Rabu, 20 November 2013

Diet Dengan Cinch Shakes Mix Shaklee








Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Ia merupakan produk yang popular di kalangan mereka yang inginkan ‘shape my body’ =)











Kelebihan Cinch™ Shake 

  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina 
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot 
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian 
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian 
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga 
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting 
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan 
  • Soya bukan GMO 

Cinch™ Shake mempunyai 3 perisa yang mampu mengikat selera anda:


*Cafe Latte - 20339 (765g)
*Vanilla - 20340 (765g)
*Chocolate - 20341 (765g)

Cara DIET Cinch™ Shake

Ramai yang bertanya macam mana nak berdiet style Cinch ni?

Gantikan 2 waktu hidangan utama anda dengan Cinch Shake ini.
  • Sama ada sarapan & lunch, malam makan mcm biasa.
  • Sama ada sarapan & makan malam, tengahari makan macam biasa. Selepas makan berat, ambil lecithin dan alfalfa. 

  1. Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.
  2. Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari.. Letak target jangka pendek 3 (tiga) BULAN.
  3. Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period.
  4. WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari ye?.
  5. JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”
  6. Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.
  7. AIR KOSONG. Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air.
  8. Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk dan sayur.
  9. Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits.. senang cakap benda berkhasiat.
  10. Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert.

**Testimonial Pengguna**




Berminat boleh hububgi saya


Isnin, 18 November 2013

Meroyan sewaktu atau selepas pantang









MEROYAN atau kemurungan posnatum ialah satu masalah yang biasa yang dihadapi wanita selepas bersalin.

Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami oleh wanita sewaktu atau selepas pantang.

Pada tahap ini wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.

Ramai yang beranggapan masalah ini banyak terjadi kepada wanita Melayu, tetapi hakikatnya meroyan atau turut dikenali ‘pos-natal blues’ lebih banyak menyerang wanita di Barat.

Masalah ini juga dilihat sering kali dihidapi oleh wanita biasa tetapi sebenarnya ia turut menimpa wanita profesional.

Pakar mendapati masyarakat Malaysia khusus orang Melayu lebih prihatin dengan penjagaan selepas bersalin, wanita selepas bersalin selalunya akan mendapat lebih perhatian daripada ahli keluarga, sedangkan perkara seperti itu kurang berlaku di Barat.

Siapa yang diserang?

Tiada kajian khusus kenapa setengah wanita menjadi murung dan yang lain tidak. Bagaimanapun pakar mendapati antara puncanya adalah kekurangan hormon selepas bersalin serta perubahan yang berlaku kepada badan mereka dan kebiasaanya terjadi pada hari kelima selepas bersalin.

Selain itu wanita terbabit juga merasa tertekan dengan keadaan baru mereka apabila melihat bayi yang sering menangis atau berasa letih untuk berdepan dengan tugas baru mereka.

Sejarah kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu atau kemurungan semasa hamil juga boleh menjadi penyebab perkara itu berulang di samping kurangnya sokongan suami serta ahli keluarga terdekat.

Simptom awal meroyan

Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:
  • perasaan putus asa
  • bersalah
  • amat letih
  • muram
  • sering menangis
  • sunyi
  • gelisah
  • terperangkap.

Semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan posnatum.

Bahaya jika tidak dikawal

Walaupun meroyan atau kemurungan posnatum ini satu perkara biasa, namun jika tidak dirawat boleh menjadi serius sehingga mencederakan diri dan bayi.

Perhatian daripada ahli keluarga sangat penting ketika ini, mereka perlu peka dengan perubahan yang berlaku.

Jika didapati kemurungan itu tidak terkawal, adalah lebih baik membawa wanita terbabit ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Kaedah rawatan

Kebiasaannya masalah pos-natal blues ini tidak perlu dirawat kerana ia boleh pulih dengan sendiri selepas dua ke tiga minggu.

Namun, jika didapati berada dalam keadaan tidak terkawal rawatan berbentuk ubat-ubatan diperlukan bagi mengimbangi hormon pesakit.

Jika didapati keadaan semakin serius pesakit juga akan dirujuk kepada pakar psikiatri.

Suami, ahli keluarga main peranan

Pada hari-hari terawal selepas bersalin, keberadaan suami dan ahli keluarga terdekat sedikit sebanyak mampu melegakan wanita terbabit kerana mereka merasakan seperti disayangi dan dihargai.

Sokongan dan perhatian daripada suami amat diperlukan, bantuan daripada ahli keluarga juga mampu mengurangkan tekanan wanita selepas bersalin.

Wanita juga jangan rasa segan silu untuk memberitahu pasangan atau ahli keluarga mereka jika berhadapan dengan keadaan sukar supaya orang sekeliling anda boleh membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Pengakuan/Pengalaman

Sejak hamil lagi perasaan saya mulai sensitif. Ramai yang mengatakan itu hanya ‘bawakan budak’, namun keadaan itu seakan melampau apabila apabila saya sering kali menangis kerana perkara kecil.

Selepas dua hari melahirkan anak pertama saya, saya menjalani ‘pantang’ di rumah ibu saya. Pada awalnya perasaan saya cukup teruja dengan kehadiran cahaya mata, namun perasaan itu mulai berubah apabila anak saya sering kali menangis dan saya perlu belajar menguruskan anak sendiri kerana suami sudah mula bekerja.

Dengan keadaan tidak cukup tidur badan saya semakin lemah ditambah pula saya merasa sakit di ‘ari-ari’, seperti sakit ingin bersalin. Ibu memberitahu bahawa itu perkara biasa kerana ada darah kotor yang tidak keluar habis, dan ibu memanggil tukang urut untuk mengurangkan sakit saya.

Walaupun sakit itu telah hilang, perasaan saya semakin sensitif sehinggakan apabila anak saya menangis saya merasa amat rimas dan turut menangis.
Bukan itu sahaja, saya seolah-olah tiada perasaan sehingga membiarkan anak menangis teresak-esak.

Bimbang dengan keadaan seperti itu, suami saya terpaksa mengambil cuti semula untuk menemani saya dalam tempoh berpantang.

Ahli keluarga sering kali memberi kata-kata semangat bahawa anak itu kurnia ALLAH yang amat bernilai dan mereka turut mengingatkan saya untuk rajin berzikir.

Setelah dua minggu perasaan itu mulai hilang, perasaan saya semakin tenang. ALHAMDULILLAH, atas sokongan keluarga dan suami saya sudah pulih.

Sebelum ini, saya fikir saya sudah cukup bersedia untuk menjadi isteri dan ibu, sesungguhnya persediaan mental, fizikal dan ilmu diperlukan untuk kita berdepan dengan cabaran baru. – Nur Lisa, 29, Hulu Langat.

Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal
Pengarah Perubatan, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi. Hospital Umra, Shah Alam
MBBS (Mang), FAGE (Man), M.Med O&G (UM), Dip Aest. Med (USA), FRSPH (UK)

Jumaat, 1 November 2013

Promo November Vivix, vivix dan vivix lagi

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Tersenarai di atas adalah kebaikan, khasiat dan manfaat Vivix. Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Penjelasannya;
  

Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
 




10 KEBAIKAN VIVIX:-
 
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan



Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :

 
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh



Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.
 
Berminat boleh pm sy
 
STB Siti Darna
SID 947 221
WeChat/Wassap: 018-3948582
 

Rabu, 23 Oktober 2013

Shaklee Indonesia


Alhamdulillah Shaklee telah mula bertapak di Indonesia sejak tahun 2012 lagi, so selepas ini jika ada anda yang berminat dan berhasrat untuk mendapatkan produk kesihatan yang selamat serta mesra alam dan bersumberkan alam semulajadi.

Anda yang ingin meningkatkan kualiti Air Susu Ibu (ASI) atau inginkan kulit yang gebu, mulus serta meningkatkan kesihatan tidak perlu bimbang lagi, segera dapatkan produk shaklee di tempat anda.





       Duta Shaklee Indonesia: Anang dan Ashanty bersama Shaklee VIVIX

Lokasinya ialah:
 

PT. Shaklee Indonesia
Menara Citicon Lt.12 Jl. Letjen S. Parman Kav 72 Slipi Jakarta Barat
11410 Indonesia
Tlp. :+6221-29308728 (Layanan Pelanggan)


Shaklee Indonesia baru sahaja beroperasi pada tahun lepas, Jun 2012. Menariknya, jika anda memilih untuk menjadi Distributor Shaklee di Indonesia, anda akan menjadi perintis Shaklee Distributor di Indonesia! Selain daripada memperoleh kesihatan yang mantap, jika betul caranya, anda pasti boleh menjana uang yang hebat dengan Shaklee Indonesia!
 

"Peluang Bisnis Shaklee merupakan kesempatan bagi Anda untuk mendapatkan kesehatan dan sekaligus stabilitas finansial di masa sulit seperti sekarang. Sistem Shaklee yang telah terbukti seiring waktu, berhasil membawa kesuksesan bagi ribuan keluarga di seluruh dunia melalui situasi ekonomi sulit selama 50 tahun terakhir.

Peluang bisnis yang luar biasa ini dapat menjadi solusi bagi Anda: bebas risiko, hanya membutuhkan modal kecil untuk memulai, namun memiliki potensi pendapatan yang besar.
 

Dan yang terbaik dari peluang bisnis adalah, Anda sekaligus menjalani hidup yang lebih sehat, mengembangkan jaringan sahabat baru, dan menjalin kemitraan jangka panjang setiap harinya hingga Anda berhasil meraih kebebasan finansial."

 - Enlie Widjaja, Shaklee Indonesia General Manager-


Ataupun jika anda berminat untuk menyertai kami di Group Jutawan boleh hubungi saya di :-
STB Siti Darna Sanoesi
wa/wechat/sms 0183948582 
SID 947 221

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...