Selasa, 17 November 2009

JOM MEMASAK (Resepi Budu Goreng)

Bahan-Bahan:

1 cawan budu, 2 ulas bawang merah (mayang), 3 ulas bawang putih (mayang), 2 batang serai (mayang halus), 2 helai daun limau purut, 5 atau lebih- biji cili padi (hiris), sedikit halia (tumbuk @ mayang), 3 sudu makan minyak untuk menumis, Sedikit air

Cara:

1. Panaskan minyak, masuk semua bahan mayang dan hirisan tadi.
2. Agak garing, masukkan budu dan sedikit air.
3. Mendidih, masak dan angkat.

Cadangan Hidangan:

Nasi putih panas-panas.

Tambahan:

Budu goreng ni makan dgn nasi panas, dah tak perlu apa yang lain. Lengkap rasa, esp. untuk mereka yg mmg taksub dgn budu. haha.

Isnin, 16 November 2009

KITA SEBENARNYA.......

Kita sebenarnya......Lebih gembira menyambit 1hb Januari daripada menyambut 1Muharram. Kita

sebenarnya......Lebih tahu apa itu 14 Febuari daripada 12 Rabiulawal.
Kita sebenarnya......Lebih membesarkan hari Sabtu,Ahad daripada hari Jumaat.
Kita sebenarnya......Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.
Kita sebenarnya......Lebih suka lepak,tidur,tengok TV daripada bersembahyang.
Kita sebenarnya......Lebih tahu tentang artis pujaan daripada nama nabi-nabi Allah.
Kita sebenarnya......Lebih suka menyebut hello!... hai!, daripada Assalamualaikum.
Kita sebenarnya......Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid.
Kita sebenarnya......Lebih suka memuji manusia daripada pencipta kita sendiri.
Kita sebenarnya......Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama.
Kita sebenarnya......Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama.
Kita sebenarnya......Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka.
Kita sebenarnya......Lebih suka mencarut @$#!* daripada menyebut MasyaAllah.
Kita sebenarnya......Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.
Kita sebenarnya......Lebih bangga dengan kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan kita.
Kita sebenarnya......Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab KITA SEBENARNYA......Lebih suka menuju ke SYURGA daripada ke NERAKA.


Layakkah kita dengan SYURGA milik ALLAH SWT???

Jumaat, 13 November 2009

Kek Besday Adam Ammar Anak Sahabat Baikku..






Inilah kek besday anak member aku Adam Ammar yang genap setahun pada 5/11/09 baru2 ni. Lawakan kek bentuk kumbang nih? bulan depan buah hatiku pulak genap setahun pada 14/12/09, tak sabar nak tunggu hari tu sbb aku berniat hendak meraikan ulangtahun kelahiran Arif yang pertama ni.



Inilah buah hati aku Ahmad Arif & buah hati sahabatku Adam Ammar
Doakan mereka menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat...Ameen!!!

Khamis, 12 November 2009

Cerita Sambal Belacan & Terlajak Bas



Seawal tiga pagi aku mendapat arahan supaya masuk ke dapur untuk menyediakan sambal belacan oleh yang berhormat Dato' Atan Ahmad (suka2 je bg pangkat) suamiku yang tercinta.

Suamiku yang baru pulang dari kerja mungkin lapar, aku yang sudah memahami keadaan dia terus kedapur, dalam kepala memikirkan tak bising kah nanti kerana rumah sewa kami di tingkat 4, untuk tidak mengecewakan suami aku yang beli ulam petai bagai ketika itu aku pun memulakan langkah pertamaku.

Mula2 aku melipat kain buruk setebal yang boleh, aku letak lesung dan memulakan tugas menumbuk setelah semua bahan2 aku sediakan, waktu menumbuk lada aku jadi geli hati ade ke org tumbuk sambal belacan seawal tiga pagi? dah la tu aku yang macam sedar tak sedar je buat kerja sedap ke nanti sambal belacan ni? ishh.... biarlah saper suruh tak bagitahu awal2.

Setelah menumbuk dengan penuh hati2 dan tanpa mengeluarkan bunyi bising kerana takut jiran dengar dan yang paling penting anak comel ku tak bangun kerana kalau dah bangun mmg tak tidur lah aku sampai pagi. Bila sudah terhidang suami aku makan, aku duduk bersandar di dinding blkg suamiku sambil tutup mata, adusss lambatnya makan aku dah ngantok bangat nih....

Aku terlena sedar2 suamiku dah selesai makan, aku apa lagi cepat2 kemas dan terus masuk tidur tanpa hiraukan suamiku yang biasanya aku akan menemani dia di koridor untuk menghabiskan sebatang rokok. Baru je aku nak melangkah masuk ke alam mimpi Arif bangun bila terdengar abahnya batuk... aduhh....terpaksalah aku tidurkan Arif dahulu.

Anak aku nih kalau nampak kelibat abahnya mmg payah nak tidur balik dekat setengah jam jugak lah aku dodoikan dia baru lah dia lena. tarik nafas lega aku. Tengok2 jam sudah menunjukkan 4.30 pagi, setengah jam lagi nak kena gerak suamiku yang nak keluar kerja semula jadi tak lah aku tidur.

Enam pagi suamiku sudah keluar berkerja Arif bangun lagi kali nih mmg aku tak boleh tidur nanti terlajak, bas 7.30 pagi mesti aku naik untuk sampai awal ke tempat kerja. Dalam perjalanan pergi kerja aku terlena maklumlah aku kan pakai pemandu...hahhaha. lena punya lena sedar2 aku terlepas perhentian bas tawakal jadi terpaksa aku turun di titiwangsa mujur dari situ aku masih boleh ke opis dan tidaklah begitu jauh.

Inilah penangan tumbuk sambal belacan awal pagi dan tak cukup tidur.... nasib baik bas tak ke pusat bandaraya Kuala Lumpur kalau tak ntah pukul berapa aku sampai opis....

Walau bagaimana sekali pun aku gembira sebab dapat jalan kan kewajipan aku sebagai isteri iaitu menyediakan apa yang di minta suami, walaupun nampak remeh tapi besar ganjaran di sisi Allah jika kita betul2 Ikhlas.

Psttt... Gambar tu copy org punya, yang aku buat tak sempat nak amik gambar sbb ngantuk mengatasi segalanya.




Isnin, 9 November 2009

PENGORBANAN SEORANG ISTERI & IBU

GANJARAN PENGORBANAN ISTERI & IBU.

* PAHALA WANITA MENGANDUNG


Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

* PAHALA WANITA BERSALIN


Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK


Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK


Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

* PAHALA MEMELIHARA ANAK


Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

* GANJARAN MENOLONG SUAMI
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

* GANJARAN WANITA SOLEHAH


Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

* GANJARAN MENTAATI SUAMI


Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab

.* KELEBIHAN SEORANG IBU


Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.Allahu akbar, itu semua adalah ganjaran oleh Allah s.w.t. bagi mereka yang ikhlas melaksanakannya dengan hati yang terbuka. Sekiranya, seseorang isteri dan ibu itu tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang akan diterima kelak, sudah pasti tidak akan ada perbuatan membuang bayi, membunuh bayi dan sebagainya. Anak merupakan saham di alam akhirat kita kelak.Para suami dan anak-anak, sedar dan fahamilah pengorbanan seorang isteri dan ibu dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Berilah penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya. Mereka ini tidak menuntut bayaran sesen pun dari suami bagi kerja-kerja yang dibuatnya, namun balasan Allah s.w.t. adalah ganjaran yang paling berharga.
~renung-renungkan.. selamat beramal...~

Maafkan aku....

Seringkali aku hilang tahap kesabaran ku, entah knp hari ini aku tidak dapat mengawal perasaanku, selama ini segala2nya aku lakukan untuk kebahgiannya tp apa yg aku dapat hanyalah sia-sia belaka, pengorbanan yang aku curahkan selama ini tak dihargai.


Mujurlah aku punya sahabat yg begitu setia mendengar masalahku, walau kami tak pernah bersua muka tp dia byk buat aku terhibur & menyabarkan aku, dan kalau lah bukan kerana permata hatiku Ahmad Arif aku tak akan bertahan lagi dgn dugaan demi dugaan yg aku lalui selama ini.


Harapan aku semoga Arif berjiwa kental untuk mengharungi ranjau kehidupan yg bakal di lalui dewasa nanti, sebolehnya aku tak mahu Arif melalui apa yg aku lalui sekarang, biarlah dia tak tahu apa yg ibu dia lalui sesungguhnya pengalaman ini mmg perit.


Insan yang aku sayang tolong lah fahami aku, aku sanggup apa sahaja untuk hidup bahgia namun kalau hanya aku berseorangan yang berusaha mungkin kita akan temui noktah perjalanan ini dalam masa terdekat ini. Usah biarkan aku membuat kata putus kerana pada masa itu apa pun tak guna lg....


Maafkan aku....

Jumaat, 6 November 2009

H1N1 Masih menular???

H1N1 masih lagi menular walaupun tidak sehebat dulu, namun kita tetap perlu berhati-hati dan menjaga kebersihan diri...

Selain itu juga kita sebagai hamba ALLAH jgn lah berputus asa untuk meminta dari Tuan Punya Dunia ALLAH yang maha PEMURAH lagi maha PENYAYANG...

Iklan di tv pun masih lagi mempromosikan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri untuk mengelak di jangkiti penyakit merbahaya itu. Dengan senang hatinya saya nak berkongsi doa untuk mengelak penyakit merbahaya seperti H1N1 dengan kawan2 yg sudi jengah blog saya yg tak seberapa nih....




Selamat BerAmal.....

Khamis, 5 November 2009

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan darpada Allah. Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba dipupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tidak keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitutaat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumah tangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama.

Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayani Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumah tangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.


Sebagai seorang pekerja yang juga sibuk di pejabat, ada kalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah dalam keluarga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.


Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapapun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang, saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah, Penat dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.


Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau-senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-rnasing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang hati saya dan anak-anak menyetujuinya.

Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada lagi hari untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.


Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan dan mengantuk segera lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dengan kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya, dan saya tidak sempat bertemunya.



Meskipun reda dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s.a.w; "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah.


Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya... semoga Allah perkenankannya.


2003, Sumber dari Nur 07

Rabu, 4 November 2009

BESDAY MAK HARI NIH....




Hari ni genap usia mak 63 tahun, keadaan kesihatan mak kurang memuaskan sejak kebelakangan ni. Jumaat 2 minggu lepas mak jatuh tangga ketika nak p kedai, puas sebelum ni aku nasihatkan mak supaya jangan keluar sorang2 tapi mak kata bosan duk kat umah tak buat apa ye lah sekarang kami tinggal di rumah flat bukan rumah kampung, kesan dari itu kaki mak bengkak dan tulang lututnya retak sikit, malam tu abang aku Mail bawak mak ke GH untuk rawatan, mujur mak tak di tahan wad.




Berbalik pd ulang tahun mak, tahun ni macam tahun lepas juga rasanya kami adikberadik tak dapat nak meraikan ulangtahun kelahiran mak.. gambar2 ni masa sambutan hari ibu tahun lepas kami adikberadik raikan mak... masa tu aku baru saja disahkan mengandungkan buah hati pengarang jantungku Ahmad Arif yang kini berusia 11 bulan...



pagi tadi selesai mandi dan nak bersiap ke tempat kerja aku hulur tangan pada mak, mak pelik dan tanya nak apa kau kata lah nak salam, mak pelik sbb kuar je bilik air aku terus nak salam dia, bila salam aku di sambut aku ucap selamat ulang tahun kelahiran, mak boleh tanya sape punya besday? aku ketawakan mak rupanya mak tak ingat hari ni hari lahir mak...

Apa ye nak belikan mak? dalam keadaan kegawatan ekonomi (poket aku kering walau masih awal bulan) biasanya kami akan belikan baju @ pun barang2 lain yang boleh mak pakai... tapi tahun ni rasanya aku cuma dapat berdoa supaya mak sihat dan murah rezki serta panjang umur!

"YA ALLAH KAU PANJANGKANLAH USIA IBUKU DAN MURAHKAN LAH REZKINYA SERTA BERIKANLAH DIA KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT...AMIN"


Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...