Ahad, 31 Julai 2011

Aleesha Farhana aka Mohd Ashraf Hafiz Di kebumikan cara Lelaki



ABDUL AZIZ Ahmad memerhatikan isterinya yang hanya mahu di kenali sebagai Mak Yah menyiram air mawar ke atas pusara Mohd. Ashraf di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.
Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.
Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk.
Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana.
“Semua keluarga terdekat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya. Pemergian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat keluarga,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSNZ di sini semalam.

Khamis, 28 Julai 2011

.:: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREM ::.


Selamat Menyambut Ramadhan Karem
Buat Semua Sahabat-Sahabat Ibu
"Kullu 'aam wa antum bikhair"

.:: MULUT JAHAT ::.


Ermmm.... tak tahu lah apa nak jadi ngan mulut2 jahat kat luar sana,
Kalau tak setuju sesuatu perkara tu kemain sedap mulut lagi berkata-kata!
Sehingga tak sedar yang kata-kata depa ni menyakitkan hati orang lain yang terlibat.
Dan yang pentingnya apa yang depa katakan n pertikaikan tu tak salah di sisi ALLAH, dan depa ni macam bagus sangat nak pertikai bende2 macam tu. Apa yang depa pertikaikan itu biarlah ibu simpan dalam hati ibu ni.

Rabu, 27 Julai 2011

.:: Steamboat @ Opis ::.


Hahahaha hari ni duk makan steamboat kat opis....
Kami masak n makan ramai2 kat opis... yehaaaaaaaaaa sedap!!!
Makan2 ni sempena sambut kedatangan Ramadhan Karemmm!!!!!!

Selasa, 26 Julai 2011

:: KELEBIHAN AYAT KURSI ::



Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Ahad, 24 Julai 2011

Gout

Apa itu Penyakit Gout?

Penyakit Gout adalah di sebabkan oleh paras asid urik yang berlebihan & terlalu tinggi dalam badan.
Pengumpulan kristal- kristal monosodium urate (asid urik ) banyak di kawasan tisu badan & biasanya di dalam & sekitar kawasan penyambungan tulang.

Simptom2
Biasanya penyakit gout bermula dengan sakit yang teruk dan tiba—tiba pada sambungan tulang. Apabila ia semakin serius pesakit akan merasa sakit atau bengkak pada lehar, lutut, kaki atau jari.
Apabila makan, purin di dalam makanan akan ditukarkan kepada asid urik di dalam badan. Oleh itu, apabila mendapat penyakit gout, pesakit perlu mengelakkan mengambil makanan yang tinggi dengan purin untuk mengurangkan paras asid urik dalam darah.

PANDUAN KEPADA PESAKIT GOUT.
  1. Pastikan berat badan anda tidak melebihi berat badan ideal
1. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi dengan purin

2. Berhati - hati apabila mengambil sayur - sayuran dan buah -buahan yang mengandungi sederhana purin dan makan mengikut sukatan yang dibenarkan sahaja
3. Anda digalakkan minum lebih banyak air untuk menggalakkan perkumuhan asid urik yang berlebihan melalui urin. Anda dinasihatkan untuk mengambil sebanyak 2 liter sehingga 2 ½ liter air sehari
4. Makanan yang berasaskan lemak juga harus di kurangkan kerana pengambilan lemak yang
berlebihan akan mengganggu perkumuhan asid urik melalui urin
5. Anda di galakkan untuk melakukan senaman ringan setiap hari secara tetap dan boleh mengeluarkan peluh selama 20 - 30 minit setiap sesi

  • SENARAI MAKANAN TINGGI PURIN - ELAKKAN ( 100 - 1000 mg / 100 gm )

· Ikan Bilis
· Ikan Kembung ]
· Sardin
· Hati
· Otak
· Buah Pinggang
· Jantung
· Pati Daging ( daging di ekstrak )
· Kepah
· Kerang
· Angsa
· Ayam Hutan
· Telur Ikan
· Makanan Laut
· Makanan Bersantan
  • SENARAI MAKANAN YANG SEDERHANA PURIN (9 - 100 mg / 100 gm )

¨ Asparagus
¨ Kacang yang dikeringkan
¨ Legum contoh : Dhall
¨ Cendawan
¨ Kacang Peas
¨ Bayam
¨ Ikan, Ayam, Daging
- dibenarkan 2 - 3 oz daging, 1/2 cawan sayur—sayuran dalam kumpulan ini.

Khamis, 21 Julai 2011

:: AHLAN YA RAMADHAN & MAK::

Hanya beberapa minggu saja lagi kita dan semua ummat Islam seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia, serasa baru semalam kita berhari raya kini dah bertemu kembali dengan bulan yang penuh barokah ini.... AHLAN YA RAMADHAN KAREM!!!

Terasa begitu gembira untuk menyambut ramadhan tak beberapa lama lagi, namun jauh di lubuk hati ibu terkenangkan arwah mak ibu yang baru 8 bulan lebih meninggal kan kami didunia ini, kalau dulu mak ada untuk gerakkan kan ibu di waktu sahur, walaupun rumah berasingan mak tetap kol ibu untuk pastikan ibu dah bangun @ tidak... Ya ALLAH terasa sungguh kehilangan mak insan yang banyak berjasa pada diri ibu ni... Semoga Arwah Mak Tenang Di Sana!!! AMIN!

.:: SAKIT DAN TERLUKA ::.


Isnin lepas masa kat opis, kaki ibu dah rase lain macam, ibu cakap dengan kawan opis ibu "kaki ni sakit tetibe je jgn tak bleh jalan macam hari tu balik sudah lah" . Seperti yang ibu jangka malam tu lepas balik kerja kaki ibu semankin sakit dan akhirnya pagi semalam tak boleh jalan terus, Alhamdulillah setelah ibu urut sendiri kaki ibu dah pun beransur pulih... tq pada kawan2 yang sudi mendoakan ibu.


Dalam pada kesakitan melanda diri hati juga terluka, telah banyak kali hati ibu dilukai ibu  masih bertahan dan memaafkan sang peluka namun... ianya seperti kata2 diatas, hati ibu tak mungkin kembali seperti asal... Semoga Ibu tabah!!!

Isnin, 18 Julai 2011

:: Al-Fatihah :: Dr.Lo' Lo' Ghazali Meninggal Dunia ::


~Alfatihah~



Salam takziah buat keluarga almarhumah Dr.lo' lo' Ghazali ahli parlimen Titiwangsa yang meninggal dunia malam tadi, Semoga Roh Almarhumah ditempatkan dibawah naungan limpah dan kasih sayang Ilahi serta di tempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman... AMIN!!!
Selanjutnya baca di SINI

Ahad, 17 Julai 2011

.:: Usahlah menilai dengan coretan ::.



Salam Pagi Ahad,
Sejak berkecimpung dalam dunia blog ni macam2 ragam manusia yang dah ibu jumpa,
ade yang suka membaca n3-n3 ibu tak kurang juga yang x menyukainya namun itu bukan penghalang untuk ibu berhenti berblog, pemberi inzar pada ibu tak kurangnya begitu, namun rata2 bagi ibu memberi inzar yang membangun... Cuma bagi ibu apa yang ibu coretkan disini adalah hak ibu untuk berbicara, ibu punya pandangan tersendiri, hak ibu untuk menyatakan sesuatu perkara, jika sesuatu yang ibu coretkan dan ada yang tak puas hati ibu tak kesah ntak marah cuma ibu nak bagi tahu Ibu adalah ibu bukan orang lain dan tak perlu menilai ibu dgn apa yang ibu coretkan!!!

Jumaat, 15 Julai 2011

:: Terlerai Segala Kekusutan ::



KUSUT!!!
Memang kusut pikiran ibu, 
Bilamana adik sorang ni menghilang secara mengejut..
Tup tup hari ini dia muncul dengan akaun FB yang lain, terkejut dan gumbira.
Eida lain kali jangan buat lagi ye, Nak putus urat kenntot akak tau..... apa pun welcome back lalink!

:: Cincin First Lady Mesia, Tak Percaya!!! ::

~Gambar Utusan Meloya~

Agaknya berapa sebulan dia simpan sampai la yang boleh beli cincin berharga tak masuk akal tu....

:: Mainan Tidur Dan Pengajaran ::


Semalam bermimpi: Perpisahan terjadi antara ibu n lalink (nauzubillah) & buah hati ibu ayip dilarikan dr ibu, x berpeluang langsung nak sentuh Ayip, sudahnya dalam mimpi ibu meraung meratap dan menangis teresak2 nak kan ayip, tetibe tersedar dalam keadaan menangis tersedu2... Terus peluk ayip... :: Mungkin ALLAH bagi peringatan supaya jgn cepat tangan pada anak, kesian ayip kn hanger semalam, so ibu dapat pengajaran dr mimpi tu walaupun mimpi itu hanyalah mainan tidur ::

Buat lalink plak maafkan diri ini sayang diatas segala2nya semoga JODOH kita berpanjangan.. Amin!!!

Khamis, 14 Julai 2011

~ Mengapa Harus Ada Sengketa? ~


Kadang2 pelik dengan dunia persahabatan ini,
Perkara kecil menjadi besar, kalau yang besar lagi lah jadi bomerang...
Apa pun IKHLAS & BERHATI2 lah dalam bersahabat... Insyaallah ALLAH akan memberkati PERSAHABATAN kita...

Selasa, 12 Julai 2011

RENUNGKANLAH SEBELUM TIDUR (Isteri)



Buat para ISTERI,renungkanlah...
pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahasia,
suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW,tidak pula setaqwa Ibrahim,pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa,apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama.Suami menjadi pelindung,kamu penghuninya,suami adalah nahkoda kapal,kamu pengemudinya,suami bagaikan pelakon yang nakal,kamu adalah penonton kenakalannya,saat suami menjadi raja,kamu nikmati anggur singgasananya,seketika suami menjadi bisa,kamulah penawar obatnya,seandainya suami bengis lagi lancang,sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkawinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT...Kamu bukanlah Khadijah,yang begitu sempurna di dalam menjaga,pun bukanlah Hajar,yang begitu setia dalam sengsara,kamu hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.

Kerana itu,wahai para suami dan isteri,jangan menuntut terlalu tinggi,seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya...Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,andai diri tidak sehebat Sulaiman,dan,Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Yaa Latief.... wahai Yang Maha Lemah Lembut..berlemah lembutlah kepada kami....amin..
Kongsi

RENUNGKANLAH SEBELUM TIDUR (Suami)

 

Buat para SUAMI,
renungkanlah...Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah pula setaqwa Aisyah,pun tidak setabah Fatimah...

Justeru,isterimu hanyalah wanita akhir zaman,yang punya cita-cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkawinan mengajarkan kita kewajiban bersama,
isteri menjadi tanah,kamu langit penaungnya,
isteri ladang tanaman,kamu pemagarnya,
isteri kiasan ternakan,kamu gembalanya,
isteri adalah murid,kamu mursyidnya,
isteri bagaikan anak kecil,kamu tempat bermanjanya,
saat isteri menjadi madu,kamu teguklah sepuasnya,
seketika isteri menjadi racun,kamulah penawar bisanya,
seandainya isteri tulang yang bengkok,berhati-hatilah meluruskannya...

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha kepada Allah SWT.

Kamu bukanlah Rasulullah SAW,pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
kamu hanyalah suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

.:: Jalan sebelah fezrul Khan ::.


Semalam lepas balik kerja, ibu ade date ngan member kat K4 wangsa maju, turun je bas terus p cucuk duit n bergegas masuk kawasan dalam K4, masa nak cari pintu masuk ibu terserempak ngan pelakon Jelatang "Fezrul Khan" macam biasalah ibu kalau nampak artis mmg buat bongok je sbb tak rase apa2, tapi terdetik kat hati "ermm ensem plak dia kat luar kat dalam tv bese je". dalam pada tu ibu silap jalan sepatutnya pintu masuk kat sebelah kanan so ibu patah balik, masa jalan tu sekali lagi terserempak ngan fezrul, dia jalan slow n sambil layan kakak kojer k4 yg duk cakap tak sempat nak amik autograf lah apa lah... ibu mmg nak cepat so sempatlah lalu kat dia lagi, hahaha bila sampai tepi dia ibu bleh jalan seiring plak ngan dia, sbb dia melajukan langkah skit.. Malu pun ade sbb nanti org ingt ibu sedara dia makanya ibu memanjangkan langkah kaki ibu yang sedia pendek ni... Hahaha apa pun sa je nak citer dapat jalan sebelah fezrul Khan yg ensem... hik hik hik

.::BLACKBERRY DIHARAMKAN? ::.

Gambar ehsan inchik gugel




Ermmm.. baru teringat pagi tadi masa ibu sedap golek2 lagi atas katil sementara tunggu giliran nak mandi terdengar berita jam 7 yang mengatakan penggunaan blackberry di beberapa buah negara telah pun di haramkan.. kalau benar seperti yang dikatakan MUJUR SESaNAGt la sbb dulu ibu pernah berhajat nak beli tapi tak jadi kerana faktor kewangan tak mencukupi!


DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengisytiharkan telefon pintar Blackberry sebagai mengancam keselamatan negara itu atas alasan peralatannya berfungsi di luar undang-undang dan boleh disalahgunakan.
Kontroversi terbaru Blackberry ini adalah yang kedua di UAE selepas pengusaha telefon bimbit terbesar, Etisalat, menggalakkan 145,000 pengguna telefon pintar itu memasukkan perisian membenarkan ia diperiksa pihak luar.
Pihak Berkuasa Peraturan Telekomunikasi (TRA) UAE bimbang Blackberry boleh disalahgunakan kerana ia satu-satunya telefon yang menyampaikan maklumat pengguna secara automatik kepada pusat data di luar negara.
RIM memberi panduan pengguna membuang perisian yang membolehkan pihak luar memeriksa Blackberry mereka.
TRA menekankan, peralatan BlackBerry beroperasi di luar undang-undang tempatan kerana ia menghantar data ke negara luar untuk diuruskan pertubuhan komersial asing. AP
Sumber : Bharian.com.my
Eceli sepatutnya jika benar seperti yang dilaporkan kenapa masa nak bawak  masuk ke negara kita ni tak dipantau secara teliti, kesian plak pada individu yang dah beli, bukan murah malah mahal tu, adusss kesian pada beberapa orang sahabat jika ianya betul2 diharamkan di malaysia.

.:: Ibu ::.

Semalam abah Arif pasang penapis air kat meter air rumah arwah mak!
Masa tengah pesaa abah arif demam tetibe terkeluar dari mulut "Kalau Arwah mak ade mesti dia suka abang pasang penapis air" masa tu gelap so abah Arif mmg tak perasan yang ibu dah pun menangis, kerana tak mahu abah Arif susah hati cepat2 pujuk hati n diam... ye lah dah la dia tak sihat ibu plak nak sedih2 time tu...

Arwah dengan sebahagian cucu & Anaknya

Oh! Ibu

.:: Tiba-Tiba Je ::.

Salam Selasa...
Semalam tetibe lalink semput n demam panas, terkejut ibu masa nak tidor pegang badan dia panas sangat2 disusuli dengan nafas laju dan batuk... Segera ibu ambil ubat demam bagi dia makan, kemudia sapu balm kat dada n belakang dia... Dalam pada itu mulut lalink asyik mengeluh "Ya Allah lenguh kaki ni" seolah2 dia mengadu pada ALLAH! Ya memang lalink mengadu terus dengan ALLAH, dia pernah cakap "abang tak de bapak na jadi apa2 abang mintak terus dengan ALLAH". (lalink ibu ditinggalkan bapanya ketika dia masih dalam kandungan) dengar kata bapanya ade di penang punya keluarga lain.

Ahad, 10 Julai 2011

In Pictures: Protests suppressed in Malaysia - In Pictures - Al Jazeera English



More than 20,000 people demonstrated for electoral reforms across Kuala Lumpur, the Malaysian capital, on Saturday in a rare protest that was declared illegal by police. The protest was called for by opposition groups, including the Coalition for Free and Fair Elections, Bersih (Clean). Police fired tear-gas and water cannons at demonstrators and arrested more than 1,400 people, including top opposition leaders, according to protest organisers. The activists' demands include an overhaul of voter registration lists, tougher measures to curb fraud and fairer opportunities for opposition politicians to campaign in government-linked media. Malaysia's next general election is planned due in 2013.
1) With Kuala Lumpur under police lockdown since the morning, protesters tried to gather and seek refuge inside a railway station before being led outside by police where many were detained and put into police vans. [Saeed Khan/AFP]

Khamis, 7 Julai 2011

.:: Hamzah Al-Fansuri Seorang Ulama' Sufi ::.

SYEIKH HAMZAH AL-FANSURI

Sasterawan Sufi Agung
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH


SYEIKH Hamzah al-Fansuri telah banyak dibicarakan orang, namun tidak dapat dinafikan perkara-perkara baru sentiasa ditemui oleh para peneliti. Pada mukadimah ini saya nyatakan bahawa tanpa diketahui siapakah yang pertama mengkhayal rupa tokoh agung sufi Nusantara itu, sehingga ditemui gambar imaginasi beliau.


Gambar Syeikh Hamzah al-Fansuri dapat dipastikan sebagai gambar imaginasi, kerana pada zaman beliau memang belum ada kamera. Sebenarnya ia berlaku bukan pada Syeikh Hamzah al-Fansuri saja, tetapi juga terjadi pada ulama-ulama lainnya, termasuk Imam al-Ghazali, Syeikh 'Abdul Qadir al-Jilani, Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Wali Sembilan dan lain-lain. Sungguh pun dipastikan gambar Syeikh Hamzah al-Fansuri adalah gambar imaginasi, namun dalam artikel ini disiarkan juga, dan ia merupakan pertama kali disiarkan dalam media cetak secara meluas.

.:: Arif & IPHKL Lagi ::.

Salam semua...
eceli n3 ni agak terlewat juga lah nak apdetnye..
ye lah ibu ke IPHKL hari selasa baru ni, la dah pun hari khamis...
Bukan apa kesihatan tak mengizinkan nak mencurahkan idea kat sini..

Ermm.. berbalik pasal Arif, Ibu & Arif bertolak dengan bas ke IPHKL, pada awalnya abah Arif nak ikut sekali tapi keadaan rumah yg tunggang langgang kerana ketiadaan air so abah Arif tinggal je kat umah.. Tepat jam 8.30am ibu n Arif sampai di IPHKL, proses pendaftaran sangat pantas sbb hari tu tak ramai orang. dalam 45 minit menunggu nombor giliran Arif dipanggil, hehehe ibu tak pernah dapat no melebihi 203, kebiasaannya 201 @ 202 je tapi baru ni 209 adehhh... walau apa pun jam 10am Arif dah selesai jumpa doc Norzila pakar Respiratory..

*Nota Utk Mama Leen
Mama Leen sorry sangat2 sbb x koling2 u, Arif terlampau lah lasak hari tu, teman plak tak brapa segor, hajat dihati mmg nak singgah kafe depan spital branok tu jumpa mama leen tapi.... sorry ye Mama Leen!

Alhamdulillah.. Setahun akan datang lagi Arif dikehendaki datang .. Insyaallah jika keadaan Arif baik sentiasa seperti sekarang Arif tak perlu jumpa pakar lagi... Syukur Ya ALLAH!

.:: Chumel Tak Kakak Ini? ~ Baca ala2 Dialek Sepah ::.

Salam...
Korang kenal tak KAKAK  yang dalam gambaq ni..
Inilah kakak kami semua... Syomel Syantek & kiut miut tau....
Semoga ALLAH merahmatimu kak didunia dan akhirat Amin!!!!!!

Selasa, 5 Julai 2011

.:: KHASIAT KURMA ::.


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
Mengamalkan makan kurma ketika mengandung adalah amat baik sekali kerana ini akan memudahkan ketika melahirkan nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

KELEBIHAN BULAN SYA'BAN



Oleh: Mohd Sukki Bin Othman (Ust Shauqi)


Sedar tak sedar kita kini sudah berada pada bulan Syaaban . Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Ini juga bermakna umur kita semakin meningkat dan sewajarnya kita sentiasa bermuhasabah iaitu sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita dengan sempurna, dan sudahkah kita bersedia dengan amalan-amalan yang akan dibawa menemui Allah?

Isnin, 4 Julai 2011

.:: THE GHOSTS MUST BE CRAZY ::.


Salam Isnin....
Haaa ali ni ibu nak citer pasal DVD kat atas ni...
Best wooo pada yang belom tengok bleh la beli kat mana2 yg jual DVD lah.
Arahan pengarah Phua Chu Kang, dvd ni Singapore punya tapi ade jual kat sini... Ibu  beli pun kat pasar malam je.... Hahahahhaa So Layannnnn.. KAmi dah berulang kali tengok masih tak puas2 sama mcm tengok HKLBR jugak!!! So cepat2 lah p beli!!!!

Ahad, 3 Julai 2011

.:: AL-FATIHAH ::.





Petang tadi masa tido tetibe Arif menangis, pujuk punya pujuk tak mo jugak diamnya, bila tanya jawapan yg diberi ::NAK NENEK:: Ya Allah, sejak 7 bulan lepas Arwah meninggal, arif x pernah menangis nak kan neneknya!!! Miss Mak!!! :(


Arif rapat ngan arwah mungkin petang td dia mimpi arwah..
Minggu lepas Cik bot Arif mimpi arwah balik tido kat rumah... & eceli petang td Cik li Arif p ziarah kubur arwah mak!!!  


Ya Allah beratnya beban perasaan RINDU ini.... AL-Fatihah!!!

Jumaat, 1 Julai 2011

.:: TABAHNYA WANITA INI ::.

~Chenta Hati Ibu~

Sejak diberitahu oleh Kak Husna mengenai apa yang menimpa seorang rakan FBnya Normala Taib @ lebih mesra di sapa Mala, Ibu mengikuti perkembangan wanita cekal ini, Segala yg terbuku dihatinya di luahkan di blog beliau, terharu dan sedih saat membaca patah-patah perkataan Mala tentang kerinduan seorang isteri yang kehilangan tempat berpaut yang selama ini melindungi nya. Kehilangan suami tercinta kerana dijemput pulang mengadap Ilahi.



Apakah ibu setabah dan cekal sepertinya?
Ya ALLAH... Hambamu ini tak sekuat insan yang disebut diatas,
Setiap kali ibu mahu melelapkan mata setiap malam pastinya ibu akan meletakkan kepala di celahan lengan suami ibu, dan ibu akan lebih tenang jika ibu dapat melekapkan telinga ibu di dadanya.. Dan saat itu ibu berdoa semoga ALLAH melanjutkan Usia Suami Ibu, Tak sanggup ibu kehilangan insan yang ibu cintai,,, YA ALLAH.. Dengarlah rintihan hati hambamu ini...

Buat Mala Semoga ketabahan sentiasa kuat dalam diri mu dik &Ya ALLAH himpunkanlah  suami beliau dikalangan golongan2 orang mukmin yang KAU kasihi Amin!!!!

.:: Tanpa Dirimu Siapalah Ibu ::.


Salam buat sahabat2 ibu...
Semakin hari semakin banyak ragam yang anak ini lakukan,
Melompat, memanjat, berlari & hentak kaki apabila berjalan semua dia buat,
Semalam dulu dia bergayut pada tombol pintu bilik ibu, puas nasihat jangan buat macam tu, 
Tapi tak lama lepas itu dia jatuh terlentang dan kepala terhantuk di lantai, apa lagi serentak dengan itu  bergemalah tangisannya, ibu yg terkejut segera memelok dan gosok kepalanya... Aduhh anak kenapa banyak sungguh ragam mu.... Namun kelasakanmu buat ibu tersenyum selalu...

Arif, anak yang tak banyak ragam akui abahnya, masakan tidak, kalau ibu & abah mahu keluar kerja atau ada urusan dia tak menangis nak mengikut, kalau ada pun tangisannya adalah kerana mahu minta bersalaman dengan kami, begitu juga dengan kerelaannya tidur berasingan dengan kami & sebelom tidur dia akan ketuk pintu bilik kami minta salam dan kami cium pipinya... Arghhh anak ini bikin ibu pusing jika berjauhan dengannya.... "TANPA DIRIMU SIAPALAH IBU".





Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...