Rabu, 13 Oktober 2010

~12 Oktober 2010~


12.10.10~Semalam adalah hari lahir suamiku yang ke 43, seawal jam 10.25pm pada 11.10.10 aku sudah siap menghantar sms padanya, kerana malam tu suamiku berkerja. Kerana terlalu mengantuk aku tertidur kerana makan ubat jadi tak kisah lah sbb dah wish awal2.

Abang...

Selamat Hari Lahir abang,
Semoga abang panjang umur, murah rezki dan di permudahkan segala urusan baik didunia mahupun akhirat. Darna sayang abang dunia dan akhirat... Terima kasih kerana menghadiahkan seorang anak yang cukup sifatnya dengan Izin Allah.

Abang...

Jaga diri dan kesihatan ya... supaya abang boleh menjaga kami semua...
muah3x!!!

Isnin, 11 Oktober 2010

10.10.10 @ Rumah Kak Shekah cute

Seminggu aku demam, batuk dan selsema, lepas arif berganti ke aku, tapi bila aku beransur nak baik arif pulak mula demam lagi :(! Ubat jgn cakaplah dah habis makan tapi masih tak baik2 batuk ni, sebelum tido aku pastikan yang aku makan ubat begitu juga arif, sudahnya time hubby balik kerja aku tak sedar, bangun pagi ade je dia di sebelah. hubby pun tak mau gerakkan aku mungkin kesian tengok aku tdo keletihan.

Ermm.. walau demam2 pun aku 2 branak, petang semalam aku sampai jugak ke rumah kak shekah, sampai agak lewat sbb keluarga abangku datang ziarah mak, kat sana Kimi & yus dah pun selesai makan, kak shekah masak banyak n macam2... TQ kak shekah!

Kenyang aku makan Ayam bakar, puding roti, spagetti n tart bluberry sungguh nyaman bila di suakan kemulut...

Sbnrnya yang paling syok sbb dapat mengenali kak shekah dan berkumpul dengan Kimi & Yus.. tak lama lagi Yus nak balik Saudi... lepas tu ntah bila2 agaknya boleh jumpa lagi...

apa pun semoga persahabatan ini di redhoi Allah!!!

Jumaat, 8 Oktober 2010

Duhai Hatiku...

Duhai Hatiku...
Ketahuilah marah itu Api,
Api itu Syaitan...
Lagi kau marah maka bergempita lah
Gelak ketawa Syaitan.

Duhai Hatiku...

Bersabarlah kau...
Banyakkanlah berzikir mengingati-NYA,
Alunkan bacaan ayat suci Al-quran agar sejuk kembali,
Insyaallah kau akan tenang.

Duhai Hatiku...
Di Kala Kau merasa marah,
Ingatlah Allah sentiasa bersamamu...
Itu pun jika engkau bersabar
Kerana...
Allah bersama orang2 yang bersabar..
Ujian yang kau lalui dan tempuhi tidak sehebat
ujian yang melanda insan lain.

Bersabarlah Duhai Hati...

Sesungguhnya segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

Aku Yang Kehilangan Mod Dan Pasrah

Dah menghala ke petang ni baru lah aku terasa nak menulis lagi di blog sunyi sepi aku ni,

Dari petang semalam lagi aku kehilangan mod, malam kat rumah Arif yang jadi mangsa, salah sikit aku marah... ntah lah knp aku cepat marah betul!

Mengingati balik apa yang di khabarkan seseorang pada aku lewat petang semalam buat hati aku bertambah2 sakit.. entahlah semua benda tak kena pada pandangan mereka. aku dah cuba yang terbaik tapi keburukan aku juga yang mereka nampak.

kadang2 aku pasrah sangat dengan keadaan aku yang tak macam orang lain, aku dah penat melalui perjalanan hidup ini, org2 di sekeliling hanya baik di hadapan tp di belakang perangai mereka mengalahkan aku yang mereka kata jahat atau kurang baik ini.

Seandainya aku berpeluang sudah pasti aku akan sepenuh masa berkhidmat sebagai suri rumah tangga sahaj tak perlu aku susah2 keluar mencari rezki.

Apa yang aku tulis di sini untuk luahan hati aku sahaja, kalau ade sesapa yang terbaja kemuadian dibawa kemeja rundingan terimalah persoalan dari Allah kerana ketahuilah Aku adalah yang teraniaya..... Aku pasrah!

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...