Rabu, 2 Julai 2014

Vivix Shaklee suplemen terbaik merawat Penyakit Parkinson



Apa itu penyakit Parkinson?

Penyakit Parkinson adalah sejenis penyakit yang melibatkan sistem saraf otak. Antara simptom yang ketara pada pesakitnya adalah mempunyai masalah koordinasi, keseimbangan dan kesukaran untuk berjalan. Berbeza dengan penyakit Alzheimer dan dementia, ia tidak menjejaskan memori serta fungsi kognitif pesakitnya.

Penyakit Parkinson berlaku apabila sel yang menghasilkan sejenis bahan kimia dikenali sebagai dopamine mengalami terganggu atau rosak. Tanpa dopamine, tubuh badan kita tidak dapat memberikan tindak balas dan berfungsi dengan baik. Antara faktor yang boleh menyebabkan kerosakan sel adalah pendedahan melampau terhadap bahan-bahan merbahaya seperti racun rumput, racun serangga dan bahan kimia industri.

Kebanyakan pesakit Parkinson berusia 50 tahun ke atas. Kajian terbaru menunjukkan faktor genetik juga boleh menyebabkan seseorang menghidapnya.

Selasa, 1 Julai 2014

Khasiat Cuka Epal

Apple cider vinegar atau dikenali sebagai ACV adalah sejenis cuka yang dibuat dari epal dan warnanya dari kuning pucat hingga warna seperti amber. ACV telah digunakan dalam masakan dan perubatan sejak zaman purba lagi. Tulisan Assyria kuno (antara teks tertua di dunia) merujuk ACV untuk merawat sakit telinga. Hippocrates, yang sering digelar 'bapa perubatan moden' juga pernah didapati menetapkan ACV sebagai sebahagian kaedah rawatan. Juga disebut dalam banyak teks zaman dahulu yang menyatakan sebagai penawar untuk berbagai jenis penyakit.

Epal diketahui mempunyai pelbagai faedah kesihatan kepada kita. Ia mengandungi semua nutrien penting, termasuk pektin, vitamin, serat dan mineral. Maka ungkapan yang mengatakan 'sehari makan sebiji epal menjauhkan diri anda dari doktor' memang tepat sekali. Ramai yang menganggap ACV adalah penyediaan terbaik dari buah epal.

ACV organik mengandungi ibu cuka (enzim berlendir yang terapung dalam cuka epal yang tidak dipastur) yang membuatkan cuka kelihatan seperti membeku. Ia adalah hasil pertumbuhan bakteria asetik yang menukarkan alkohol kepada cuka. Kebanyakan ACV yang anda dapati di kedai-kedai dan pasaraya telah dipastur dan ditapis. Ini memusnahkan ibu cuka dan lain-lain nutrien yang membuatkan ia tidak memberi apa-apa khasiat kecuali sebagai penambah perisa masakan. Kebanyakan daripada cuka ini dibuat daripada epal yang ditanam secara komersial menggunakan baja kimia dan racun perosak merbahaya.

Khamis, 15 Mei 2014

NUTRIWHITE : Produk kecantikan dari asas semulajadi



Produk skincare ini dibangunkan oleh para saintis dan pakar penjagaan kulit dari Jepun dan Amerika Syarikat, NUTRIWHITE. Pemilihan campuran nutrien dari 16 negara yang berlainan. Kombinasi nutrien yang unik dipanggil White-N 16. Formula ini diperkaya dengan vitamin C. Skincare memberi penekanan dalam kecerahan kulit, membantu melicinkan permukaan kulit agar lebih segar dan 'glowing'.


Setiap produk Nutriwhite membantu dalam mencerahkan kulit kusam dan meratakan tona kulit yang tidak sekata dengan lima cara berbeza. Apabila kesemua kombinasi produk ini digunakan, 5-cara tindakan tersebut akan memutihkan kulit dengan lebih cepat dan berkesan.

Jumaat, 9 Mei 2014

SHAKLEE NUTRIFERON MENGEKANG BAKTERIA MERBAHAYA



Pneumokokal boleh jadi punca pekak, cacat otak tetapi mampu dicegah dengan vaksin

Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2012/02/05

IMUNISASI anak-anak adalah benteng pertama melindungi nyawa mereka dari jangkitan pelbagai bakteria berbahaya. Walaupun Malaysia bertuah kerana program imunisasi yang disediakan Kementerian Kesihatan adalah berpandukan Perluasan Program Imunisasi (EPI) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan diberi percuma kepada bayi dan kanak-kanak, namun masih ada vaksin yang tiada dalam jadual imunisasi kementerian seperti vaksin jangkitan pneumokokal.

Perunding Pediatrik dan Neonatologi Sunway Medical Centre, Dr Khoo Boo Aik menjelaskan, pneumokokal ialah satu kumpulan jangkitan berbahaya yang disebabkan oleh bakterium Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus. Jangkitan bakteria ini boleh mengakibatkan beberapa penyakit lazim seperti jangkitan saluran pernafasan termasuk otitis media (keradangan pada telinga tengah); sinusitis dan jangkitan paru-paru (pneumonia).

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...