Sabtu, 12 November 2011

AMARAN: Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir Bila-Bila Masa




Amaran 1: Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas! Link:http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=175441


Amaran 2: Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu! Link: http://www.foxnews.com/politics/2011/03/03/utah-considers-return-gold-silver-coins/

 
Amaran 3: Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini…bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita. Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan.


Amaran 4: Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
Akan tiba suatu zaman…di mana tiada apa yang bernilai…dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]


Amaran 5: Filem 2012 yang telah ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa yang filem 2012 itu maksudkan? Ya…memang sama kerana dunia belum musnah, akan tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011. Link:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmaslepasiparasAS_1_600seauns/Article


Amaran 6: Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15 tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah pun terjadi sekarang! Link: http://efendybloger.blogspot.com/2011/03/profesor-harvard-ingatkan-ancaman.html

  Sumber: IDAMAN

Khamis, 10 November 2011

Leggings Bukan Sejenis Seluar

Salam Sayang...

Di bawah ini ade dokumentari mengenai legging,
so harap2 menjadi panduan kepada kita semua terutama yg masih mengenakan legging untuk keluar dari rumah (tempat awam).


Orang barat pun malu nak berlegging knp kita ummat islam yg mengaku ummat nabi Muhammad tanpa segan silu memakainya di khalayak ramai, cukuplah anda pakai didalam rumah untuk tatapan suami tercinta, automatik PAHALA pun dapat!!!

*harap2 x ade yg kata suka hati aku lah kubur lain2 & ko sibuk buat apa...

Unzur ila ma qola wala tanzur ila man qola

Ilal liqa' Maassalamah :)

Terima Kasih Sahabat

Terima Kasih itulah ungkapan yang ibu mahu luahkan kepada insan2 yang masih mengingati diri ini...
Tak perlulah disebut siapa kerana jika tuan badan singgah ke teratak buruk ibu ini pasti tahu dia yang ibu maksudkan...


Bila sebut tentang sahabat, ibu ramai sahabat baik, ade yg dulu baik tp kini tidak kerana berlaku pertelingkahan dan sebagainya namun masa ini saat detik dan waktu ini hati ibu tiada secalit pun perasaan benci marah atau dendam pada mereka, cukuplah ibu nyatakan ibu tetap menyayangi kalian seperti dahulu, biar ALLAH saja yang menilai diri dan persahabatan ini. Ibu? ibu tak layak nak menghukum dan menilai....
bukanlah menunjuk baik tapi.... ibu penat untuk bermusuhan!

"TERIMA KASIH SAHABAT SEMOGA ALLAH BERKATIMU"

Rabu, 9 November 2011

Ibu Dan Raya Qurban 2011

Assalamualaikum kawan2,
Alhamdulillah raya qurban tahun ini berjalan dengan baik walaupun sehari sebelom raya kami di khabarkan ibu mentua kakak ibu pergi mengadap ilahi kerana pelbagai penyakit di Terengganu - AL-FATIHAH.


Raya baru ni ibu beli ayam 2 ekor untuk direndang, kuah kacang dan nasi impit, nak dijadikan cerita malam raya lagi anak2 dah serbu rumah ibu dengan mak depa sekali ( bekas isteri abah si Arif) penuh rumah ibu, sembang punya sembang sambil makan tak sedar dah hampir 3 pagi, bila dah sedar hari dah lewat pagi depa minta diri dan tinggallah anak abah yang dah bernikah serta sorg cucunya tdo kat rumah ibu (Nik'matul Husna).

Keesokan pagi sekali lagi rumah ibu di serang hendap oleh anak yg lain plak (Nur Ain sekeluarga) serta abg ibu sekeluarga, ibu pening kepala... bukan apa pening makanan tak cukup kesian depa sbb ade lagi anak2 yg tak sampai...
Ain, mie & matul dengan anak2 yg dah bertukar ibu!


Raya ke 2 plak abg ibu yg duduk bandar tasek selatan dtg petangnya 2 lagi anak menantu datang kemudian malam sekali lagi anak2 dan mak nya datang sembang2 kat rumah sampai 4 pagi kali ni, letih memang letih tapi menyeronokkan sbb dapat sama2 menjamu selera dan bersembang. Abah si Arif hilang sekejap rasa sakit kat kakinya...

Ibu gembira sangat sbb raya tahun ni apa yg ibu masak semua habis malah tak cukup, x mcm tahun2 yg lepas x habis sampai terbuang! Arif pun seronok abg kakak anak sedara dia semua ade...

Semoga tahun2 akan datang meriah begini raya ibu sekeluarga!

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...