Khamis, 9 Oktober 2014

Jangan Buang Botol Supplemen Anda!!!

Semalam masa blog walking ke blog SURIJUNIOR blog Master Farihah Abu Kasim, ibu terbaca entri menarik ni, yang mana master Farihah share tentang kitar semula botol2 supplemen yang dah habis isinya, sebenarnya sblm ni ibu dah pun buat benda ni, bekas meal shake ibu buh gula & bekas Perfomance Drink ibu buh kopi, tapi lama ibu tak beli kopi n kurang amik gula so td ibu bersihkan bekas2 tu dan buh barang masakan ibu dalam bekas tersebut....

Antara cadangan untuk anda:-

1. Simpan rempah-ratus
2. Letak daun bawang yang ada akar tu, untuk dimasak masa akan datang
3. Simpan syiling ikut kategori. 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen
4. Tabung duit
5. Simpan barang-barang sekolah anak / barang-barang kecil - eraser 1 botol, sharpener 1 botol, stickers, sepit rambut, getah ikat rambut, paper clips, mata pensel, bullet
(kredit blog master Farihah SURIJUNIOR)

Taddaaaaa...... ermmm kali ni bekas meal shakes ibu buh rempah kari ibu yang bertambun tu, bekas Perfomance Drink ibu buh uncang tea & botol Alfalfa ibu buh bunga lawang.... ermmm thanks Master farihah bagi idea... ade lagi bekas2 kosong tu malam nnt pk nak sumbat apa dalam tu...
Kalau anda nak tengok lebih banyak idea blh la blogwalking blog master farihah...

Selamat mencuba

AJAIBNYA ESP SHAKLEE

Ok hari ni ibu nak share pengalaman ibu dengan ESP SHAKLEE, Alhamdulillah sejak amal esp ni, ibu lebih bertenaga, kalau tak sebelum ni bangun pagi mmg susah sangat, badan rasa mcm lemah je, tapi tak lagi sekarang, ibu & arif pun x lewat sampai opis dan sekolah. Disamping tu kulit muka pun ibu dapat rasa kelainan skit, kalau dulu muka tu pucat je tp sekarang x lagi, x yah pakai bedak pun dah ok... malah tona kulit lebih sekata.... wahhh ibu dah betul2 jatuh cinta dengan esp shaklee ni....

  Mungkin tak banyak perbezaan, tapi slps amal esp tona kulit lebih sekata

Kenapa Diciptakan Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang  melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis  perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang   dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Masker Dari Bahan Didapur Rumah Anda

Assalamualaikum... Hai semua... Ermmm ni nak cerita lagi pasal masker yang boleh anda buat dari bahan2 yangbada didapur rumah anda. Haaa x semua masker tu kena beli di pasaraya bahagian kecantikan tau.



Ok yg ni masker alfalfa + vivix + esp + vit e, semua ada dirumah kan? semalam ibu sibuk bermasker dia pun sibuk la juga nak pakai, memula x nak bagi tp bila pk anak kwn pernah pakai bila lihat ibunya bermasker kena pulak bahan2 yg di buat masker dr sumber semula jadi, tak ada bahan2 yang membahayakan so ibu sapu lah nipis2.

Sapu rata pada muka n tunggu sehingga. 1/2 jam bolehbla dibasuh, kulit muka akan rasa lain, lembut dan pori2 akan mengecil.



Ok yg ni tanpa vit e, ok bahan2 seperti didalam gambar.... Vit e ni bagus sangat dibuat masker jika kulit muka anda hangus di mamah sang mentari, cewwwahhhh.... Tp betul, teringat kak cery sapu vit e kat muka anak bujang dia yg hangus terbakar dlm ms beberapa hari je kulit muka faiz kembali normal.

Selain itu anda juga boleh buat masker dari putih telur yang di perahkan sebahagian limau nipis, haa yg ni pun sangat2 bagus dibuat masker, boleh juga bermasker dari beras pulut yang di sanagi terlebih dahulu kemudian ditumbuk dan dicampur air.... Zaman sekolah dulu tepung beras dicampur asam jawa ibu buat, mmg berkesan, kulit muka bersih dan lembut je...

Haa dah tengok cara buat masker dari bahan didapur rumah anda kan? So lps ni boleh la buat, kalau anda yg jarang2 jumpa suami ni boleh la selalu bermasker, bila jumpa biar suami lihat keberkesanan masker2 ni pada kita, ye lah seminggu sblm kulit kusam je, balik minggu ni kot nampak lebih bermaya, suami pun seronok je tengok wajah kita yang ayu ni, bak kata org tua2 sejuk mata memandang.

K take care semua n selamat mencuba

Love u all
Siti Darna
018-394 8582

posted from Bloggeroid

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...