..
Ermm baru dapat nak apdet blog, 
itu pun sbb arif dah tido.. kalau tak kene pantau dia takut ganggu staff lain.
Kat bawah ni gambar arif sepanjang 2 3 hr demam!!!

1st day demam memang tak buat apa2 terbaring lemah je...

2nd Day, demam2 pun masih nak bergaya sakan ngan cermin mata besar!

Naik bintik2 merah kat muka dia tp knp ye?

Rabu, 10 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu berbuka malam ke 10


Assalamualikum kawan2 ibu semua..
Selamat berbuka puasa semoga ALLAH berkati kita.
OK kat atas ni menu berbuka puasa ibu n anak2 malam ke 10 ini.
Hari ni ibu just masak ikan selar kuning goreng, Pindang @ singgang + timun tua dan budu
Air pula ibu buat air oren saja... cukuplah hanya ini untuk berbuka kali ini.... 

Selasa, 9 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu berbuka malam ke 8


Alhamdulillah Syukur pada ALLAH... Hari ni dah 8 hari kita semua berpuasa....
Ok menu malam ni seperti di atas.... Tapi malam ni just ibu n hidayat je berbuka coz suami ibu balik Perak!

Isnin, 8 Ogos 2011

12 Barisan Di Akhirat





Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris "(Surah An-Naba':18 ). Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing- masing dengan pembawaan mereka sendiri... ." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:-

MISTERI SANG GAGAK



Salam petang Isnin,
Hari ni genap seminggu ummat Islam di seluruh pelusuk dunia menunaikan ibadah puasa... ALhamdulillah!
Tahun ni ibu seronok sbb dapat bersahur dan berbuka dengan anak dan suami ibu, namun dalam pada itu jauh di dalam hati ibu betul2 merindui Arwah mak yang belom pun setahun mengadap ALLAH.

Berbalik kepada tajuk n3 kali ini, petang semalam lebih kurang jam 5 petang ibu dan suami ziarah pusara kedua orang tua ibu di tanah perkuburan islam taman sri sinar, sebaik sampai di sana keadaan jauh berbeza dari biasa, kelihatan beberapa ekor gagak bertenggek diatas sebatang pokok yg mana di bawahnya terdapat kuburan baru, Gagak2 tersebut bukan sekadar bertenggek tapi turut membuat bising. Ibu masa tu jadi serabut dan hampir jatuh atas sebuah kubur tapi ibu kuatkan semangat.

Secepat yang boleh ibu membaca alfatihah khusus buat arwah mak dan bapak ibu dan terus berlalu meninggalkan kawasan perkuburan tersebut... Suami ibu pun pelik dengan peristiwa tersebut.. apakah yang gagak2 tu bisingkan. kenapa setelah ibu membaca selawat keatas nabi gagak2 tadi terbang meninggalkan pokok tersebut? Memang Syaitan dibelengu pada bulan Ramadhan namun jin masih bebas bukan? Owhh Seram juga ibu, sehingga saat ibu menulis n3 ini ibu terbau2 bau kapur barus... 

Semoga ALLAH lindungi ibu dan kaum keluarga ibu juga seluruh ummat islam.. AMIN.

Ramadhan Kareem - Menu berbuka malam ke 5


Alhamdulillah pagi ni baru dapat apdet menu berbuka malam ke 5..
Menu malam ke 5 seperti didalam gambar di atas!!!

Jumaat, 5 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu berbuka malam ke 4


Selamat Berpuasa..
Ok kat atas ni adalah menu berbuka puasa malam ke 4 ramadhan.
Alhamdulillah berjaya juga buat walaupun agak tawar (biasalah bulan puasakan)
Tapi disebabkan terlampau banyak udang geragau yang ibu letak, lepas makan semangkuk kepala ibu sakit!
DARAH TINGGI!!!!

Apa pun Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini....

Khamis, 4 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - KESIANGAN


Hek hek... Ishhh Arif ni dah 2 3 malam merengek je time tidur, ermmm mungkin nak susu pikir ibu,
Sebelom ke dapur ibu tergerak nak tengok jam sambil berkata dalam hati "blom pukul 4am x bunyi lagi ni alarm".

Hahhhh!!!! 6.03am Ya ALLAH ibu kesiangan... Kesiannya pada hidayatullah dan adik ibu, sedih pun sama bila kenangkan depa tak bersahur untuk puasa hari ni.. harap2 hidayat dapat bertahan. Insyaallah esok ibu lebih berhati2.

Selamat Berpuasa

Rabu, 3 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu 3rd Day Berbuka


Syukur alhamdulillah!!!!
Inilah menu ibu anak branak untuk berbuka puasa malam ke 3 ni.

SELAMAT BERBUKA PUASA KEPADA SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN JUGA MUSLIMAT

Suami Chenta Hatiku



Dalam pada ibu berjenaka bersama kawan2 ibu mengenai menu berbuka untuk petang ini, Ibu singgah ke blog Mawarnafastari, Ya ALLAH sesungguhnya tabah hati si Hawa ini yang kehilangan Adam nya kerana dijemput MU, Hambamu ini tak mungkin sekuat dan setabahnya....

Bila Ibu baca luahan isi hati si Hawa, Ingatan ibu melayang mencari abah Arif, terkenang segala kesilapan dan kadangkala berlaku kekasaran berkata2 padanya, Saat ini abah arif masih di kampung. "Abang balik cepat ya?"

"Ya Allah panjangkan usia suamiku  Sesungguhnya hambamu ini tak sanggup kehilangannya, Selain diri MU padanya sahaja tempat ku bermanja dan mengadu cerita Ya Allah, Perkenankan lah permintaan hambamu ini ya ALLAH".

AMIN

Pada kaum hawa diluar sana, jika suami kalian seorang yang baik orangnya hargailah diri mereka selagi termampu... Arghhhh rindu bangat pada suami ibu!

.:: Pais Ikan ::.


Waduhhh malu sih nak letak resepi pais ikan ni....
Tapi atas permintaan sorang sobat yang memang terer memasak ku turutkan jua...

Bahan2 utama:

  • Ikan (tak kisah ikan apa pun)
  • Daun pisang @ foil untuk balut ikan
  • Mangga Muda (dicincang) @ Asam jawa dibuang biji
  • Gula
  • Garam
Bahan2 Untuk ditumbuk
  • Halia
  • Kunyit
  • bawang putih
  • bawang merah
  • Cili boh
Selesai menumbuk masukkan Mangga @ asam jawa, sedikit gula & garam kemudian gaul bersama ikan sehingga sebati, Bungkus ikan tersebut seperti membungkus lepat pisang kemudian letakkan dalam periuk pengukus atau susun dalam kuali dan masak sehingga ikan boleh di makan senang bangat!!!

*Jika di kukus anda boleh guna api yang besar & jika masak guna kuali mcm yg ibu buat guna api sederhana kecil.

SELAMAT MENCOBA

Selasa, 2 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu 2nd Day berbuka


~ Menu Utama ~ 
Pais Ikan Sardin 


~ Menu ke 2 ~
Sup Sawi Cincai :)


~ Menu Last Minit ~
Kentang goreng berlada


~ Kesemua Menu Berbuka Tadi ~


Pengganti Kurma (x sempat beli)
Onde-Onde Labu

Alhamdulillah Hidayat suka makan pais & Arif plak suka makan onde-onde labu....

.:: Arif Demam ::.



Budak demam yang lasak...
Bangun je tido melompat n terjerit2... bila penat baru nak merengek nak cucu!





Ini lah rupe tangan arif, tak tahu knp jadi macam tu tetibe je naik gelembong macam kn bende panas @ kudis!!! tadi lupa nak tunjuk kat doc!


Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...