Khamis, 20 Ogos 2015

Nasihat-nasihat berharga untuk para isteri dan para ibu


1)      Taat pada suami

 

Antara tanda-tanda diri wanita solehah itu ialah taat kepada suaminya. Taat kepada suami merupakan tempat kedua setelah taat atau patuh kepada perintah dan larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah diukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya.

 

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

 

“Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan ia menunaikan kewajipan terhadap suaminya seluruhnya. Jika suaminya memerlukannya,sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaann, maka dia tidak boleh menolaknya.” [Riwayat Thabrani]

 

Dalam hadis yang lain pula diterangkan bahawa siapa sahaja isteri yang penuh keikhlasan dalam melaksanakan tugasnya sebagai isteri, serta beriman kepada Allah maka ia berhak memperolehi syurga.

 

Rasulullah saw bersabda:

 

“Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan dan menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan ia taat kepada suaminya, maka ia akan di persilakan masuk kedalam syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki.”

 

Dalam hadis yang lain pula diterangkan:

 

“Apabila seorang isteri itu telah meninggal dunia dan  suaminya redha akan dirinya, maka ia akan dimasukkan ke  dalam syurga.”

 

Dari hadis diatas dapatlah di simpulkan bahawa apabila seseorang isteri telah meninggal dunia, sedang waktu hidupnya ia tidak pernah mengecewakan dan menyakiti suaminya maka, syurgalah adalah tempat yang bakal di diaminya. Manakala bagi isteri yang mana waktu hidupnya tidak melaksanakan kewajipannya (selagi tidak bertentangan dengan syara`) maka ia akan memperolehi kehinaan di sisi Allah SWT.

Jumaat, 14 Ogos 2015

RESEPI ayam KFC

Assalamualaikum....

hari ni nak share RESEPI ayam ala2 KFC, tak perlu lagi nak g KFC beli, dijamin anak2 pun pasti suka...
ok jom kita tengok bahan2 dan cara2 untuk buat ayam kfc ni..

1 kg tepung beras
1 paket tepung jagung
1 bungkus perencah hilal
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 Paket rempah kari daging
serbuk cili ikut citarasa

# Gaul dan simpan, guna bila diperlukan

Bila nak perap, gaul ayam dgn garamn kunyit dulu, lg sedap guna kunyit hidup, + halia, bwg putih, bwg merah, kmudian pecahkan sebiji telur kedalam ayam, gaul rata.

Kemudian salut ayam seketul demi seketul hingga habis n perap 20 minit, nak sedap perap 1 mlm dlm peti.

Selamat mencuba
posted from Bloggeroid

Bagaimana ESP Shaklee Bantu Kesuburan?

 Bagaimana ESP Shaklee Bantu Kesuburan? Alternatif Kepada Clomid?

Isoflavon adalah unsur yang terkandung dalam soya. Namun, seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, cara pemprosesan sesetengah protein soya yang menggunakan alkohol, menghilangkan isoflavon yang bermanfaat. Berlainan dengan ESP Shaklee, ianya dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

 

Soya isoflavon boleh berfungsi sama seperti ubat clomiphene kesuburan (Clomid dan Serophene). Kedua-dua bertindak ke atas laluan estrogen dalam badan dan boleh digunakan untuk memanipulasi kitaran haid. Jika kitaran haid anda tidak teratur atau tiada sama sekali, ianya boleh membantu memulakan ovulasi. Jika masalah kesuburan adalah disebabkan oleh sesuatu yang lain, ianya tidak akan membantu anda.

 

Secara teori, begini bagaimana ia akan berfungsi. Soya isoflavon menyekat reseptor estrogen dalam otak anda dan menipu badan supaya berfikir bahawa tahap estrogen semula jadi adalah rendah. Sebagai tindak balas, badan akan mula aktiviti untuk meningkatkan pengeluaran estrogen. Sebagai sebahagian daripada proses ini, sekumpulan telur akan matang supaya salah satu akan bersedia untuk dilepaskan semasa ovulasi. Selepas lima hari, anda berhenti mengambil isoflavon. Apabila kesan sekatan reseptor berkurangan, badan anda berkata, “Oh, kami mempunyai banyak estrogen sekarang – masa untuk berovulasi” dan kemudian mengeluarkan hormon yang mencetuskan ovulasi. ^_^

 

Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian yang diterbitkan oleh  American Journal of Clinical Nutrition, menyebut  pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid, mengurangkan FSH dan mengurangkan LH. Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.

Soya

 

Kajian oleh American Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan bagi wanita. Ini adalah kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah faktor kecil yang menyebabkan kemanduan itu.

 

Fakta ini dikuatkan lagi melalui kajian di American Journal of Clinical Nutrition yang menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak.

Berikut adalah cara bagaimana sesetengah wanita menggunakan soya isoflavon untuk mendorong ovulasi.
Walaubagaimanapun, anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa suplemen baru atau sekiranya terdapat perubahan kepada diet anda. Sila ambil perhatian, maklumat ini bukan nasihat perubatan, yang sepatutnya diperolehi terus daripada pengamal penjagaan kesihatan profesional yang berkelayakan.

 

Ahad, 5 April 2015

Toksin Dalam Badan



TOKSIN DALAM BADAN

Pembentukan Toksin

Toksin terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksin setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrien yang diambil.

Kehadiran toksin ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan

Antara sebab sesuatu organ pencernaan gagal menghadam makanan ialah kerana fungsi dan tenaga organ penghadam itu dialihkan ke sesuatu masalah seperti:

1. Berfikir tentang kerja ketika makan
2. Memikirkan masalah kehidupan ketika makan
3. Berada dalam keadaan masalah tidak puas hati, marah, kecewa atau sebarang pemikiran negatif ketika makan.

Aktiviti ketika makan adalah bermula dari makanan pertama masuk ke mulut hingga kira-kira empat jam iaitu tempoh makanan selesai dicerna dan dihadam.

Kemudaratan Toksin

Toksin yang terhasil dalam jumlah yang sedikit boleh dinyahkan melalui rektum, tetapi jika jumlahnya berlebihan, ia turut akan diserap oleh tubuh terutamanya melalui usus kecil.

Kehadiran toksin yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan kesan seperti berikut:

1. Penghasilan enzim yang tidak resonan oleh sistem endokrin. Contohnya organ kelenjar liur, hati, hempedu dan pankreas tidak dapat menghasilkan enzim yang membantu sistem penghadaman.
2. Penghasilan hormon tidak mampu menjalankan fungsi dengan cekap. Contohnya pankreas tidak dapat mengeluarkan hormon insulin, glucagon, and somatostatin yang membantu penghadaman, penguraian gula dan urik asid.
3. Pertumbuhan sel terencat akibat nutrien yang diserap oleh sel bersifat toksin yang boleh menjejaskan fungsi nukleas sel.
4. Menggalakan pertumbuhan mukus, kulat atau sebarang jangkitan di bahagian kulit akibat penghasilan peluh yang bertoksin dan berasid.
5. Menjadi faktor kewujudan bahan karsonigen yang mampu memutasikan DNA sel hingga menyebabkan kewujudan sel kanser (fabroid, tumor), ketumbuhan, cyst dan sebagainya.
6. Mencemarkan darah dan melemahkan fungsi sistem aliran darah. Kesannya seseorang menjadi mudah letih, muka pucat, kerap sakit kepala, punca migrain, punca keloid, punca gangrene, punca purpura (lebam seperti ”kena gigit hantu”) dan sebagainya.
7. Toksik yang berlebihan dalam darah akhirnya akan disingkitkan melalui sistem perpeluhan yang boleh menyebabkan peluh berbau.
8. Selain itu, ia juga akan disingkirkan melalui buah pinggang. Akibatnya pinggang boleh terjejas dan menjadi lemah hingga menyebabkan masalah pada buah pinggang dan menimbulkan simptom seperti masalah prostat, kerap membuang air kecil, bengkak air, lenguh belakang, sakit lutut dan sebagainya.

Pembuangan Toksin

Proses pembuangan toksin sangat popular digelar dengan istilah Detoxification (atau ringkasnya Detox). Bahan bertoksin dalam tubuh biasanya mempunyai sifat seperti berikut:

1. Berasid
2. Mempunyai ikatan kolestrol yang tepu
3. Protein tinggi

Mcmn nak detox tubuh kita? Salah satu cara semula jadi ialah minum air secukupnya... Dan anda digalakkan mengambil supplement detok utk kesihatan berpanjangan...

Disini ibu cadangkan, herba lax, DTX @ alfalfa complex, blh pilih salah satu ataupun jika bajet lebih digalakkan amal keduanya....

Info lebih lanjut

Darna
018-394 8582

posted from Bloggeroid

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...