Salam buat sahabat,
Sejak mendapat khabar yang buah pinggang mak juga sudah rosak, aku jadi sebak, mungkin luaran org nampak aku happy tapi yg sbnrnya aku sedih kenangkan mak yang terjejas kesihatannya.
Tak tahu bagaimana aku nak membalas jasa mak, aku hanya boleh jaga mak dihujung minggu sahaja kerana aku berkerja, selebihnya mak habiskan masa dengan cucu2nya di rumah abangku.
Khamis 27/05/10 ni mak perlu ke hospital untuk check up susulan seterusnya ambil darah untuk pastikan samaada mak perlu gunakan mesin untuk cuci buah punggang mak yang dah rosak, aku pun tak faham kenapa doktor boleh kata yang penyakit mak dah lama sedangkan sebelum ni bila check up doktor kata yang semua ok cuma perlu makan ubat.
Entahlah, agaknya dia ingat mak aku ni patung atau bahan xperiment kot...
apa pun aku berdoa pada Allah supaya Panjangkan usia mak dan berikan kesihatan yang baik.... Ameen!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan