Rabu, 9 November 2011

Ibu Dan Raya Qurban 2011

Assalamualaikum kawan2,
Alhamdulillah raya qurban tahun ini berjalan dengan baik walaupun sehari sebelom raya kami di khabarkan ibu mentua kakak ibu pergi mengadap ilahi kerana pelbagai penyakit di Terengganu - AL-FATIHAH.


Raya baru ni ibu beli ayam 2 ekor untuk direndang, kuah kacang dan nasi impit, nak dijadikan cerita malam raya lagi anak2 dah serbu rumah ibu dengan mak depa sekali ( bekas isteri abah si Arif) penuh rumah ibu, sembang punya sembang sambil makan tak sedar dah hampir 3 pagi, bila dah sedar hari dah lewat pagi depa minta diri dan tinggallah anak abah yang dah bernikah serta sorg cucunya tdo kat rumah ibu (Nik'matul Husna).

Keesokan pagi sekali lagi rumah ibu di serang hendap oleh anak yg lain plak (Nur Ain sekeluarga) serta abg ibu sekeluarga, ibu pening kepala... bukan apa pening makanan tak cukup kesian depa sbb ade lagi anak2 yg tak sampai...
Ain, mie & matul dengan anak2 yg dah bertukar ibu!


Raya ke 2 plak abg ibu yg duduk bandar tasek selatan dtg petangnya 2 lagi anak menantu datang kemudian malam sekali lagi anak2 dan mak nya datang sembang2 kat rumah sampai 4 pagi kali ni, letih memang letih tapi menyeronokkan sbb dapat sama2 menjamu selera dan bersembang. Abah si Arif hilang sekejap rasa sakit kat kakinya...

Ibu gembira sangat sbb raya tahun ni apa yg ibu masak semua habis malah tak cukup, x mcm tahun2 yg lepas x habis sampai terbuang! Arif pun seronok abg kakak anak sedara dia semua ade...

Semoga tahun2 akan datang meriah begini raya ibu sekeluarga!

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...