Memaparkan catatan dengan label sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sajak. Papar semua catatan

Isnin, 27 September 2010

Sajak Lama


Semalam masa mata ni tak boleh nak dilelapkan, aku belek2 lah buku catatan lama masa zaman belajar dulu, dan terjumpa sajak2 lama yang pernah aku tuju pada kawan2 dulu so aku nak lah kongsi ngan kawan2 yang sudi singgah blog yang tak seberapa ni...

1.
Kalau esok kasih kita kan hancur,
Usah ditaburi bumi ini dengan airmata,
Dunia ini bukan semata milik orang bercinta,
Hidup jua bukan untuk berlagu kecewa.

2.
Benar Merdu si buluh perindu,
Manisnya madu di dalam dulang,
Benar Misscall tandanya rindu,
Sms pula tandanya sayang.

3.
Bintang jauh dilangit biru,
Batu karang didasar lautan,
memang benar misscall tandanya rindu,
Sms pula tandanya sayang.

4.
Dikala sanubari berdetik seketika,
Disaat diri ini sepi menyendiri,
Walau kegembiraan menyelubungi jiwa,
Namun....
Kejernihan sebuah rantaian,
tidak dapat dirungkai akan keutuhannya,
Betapa indahnya nilai persahabatan.

Isnin, 20 September 2010

Sajak Buat Suami

Khas buat suami tersayang (walau hanya c&p dari blog seorang teman tapi sajak ini dituju tulus dan ikhlas dari hati isterimu setelah membacanya kepadamu)


MAAFKANKU WAHAI SUAMI


Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...