Jumaat, 13 November 2009

Kek Besday Adam Ammar Anak Sahabat Baikku..






Inilah kek besday anak member aku Adam Ammar yang genap setahun pada 5/11/09 baru2 ni. Lawakan kek bentuk kumbang nih? bulan depan buah hatiku pulak genap setahun pada 14/12/09, tak sabar nak tunggu hari tu sbb aku berniat hendak meraikan ulangtahun kelahiran Arif yang pertama ni.



Inilah buah hati aku Ahmad Arif & buah hati sahabatku Adam Ammar
Doakan mereka menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat...Ameen!!!

Khamis, 12 November 2009

Cerita Sambal Belacan & Terlajak Bas



Seawal tiga pagi aku mendapat arahan supaya masuk ke dapur untuk menyediakan sambal belacan oleh yang berhormat Dato' Atan Ahmad (suka2 je bg pangkat) suamiku yang tercinta.

Suamiku yang baru pulang dari kerja mungkin lapar, aku yang sudah memahami keadaan dia terus kedapur, dalam kepala memikirkan tak bising kah nanti kerana rumah sewa kami di tingkat 4, untuk tidak mengecewakan suami aku yang beli ulam petai bagai ketika itu aku pun memulakan langkah pertamaku.

Mula2 aku melipat kain buruk setebal yang boleh, aku letak lesung dan memulakan tugas menumbuk setelah semua bahan2 aku sediakan, waktu menumbuk lada aku jadi geli hati ade ke org tumbuk sambal belacan seawal tiga pagi? dah la tu aku yang macam sedar tak sedar je buat kerja sedap ke nanti sambal belacan ni? ishh.... biarlah saper suruh tak bagitahu awal2.

Setelah menumbuk dengan penuh hati2 dan tanpa mengeluarkan bunyi bising kerana takut jiran dengar dan yang paling penting anak comel ku tak bangun kerana kalau dah bangun mmg tak tidur lah aku sampai pagi. Bila sudah terhidang suami aku makan, aku duduk bersandar di dinding blkg suamiku sambil tutup mata, adusss lambatnya makan aku dah ngantok bangat nih....

Aku terlena sedar2 suamiku dah selesai makan, aku apa lagi cepat2 kemas dan terus masuk tidur tanpa hiraukan suamiku yang biasanya aku akan menemani dia di koridor untuk menghabiskan sebatang rokok. Baru je aku nak melangkah masuk ke alam mimpi Arif bangun bila terdengar abahnya batuk... aduhh....terpaksalah aku tidurkan Arif dahulu.

Anak aku nih kalau nampak kelibat abahnya mmg payah nak tidur balik dekat setengah jam jugak lah aku dodoikan dia baru lah dia lena. tarik nafas lega aku. Tengok2 jam sudah menunjukkan 4.30 pagi, setengah jam lagi nak kena gerak suamiku yang nak keluar kerja semula jadi tak lah aku tidur.

Enam pagi suamiku sudah keluar berkerja Arif bangun lagi kali nih mmg aku tak boleh tidur nanti terlajak, bas 7.30 pagi mesti aku naik untuk sampai awal ke tempat kerja. Dalam perjalanan pergi kerja aku terlena maklumlah aku kan pakai pemandu...hahhaha. lena punya lena sedar2 aku terlepas perhentian bas tawakal jadi terpaksa aku turun di titiwangsa mujur dari situ aku masih boleh ke opis dan tidaklah begitu jauh.

Inilah penangan tumbuk sambal belacan awal pagi dan tak cukup tidur.... nasib baik bas tak ke pusat bandaraya Kuala Lumpur kalau tak ntah pukul berapa aku sampai opis....

Walau bagaimana sekali pun aku gembira sebab dapat jalan kan kewajipan aku sebagai isteri iaitu menyediakan apa yang di minta suami, walaupun nampak remeh tapi besar ganjaran di sisi Allah jika kita betul2 Ikhlas.

Psttt... Gambar tu copy org punya, yang aku buat tak sempat nak amik gambar sbb ngantuk mengatasi segalanya.




Isnin, 9 November 2009

PENGORBANAN SEORANG ISTERI & IBU

GANJARAN PENGORBANAN ISTERI & IBU.

* PAHALA WANITA MENGANDUNG


Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

* PAHALA WANITA BERSALIN


Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK


Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK


Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

* PAHALA MEMELIHARA ANAK


Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

* GANJARAN MENOLONG SUAMI
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

* GANJARAN WANITA SOLEHAH


Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

* GANJARAN MENTAATI SUAMI


Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab

.* KELEBIHAN SEORANG IBU


Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.Allahu akbar, itu semua adalah ganjaran oleh Allah s.w.t. bagi mereka yang ikhlas melaksanakannya dengan hati yang terbuka. Sekiranya, seseorang isteri dan ibu itu tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang akan diterima kelak, sudah pasti tidak akan ada perbuatan membuang bayi, membunuh bayi dan sebagainya. Anak merupakan saham di alam akhirat kita kelak.Para suami dan anak-anak, sedar dan fahamilah pengorbanan seorang isteri dan ibu dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Berilah penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya. Mereka ini tidak menuntut bayaran sesen pun dari suami bagi kerja-kerja yang dibuatnya, namun balasan Allah s.w.t. adalah ganjaran yang paling berharga.
~renung-renungkan.. selamat beramal...~

Maafkan aku....

Seringkali aku hilang tahap kesabaran ku, entah knp hari ini aku tidak dapat mengawal perasaanku, selama ini segala2nya aku lakukan untuk kebahgiannya tp apa yg aku dapat hanyalah sia-sia belaka, pengorbanan yang aku curahkan selama ini tak dihargai.


Mujurlah aku punya sahabat yg begitu setia mendengar masalahku, walau kami tak pernah bersua muka tp dia byk buat aku terhibur & menyabarkan aku, dan kalau lah bukan kerana permata hatiku Ahmad Arif aku tak akan bertahan lagi dgn dugaan demi dugaan yg aku lalui selama ini.


Harapan aku semoga Arif berjiwa kental untuk mengharungi ranjau kehidupan yg bakal di lalui dewasa nanti, sebolehnya aku tak mahu Arif melalui apa yg aku lalui sekarang, biarlah dia tak tahu apa yg ibu dia lalui sesungguhnya pengalaman ini mmg perit.


Insan yang aku sayang tolong lah fahami aku, aku sanggup apa sahaja untuk hidup bahgia namun kalau hanya aku berseorangan yang berusaha mungkin kita akan temui noktah perjalanan ini dalam masa terdekat ini. Usah biarkan aku membuat kata putus kerana pada masa itu apa pun tak guna lg....


Maafkan aku....

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...