Selasa, 29 Disember 2009

10 Tanda Kehamilan

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...
...Tahniah!


Isnin, 28 Disember 2009

Arif Dah Tumbuh Gigi


Rasanya hampir sebulan agaknya aku tak mencatat apa2 dalam blog ni, tapi hari ini tetiba hati ni terasa macam nak bercerita mengenai buah hati pengarang jantungku AHMAD ARIF!!!

14-12-09 baru2 ni bersamaan hari isnin Arif genap setahun, tapi masih merangkak ( x pandai jalan lg, kadang2 aku geram n gigit kaki dia-heheheh) dan tak tumbuh gg lg, mulut mmg tak duduk diam sama dgn aktiviti fizikalnya, memanjat, mengemas n menyelongkar menjadi rutin hariannya jika aku atau tukang jaganya terleka...

Hampir setiap malam sblm aku melelapkan mata aku renung wajah kecilnya, terasa sayu bercampur gembira, tak sangka aku sudah setahun menjadi ibu kepada permata hatiku ini. Terasa begitu pantas masa berlalu.

Abahnya!!! Arif mmg jarang bersua muka dgn abahnya, 97% Arif membesar bersama aku, abahnya sibuk mencari rezki biarkan lah. (LUPAKAN LAH)

Pagi semalam makcik Arif merangkap adik bongsuku memberitahu yang gg Arif dah nampak sikit, puas aku suruh nganga tapi dia tak mahu sudahnya malam tadi masa dia tidur aku suluh dgn lampu picit gusi dia.... hehehe terujanya aku dapat lihat dan sentuh gg Arif. Kini aku menanti saat Arif mahu bertatih pula.. Ibu akan tunggu tanpa jemu sayang..

Aku juga bersyukur kerana sejak keluar wad akhir awal bulan 10, Arif tak menunjukkan yang dia tidak sihat kalau ada pun cuma demam biasa sahaja. Bagiku cukuplah untuk Arif untuk masuk wad lagi aku tak sanggup melihat dia menangis ketika doktor mahu mengambil jalan atau mahu masukkan jarum untuk antibiotik, bayangkan kalau sehari sampai 4x tercabut, sekali buat 2 3 kali cucuk... meraung2 Arif dgn airmate lebat macam hujan memandang aku minta pertolongan.. aku hanya tersenyum menyembunyikan rasa sedih dan airmate.. Ibu mana sanggup melihat anaknya terseksa?

Harapan dan Doaku moga Arif terus sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT...Ameen Ya Rabbal A'lamin.

Rabu, 9 Disember 2009

LUAHAN HATI SEORANG WANITA

Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
CerewetBukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang 2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
HalusIbarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
IkhlasIkhlas seorang wanita tak perlu diragui.
KorbanWANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
PrihatinSentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
ManjaWalaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.
EgoWANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
CintaCINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
SeksSEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
Wallahu a’lam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...