Selasa, 25 Mei 2010

Maafkan Ibu Sayang...

Saat hendak lelapkan mata malam tadi aku diburu penyesalan kerana sebelum tu aku lepaskan geram pada arif, kesian arif tido dalam esakan, ketika nak meninggalkan Arif pagi tadi di rumah pengasuh aku sebak dan menyesal terasa berat kaki nak melangkah pergi, arif yang masih lena aku lihat keredupan wajah anak yang tak mengerti apa2 itu.


Ya Allah Ya Rabbul Jalil, kenapalah aku mudah benar hilang sabar, berikanlah kesabaran dalam memdidik anakku yang tak mengerti dan hanya tahu untuk ketawa dan masih awal baginya untuk memahami ertikata @ larangan2 aku.


Tak sabar rasanya untuk aku balik dan peluk anakku.. Teringat pesanan sahabatku kak Zuriah Talib, akan ku buat lagi apa yang di ajarkan kepada ku, akan ku peluk erat2 arif, akan ku cium seperti tak mahu di lepaskan dan bertentang mata dengannya sambil berkata ibu sayang arif sepenuh jiwa, sayang sangat, tanpa arif gelap lah dunia ibu...


Maafkan Ibu Sayang~

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...