Jumaat, 23 September 2011

Cerita semalam dan kelmarin di HKL

Salam buat semua sahabat2 ibu,

Lama ibu tak mencoret apa2 selepas n3 hr raya hari tu, kalau ade pun cuma beberapa info untuk panduan bersama...

Ok ibu bukan lah nak cerita sesuatu yg menarik mana pun cuma ibu nak share 2 hari ibu di Jab. Pesakit Luar HKL pada 21 & 22 sept....

21 Sept 2011 - Hubby minta ibu ke opis naik bas, adehh setelah berminggu2 dia jemput dan dihantar ke opis tetiba hari ni kn p sendrik plak, dgn berat hati gagahkan jugak walau badan tak berapa sihat sejak lepas raya..

Dalam perjalanan ibu berfikir betapa letihnya nak menapak ke opis dr depan Tawakal ke jalan Pahang Barat. so tetibe dtg idea terus ke spital memandangkan hampir 3 minggu tak sihat..

8.45am hari yg sama ibu sampai ke pendaftaran pesakit luar HKl, dlm setengah jam lebih akhirnya ibu berjaya daftar, terus kol hubby suruh dia tunggu kat depan bilik 10, tak sempat duduk no giliran ibu di panggil...

Dah habis becerita ngan doc mslh ibu, doc suruh buat pemeriksaan BP (1st 147/89 - 2nd  156/89) n Diabetis (8.6) juga UPT (-ve) ... semua lengkapkan so darah skit naik kncg mns skit ade, urine kotor so doc bekalkan  brang2 dibawah untuk ibu cube tengok banyak tak borang?


Banyakkan borang hijau yg ibu dapat... ni semua kn amik keesokan harinya 22 Sept 2011



Yang ni plk doc saje suka2 nak teropong dalm kantung kencing ibu kot!
Disebabkan tak de kosong dlm ms 2 minggu akan dtg so depa bagi 30 Jan 2012..

22 Sept 2011 - 8.25am terpacak didepan kuanter no giliran ibu dapat no 59 dan no semasa baru 14, adehhh muncung hubbyku pk ibu, tapi prosesamik darah tak sampai sejam 9.05am dah siap, dan seperti biasa ibu dengan rela hati hulur belakang tapak tangan untuk amik darah, yg mn org lain tak mahu amik kat situ sbb sakit.... Dari kn cucuk sampai 3 4 kali kat lengan baik sekali je kat blkg tapak tngn ibu ni... ibu tergolong dlm golongan yg susah nak cari urat darah, ibu mula2 ingt sbb gemuk tp misi cakap bukan ade jenis2 org yg mcm ni....

Ok cukup lah tu meleret2 ibu ni, result kesemua ujian bulan depan baru tahu.... doakan yg terbaik buat ibu ye? tata!!!

Khamis, 22 September 2011

TUJUH PEREMPUAN BERTANYA, SEORANG LELAKI MENJAWAB



Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.

Keluhan wanita pertama:
“Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang.”

Keluhan wanita kedua:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kami takpe pulak.”



Keluhan wanita ketiga:
“Jika kita ikut faraid, ikut surah an-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?”

Keluhan wanita keempat:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita, masa nak beranak kita yang tanggung sendiri!”

Keluhan wanita kelima:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan wanita keenam:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan wanita ketujuh:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak”.
Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan diatas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
“Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki.

Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
“Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda lakukan.”

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
“Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia.”

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
“Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.”

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki, Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda.”

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
“Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah s.a.w. lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan…….taat pada suami anda. Itu saja.”

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu.”
Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula: “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
“Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali ( pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
[al Baqarah, 216

Rabu, 7 September 2011

Persoalan Yang Selalu Buat Para Isteri Keliru


    1. Apakah hak seorang suami dalam melarang/ menegah isteri daripada menziarahi ibubapanya?
    2. Apakah peruntukan undang-undang Islam dalam hak isteri menziarahi ibubapa/keluarga (tanpa izin suami)?
    3. Bukan sedikit isteri dalam dilema terpaksa taat kepada suami sehingga mengabaikan ibubapa. Benarkah ajaran Islam ada menyatakan ketaatan isteri berpindah kepada suami bila dia berkahwin?
    4. Bukan sedikit anak perempuan membelakangkan ibu bapa, atas alasan sudah bersuami, malah ramai yang beranggapan isteri adalah hak mutlak suaminya.
    5.  Bagaimana pula jika ibu bapa yang hanya mempunyai anak perempuan, adakah mereka hilang hak diziarahi anak (jika suami tidak membenarkan)?
    Akibat dilema inilah, ada isteri yang menyangka Islam sangat zalim kerana perkahwinan memisahkannya dengan ibu bapa dan keluarganya. Mereka merasakan Islam tidak adil dan banyak memihak kepada suami. Akibat dilema ini juga, ada ibu bapa merasa, rugi sungguh jika mendapat anak perempuan kerana apabila dia bersuami, dia sudah jadi hak suami dan ibu bapa tak dipedulikan lagi. Adakah ini ajaran Islam yang sebenarnya?
    Mengikut fahaman saya, taat kepada siapa pun kita harus melihat kepada keadaan dan situasi seseorang isteri. Kalau suami halang isteri daripada menziarahi atau menjaga ibubapa yang sakit, apakah isteri perlu taat hanya kerana takut masuk neraka kalau tidak taat?

Selasa, 6 September 2011

Bertudung itu tak wajib tapi menutup aurat itu wajib




Sekadar berkongsi untuk tatapan bersama, semoga ALLAH mengiranya sebagai satu perjuangan dalam islam..

ISU BERTUDUNG RENUNGKANLAH 
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Bahaya Berbuka Puasa Di Padang

Salam..
Walaupun Ramadhan dah berlalu tapi bagi ibu tak salah ibu berkongsi maklumat ini, mungkin ada gunanya untuk ramadhan akan datang jika dipanjangkan usia oleh ALLAH swt... 


Sumber gambar pakcik gugel



Nabi saw menyuruh kita mengurung anak2 kita pada waktu senja kerana bimbang anak2 kita akan diganggu 
jin dan syaitan!


Assalamualaikum semua!

Sebelum saya berceloteh dengan lebih panjang, terlebih dahulu saya menghulurkan jari yang sepuluh memohon ampun sekiranya artikel ini bisa menyebabkan anda berasa tidak puas hati.

Isnin, 5 September 2011

AidilFitri 2011

Salam Aidilfitri...
Hari ni masuk syawal yang ke 8 buat kita semua ummat islam....
pagi ni ibu nak citer skit mengenai sambutan raya ibu pada tahun ni....

Bermula 1 syawal...
Ibu, Arif, Hidayat & adik2 ibu beraya di Wangsa Maju Kuala Lumpur.. (tahun ni hubby beraya di kg halamannya) ibu tak ikut atas sebab2 tertentu... Selepas solat aidilfitri kami menanti kehadiran abg ke 4 serta keluarga... kemudian kami gerak ke pusara bapak dan mak.... seterusnya ke rumah abg ke 2  n abg sulong ibu...

Arif dalam kereta pak ndak Is

Ibu & hidayat

Arif di rumah pak ngah (dah tukar baju)

2 Syawal...
ibu hanya duduk dirumah buat apa yang patut sbb malam tu kami nak bertolak ke Pahang sebaik hubby sampai dari Perak, tapi tak jadi sbb kancil yg disewa rendah sangat... kena tukar kereta n tunda esok pagi ke Pahang...

3 Syawal...
kami bertolak ke Jengka 16 sebelom ke Kampung Naga Umbang Kuala medang Pahang...

otw jengka

@ jengka

4, 5 & 6 Syawal
Biar gambar yang berbicara... kami @ kampung Naga Umbang Kuala Medang Pahang...










& Kalau kawan2 nak tegok lagi gambar2 ibu kat Pahang boleh le KLIK SINI

SELAMAT HARI RAYA SAHABAT2 IBU

.:: Nak Ucap Sudaaaaahhh ::.


Kepada semua sahabat2 ibu baik di alam nyata @ pun di alam maya,
ibu nak mengucapkan Selamat Hari Raya Ampun Maaf Di Pinta Andai berlaku kekasaran Bahasa @ tingkah laku samaada secara sengaja atau pun tidak....

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...