Isnin, 28 Februari 2011

.:: Satu Je Abang Tak Pernah Dengar::.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hehee dah macam baca berite la ibu ye, ok tengok tajuk kat atas tu macam tak bleh blah kan?
N3 kali ni pasal statment ngade mr.lalink ibu, sblm tu ibu nak citer skit lah pada korang kan, lalink ibu ni dia dah lali dah dengar ibu berleter, ketawe, marah, menangis dan sebagainya. Mana taknya bini dia ni mmg senang sangat naik hangUn & cedey.
.
Dijadikan cerite ade satu malam tu duk sembang2 ngan dia sambil tengok tv (masa tu Arif duk lepak dlm perut). macam2lah yang kami sembangkan, lalink tanya pasal kerja sampailah ke baby dlm perut masa tu, tetibe bleh plak lalink cakap "Satu je abang tak pernah dengar dari Darna". Alamak apa plak ni? bermacam2 persoalan timbul di pkran ibu, ibu x pernah mohon maaf ke ehh dah selalu ye lah ibu kan selalu buat salah makanya kena minta maaf. "Apa bang, Darna ade buat salah ke?". Diam buat muke poyo!
.
"Abang tak pernah dengar Darna kentot selama kita kawen ni". Kahkahkahakahakahakah dia ketawe.. nyampah ibu, buat ibu takut je kot2 ade selama ni dia tak puas hati dengan layanan ibu sebagai isterinya.
Aduhh terkena ibu malam tu dan memang ibu hadiahkan satu tamparan kat peha dia tanda ibu geram buat ibu berdebar2. apa pun itu salah satu kenangan2 manis antara ibu dan lalink ibu.
.
Hehehe sorry ye kawan2 ibu cerite pasal kentot! idea ni tercetus gara2 GHMB lah!
tata.

'

Ahad, 27 Februari 2011

.:: Al-Fatehah ::.


Hai semua (ala2 iklan shiela rusly gittu)
Ermmm seharian suntuk ibu tak tau nak apdet ape kat blog ni..
Cuma ibu nak cerita lah kat korang, sat lagi lepas solat magrib ibu nak p JJ wangsa maju bawa Arif p main kat tempat mainan/game kanak2. Tetibe terasa sayu plak coz sejak arwah mak meninggal, ibu mmg tak pernah bawak lagi ke playground mana2 pasaraya.
.
Cubalah tengok gambar kat bawah ni, kalau ade arwah dia akan jaga sebelah kanan Arif dan ibu di kiri, tapi la ni tak de dah arwah, sayu je hati bila teringat kenangan2 dgn arwah, dulu mana ibu pergi arwah ikut ye lah arwah mmg tak boleh duk sensorang kat rumah, doc dah pesan. Tak kira dia penat ke apa dia tetap layan cucu yang lasak ni. Arif pun mmg tak cari nenek dia tp selalu sebut nenek sambil tunjuk kesatu sudut rumah, mungkin dia ternampak arwah balik menziarah anak cucu kot.

.
Oklah dah magrib, ibu nak siap2kan diri & solat, nanti dah malam2 sangat tak best plak berjalan..
Dan Al-fatehah buat arwah mak, kami sentiasa merindui mak, damailah mak disana!!!



'

.:: 8 Pembohongan Ibu ::.

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.

Sabtu, 26 Februari 2011

.:: Tengok Kakak Tu Diam je ::.

Salam,
ini cerita masa kat K4 td, mcm biasa lah bila jenjalan kat pasaraya atau memana mesti ade tempat mainan kan? ibu pun tak terlepas dr lalu kwsn tu, sampai kat situ ade sorang bapa & anaknya lebih kurang umur setahun setengah, budak tu terjerit2 nak kan mainan  kat situ, tetibe si bapa bila ternampak ibu ngan Arif dia terus cakap dengan anaknya "Ishhh jangan jerit2 TENGOK KAKAK TU DIAM JE".

.
Ayyarkkkk.... Ibu dengan senyum kambing terus buntangkan mata sambil infokan "Bukan KAKAK tp ABANG" haishhhh... ini semua gara2 rambut si Arif panjang.. "Abanggggg bila nak potong rambut anak ni?".
Anak ibu jantan tulen tau... hehehe sbnrnya dah banyak kali insiden2 camni berlaku pada ibu & Arif, masa kat PD hari tu pun sama, ade sorang kakak ni agah2 Arif sambil sebut "KAKAK, KAKAK" :P!
.
Tak kira lepas ni kalau mr.lalink tak nak potong rambut Arif, ibu nak botakkan Arif jugak!!!






'

.:: 1 Malam Tanpa On9 ::.

Salam semua...
Dah petang baru Ibu ade mood nak apdet blog ibu ni, dari td dok lompat2 kat blog orang je....
Ermm ibu baru je lepas kuar dari blog Kak Sela, pelik lah tiap kali ibu jengok sana mesti ayam kakak Sela tido! Tak caya? erm tengok ni.

Haaa betul kan? Ok lah kakak sela jangan marah ye.. adikmu cuma nak promote blog kakak yg dah sedia glemer tau! Opsss hampir telupa ibu dengan tajuk n3 diatas... semalam seperti yang ibu maklum P1 ibu kena potong sbb pa ibu seleweng duit tak bayar bil hahahhaah bila lah ibu ade pa kan.. makanya malam tadi ibu bermain dengan PAINT, hasilnya seperti dibawah.

1.

2.

3.

4.

5.

Hehehehe cantik tak? ibu ingat ibu nak print nanti, nak buat ABM untuk Arif... dari duk suka2 ni ibu tercetus idea untuk buat flash card sendiri.. jimat kan?
Insyaallah ibu akan terus berusaha buat ABM2 ni lagi..... korang x nak buat? nak beli je senang? heheh up to u lah ye.. ibu nak jimat!
.
Tata....
Budak ni tak penat agaknya kan? anak sapa lah? ---->
'

Jumaat, 25 Februari 2011

.::Remaja Zaman La Ni::.

Salam...
Ibu ingat malam ni x bleh on9 tp balik2 tengok bb adik ibu ade so pakai dulu lagi pun tuan empunya tak de kat umah!!! Ok ibu eceli nak cerite mengenai remaja zaman sekarang, ibu tak mahu lah cakap lebih2 sbb ibu juga ade anak... Kebanyakan remaja (budak2 sekolah) zaman sekarang tanpa segan silu mencarut & menggunakan perkataan kesat duhadapan orang tua. kenapa ibu cakap macam tu?
.
Ibu kerap kali terserempak dengan budak2 sekolah berbangsa melayu dalam bas buat bising tak tentu pasal tanpa menghormati golongan2 yang lebih tua dari mereka, kalau setakat buat bising tu biasalah budak2 kan tapi ni mencarut walaupun ketika itu dia sedang berdiri disebelah seorang lelaki @ perempuan yg seusia dengan ibuayah mereka & orang penuh dalam bas. Kemana rase segan silu mereka? mengapa mereka bersikap tidak masuk diajar?
.
Ibu ni bukan lah baik sangat ketika usia remaja, nakal juga tapi ntah lah bila dihadapan orang dewasa ibu malu, ibu dan kawan2 ibu juga ade buat bising tapi diasrama lah, ditempat awam kami jaga perilaku mencarut2 jauh sekali dihadapan orang tua. Dalam kes ni siapakah yang harus dipersalahkan? ibubapa @ mereka sendiri? Sering juga ibu merase takut bila fikirkan ini anak zaman sekarang zaman akan datang bagaimana pula?
.
Kadang2 tu ibu malu pada bangsa lain mengenangkan bangsa ibu yang tak beradat sopan di hadapan orang tua. Ermmm nampak tak tulisan kuning kat atas tu? knp dgn tulisan tu.. ok "tidak masuk diajar" kenapa ibu tak guna "Kurang ajar" 2 ayat ni amat berbeza bagi ibu... ibu terangkan ye....


  1. Tidak Masuk Diajar: Nama pun tidak masuk diajar bermakna mereka yg terlibat telah ditunjuk ajar tapi tak masuk ke kepala dan tak ambik kesah.
  2. Kurang Ajar: Kurang ajar bermakna kurang diajar so bila kita kate orang kurang ajar bermakna dia tidak diajar_andaikata kita terlepas kata pada anak orang & mak pak budak tu dengar bukan ke depa terasa..
haaaa itu lah celoteh ibu pada malam ni... adik2 yg diluar sana tolong lah jangan mencarut @ cakap benda2 yang tak elok tak kisah lah samaada di mana sekali pun terutama di depan orang yg lebih tua dari korang.. jagalah adab dan sopan budaya kita. 


'

.::N3 ke 2 slps 10 saat post N3 Pertama::.

Huiiii....
Dalam dok kata tak de idea tetibe dtg plak dlm pkran ni idea nak mengapdet peristiwa malam & pagi tadi....
Oteylah ye... Mr.Lalink ibu malam tadi balik tdo kat umah sbnrnya.... ermmm awal plak tu sampai dari biasa huhh mesti ade apa2 tu... :p  Ibu plak bila tak bleh nak mentenet tdo lah awal..... tengah syiok2 layan mimpi tepon bunyik.... tengok2 Mr.Lalink... malas nak angkat ibu merajuk!!!!
.
Dalam kul 11 ibu terjaga rupanya si Arif ni tak tdo2 lagi tp still golek2 tepi ibu yang dah berdengkoq lama... tetibe dengar bunyi pintu diketuk & Arif pun melompat sambil jerit abahhhhh... bila dengar je Arif jerit abah ibu pun apa lagi buat2 tidoq mati hahahahhahahhaa.... pastu buat2 terpisat2 kononnya baru tersedar hahahhahaha. ok lah dipendekkan cerita pagi tadi  mr.lalink ibu nak ambil orang kat Klang.. tapi dia terlambat bangun... kelamkabutlah jawabnya kan? Arif pun dia tak sempat cium, macam charlie chaplin dia zup zap zup zap dah ade dlm kette. bila laki ibu turun ni, terjun kah? tp x pe lah.....ok babai abah jgn lupa balik lagi otey....
.
Lepas suboh ibu terus bersiap2 nak p kerja tapi masa kuar bilik air tetibe si Arif cakap bu empon bu empon.. ibu jawab tak pelah biar je tepon ibu tu... Bila nak kuar umah cari2 tepon tadak... tanya Arif dia tunjukk bawah katil tertunggeng2 la ibu cari tapi tak de.. oleh kerana lambat dah lantak lah tak bawak tepon hari ni, Sampai Opis ibu kol mr.lalink criter pasal ttepon ilang.. tahu Mr.lalink ibu cakap apa? "Haaaaaaaa... abang kaya hari ni, abang ade 3 enpon, Sorry Na abang terkaut sekali tadi"... Cetttt cian Arif, pepagi hari kn blebel dgn ibu... dia plak boleh cakap bawah katil... Balik nanti kena minta maaf dgn Arif!!! Sorry sayang ibu tuduh2 Arif...
.
mesej to Mr.Lalink------> "ibu geget jari kaki  nanti cepat anto tepon ibu, ibu tak bleh la tadak tepon"


'

.::1/2 Hari punya Pk::.

Salam buat semua...
1/2 hari berfikir2 nak apdet n3 apa hari ni...
Oklah sbnrnya ibu masih dlm "mood leleh", entah tak tahu kenapa.. kat opis org salah cakap skit je ibu tak tunggu lama dah, time 7 dekat situ juga ibu sembur balik... seingat ibu semalam petang & tghr tadi dah ade 2 manusia kena sembur dgn ibu... Ibu ni kalau dlm mood leleh mmg agak garang skit...
.
Mungkin korang tak tahu kan? ehh mmg tak tahu pun sbb kebanyakkan bukan pernah jumpa ibu...
Ibu ni mmg gile2 orangnya, suka bergurau & buat lawak... kalau bab tak puas hati pada pape benda tak kira kat opis ke kat umah ke ibu mmg bersuara menegakkan kebenaran yg ibu rasa betul tapi ibu tak bertindak apa2 bak kata orang mulut je bising.
.
Ermm.. Lupakan lah bab tu, eceli ibu tak de idea nak apdet blog ni... apa pun ibu suka suki sangat2 berkampung kat GHMB... mak2 budak kat sana semua sempoi & besh... Sampaikan ibu ketawe sensorang depan Notebook... Tapiiii.............. huhuhuhu start semalam ibu tak dapat berGHMB dengan depa kat san sbb ibu tak bayar lagi bil P1... Uwaaaaaa gaji lak lambat masuk.. sekarang ni masik lagi merangkak2 nak masuk akaun bank islam ibu... menciknya... haaa pada kawan2 dr GHMB selamat meriuhkan GHMB la yerk.. mesti korang seronok teman tak de kat sana... hahaha jumpa semula hari Isnin...
.
P1 kn potong ade bagusnya... sbb kalau x ibu tak terbuat kerja umah makanya minggu ni disamping ade jemputan kawen kat blok c3 ibu nak kemas umah... yehaaaaa....
otey otey... sayonara...


'

Khamis, 24 Februari 2011

.::AWARD::.


Yeayyyy,,,, Ibu dapat award dari my pwen dr GHMB Puan Eliya ...
Kami setakat ini serasi bersama & InsyaAllah akan selamanya serasi.
Buat teman2 dr GHMB segala gurauan sering buat ibu ketawa walaupun ibu dalam moog leleh.
Semoga ikatan persahabatan kita semua ALLAH redhoi.
Amin!!!

Terimalah geng semua video di bawah buat korang
.
.
.
.
.



Muah!!!!
'

.::Syafahullah Buat Eja::.

Haii,,
Mata ibu dah mengantok sbnrnya, nak tutup notebook ni tapi still teringat kat Eja, yang tengah susah hati mengenangkan bayi dalam kandungannya tak memberi sebarang respon. Heartbeat tak de, sebenarnya itulah yang selalu ibu risaukan masa mengandungkan Arif dulu ditambah ade darah tinggi & k.manis masa mengandung.
.
Eja Sabar ya, memang terlalu mudah untuk kami melafazkan perkataan sabar pada Eja, tapi Eja yang merasainya. Kami kawan2 d ghmb sentiasa doakan yang terbaik buat Eja. Percayalah Allah tidak akan menguji seseorang itu jika DIA tahu hambanya itu tidak mampu... Banyak2 baca al-fatehah, selawat & Haikal 7 untuk hadiahkan kepada baby dalam kandungan. Insyaallah akan temu jalan yang terbaik buat Eja sekeluarga Amin!!!
.
Jaga kesihatan ya Eja!!!


'

.::N3 Pendek; Berita Dari cloud9::.




Selamat pagi semua..
Sat2 td ibu cek shoubox blog ibu & ade satu link mengenai "Awan ini sudah melepasi paras berjaga-jaga, apakah maksudnya? bila ibu terjah pemilik blog bercerita tentang awan yang bakal mengganas tak lama lagi dan sangat aktif pada waktu malam, paling mengerikan dikhabarkan akan melanda seluruh mesia...
Takunya ibu bila baca separuh dari n3 tu, ibu cuma fikirkan Arif, Ya Allah apa pun yang berlaku Selamatkan lah anakku Ahmad Arif, jauhkan dia dari sebarang malapetaka...
.berbalik pada cerita awan tu kawan2 terjah lah blog Cloud9 ni untuk baca berita selanjutnya... terlalu ngeri untuk ibu terus bercerita.... 

*gambar kredit buat Blog Cloud9

'

Rabu, 23 Februari 2011

.::GHMB Selamatkan Mood Ibu::.

Salam semua....
Hari ni ibu mmg tak de mood nak apdet n3 kat blog ni, lagi pun notebook ibu ni ibu anto format,
Alhamdulillah dah tak berat & insyaallah dlm masa terdekat ibu nak beli anti virus..
huhuhuhu x de anti virud lagi rupanya ye? Entah lah tahu lepas terima sms dr seseorang ptg tadi mood nak makan orang je... tapi tak pe lah malas nak pk2 masalah orang walau pun mmg ade kaitan tapi ibu tak nak menyusahkan diri ibu lagi menolong orang mcm tu "ibarat kerbau yg melepaskan buaya tersepit" .

.::Naluri::.

Salam...
Tadi jengok FB adik ibu terjumpa gambar ni, ini masa raya tahun 2007 tak silap ibu,
Ini sebahagian dr adikbradik dan ipar duai ibu.
Kami mmg rapat Alhamdulillah sampai ke sekarang ni.

.
Tengok arwah mak ibu ade kan kat dlm gambar atas ni? terselit dia dicelah anak cucu dia, eceli ibu rindu sangat kat arwah, sejak arwah meninggal abang2 ibu minta ibu pindah duduk rumah peninggalan arwah sbb adik2 tak de orang nak tengok2kan. Bila dah tinggal sekali dan kira menjadi ketua pada diorang baru lah tahu macamana perasaan & naluri keibuan arwah dulu.
.
Jika dulu balik kerja tak kisah nak masak atau tak tapi sekarang tak boleh buat macam tu, kesiankan adik2, dulu masa arwah ade, arwah selalu sediakan makan untuk diorag, tiap pagi disediakan bekal, kadang2 untuk ibu pun ade, terintai2 arwah pagi2 untuk memanggil ibu ambil nasi yang dibungkuskan untuk ibu, kadang2 ibu menolak atas alasan dah lambat, zalimnya ibu kan? kesian arwah, tentu dia kecewa! tapi masa tu knp ibu tak terfikir semua ni..
.
Dah beberapa hari ibu masak nasi goreng untuk makan malam dan jika ade lebih ibu suruh adik ibu bawa ke tempat kerjanya.. Ibu puas hati walaupun sekadar nasi goreng. Mungkin bagi sesetengah orang itu biasa tapi ibu tak, kerana sekarang baru ibu mengerti perasaan arwah mak ibu yang selalu risau jika tak memasak untuk adik2 ibu. Naluri........... ya Naluri keibuan itu yg membuat arwah mak begitu.
.
Alfatehah buat arwah mak!!!


'

Selasa, 22 Februari 2011

.::Mood Leleh::.

 1st n3 untuk tengahhari ni....
Masih lagi teringat kat mat ayip yang ditinggalka n kat rumah pengasuh..
Tak tahu kenapa hari ni cengeng benar ibu, pagi tadi time sarapan sembang ngan kwn opis yang semalam ibu tercubit mat ayip kat belakang lutut gara2 mat ayip ramas keropok atas kepala ibu (haha bayangkan), meleleh airmata ibu ni (bukan airmata buaya ya)
.
Nama pun budak bukan dia reti benda tu semua, tapi yang ibu ni macam orang meroyan marahkan dia kenapa? tak boleh ke nasihat secara berhemah? iskkkk menyesal sungguh... niat nak berubah tak mahu marah2 anak macam orang giler... tapi selalu alpa.
Orang lain lagi besar cabaran membesarkan anak terutama yg memiliki anak2 istimewa dan ramai, ibu hanya mat ayip sorang je sepatutnya ibu belajar bersabar... 
.
Ibu harus semakin dekatkan diri kepada ALLAH untuk buang sifat amarah
Marah itu dari syaitan.. Ibu tak mahu kawan dengan syaitan...
Syohhhh jauh2 kau syaitan yang dilaknat ALLAH.
.
Doakan Ibu ye kawan2  supaya lebih bersabar.


'

.::Dimana Kan Ku Cari Ganti?::.


Samat Pagi... Ermmm tajuk x bleh tahan....
Ermm tentu kebanyakkan dr kawan2 dah tidoq kan? y lah dah jam 2.39am ni.
Ibu ni je yang tak tidoq2 lagi, bukan tak tidoq, eceli ibu baru bangun tidoq.... tertido masa tidokan Arif!! Ya tidokan Arif, malam ni Arif tido awal gara2 dia terhantuk ke dinding, kuat sungguh bunyi terantuk tadi, ralat jugak ibu dibuatnya. kesian anak ibu!!! Berbakul2 airmata Arif tadi tapi raunganya sebentar cuma bila ibu peluk.
.
Arif anak yang kuat, jika terjatuh atau terkena apa2 jarang sekali dia menangis paling tidak dia akan datang pada ibu sambil tunjuk tempat yg sakit, pernah sekali dia terkepit pintu sampai terkopek kulit tak de plak ibu dengar dia menangis tau2 dah berdarah je. Adat bila hidup berkongsi selalu ditinggal2kan, syukur ibu kepada yang maha Esa kerana mengurniakan Ahmad Arif sebagai penyeri hari2 ibu. Alhamdulillah.. Kadang2 ibu terlalu garang dengan Arif dan ibu tersedar hanya dia yang ibu ada, tidak tahu lagi ALLAH mahu beri ibu zuriat lagi @ tidak, jauh disudut hati ibu mahukan anak yang ramai namun ALLAH yang menetukan segalanya.
.
Berbalik pada Arif, dialah satu2nya anak ibu sekarang, anak kandung ibu bukan anak orang lain tau... Tak terbayang ibu jika tak ade dia dlm hidup ibu, bila ibu singgah ke blog2 ibu2 yang pernah kehilangan anak dan betapa beratnya dugaan & keperitan yang ditanggung buat ibu lebih menghargai Arif... Insyaallah ibu akan berusaha menjadi ibu yang terbaik untuknya... doakan ibu ya?
.
Gelagat2 Arif bila ibu suruh bergaya depan webcam!!! (ibu tak de kamera, enpon pun rosak) kalau arif x ade manalah ibu nak cari ganti?.




'

Isnin, 21 Februari 2011

.::Senaman Kagel Khusus Untuk Wanita::.

WANITA yang sihat bukan saja membahagiakan dirinya sendiri tetapi keluarga, tetapi faktor usia, melahirkan anak selain hormon, gaya hidup dan ditambah sikap tidak suka bersenam, seseorang wanita akan berhadapan pelbagai masalah kesihatan berkaitan otot pelvis (atau disebut otot PC – pubococcygeus)

Sesetengah wanita berpendapat kaedah terbaik mengatasi masalah itu adalah menerusi pembedahan. Bagaimanapun sebelum berbuat demikian pelbagai perkara harus difikirkan termasuk keinginan mendapatkan anak dan otot pelvis lain mungkin terjejas.

.::Sayang Sayang::.

Salam ketemu lagi....
Ermm masih lagi story mory pasal chenta hati ibu si Arif..
Arif ni memang tak berapa nak pandai panggil ibu ni ibu, selalu dia panggil mak sbb pengasuh dia dipanggil mak, cuma sejak dah masuk 2 tahun ni kerap bertukar panggilan yang di panggilnya, Ibu la na la dan yang paling ibu terkejut Arif panggil ibu dengan panggilan "Sayang" Woww anak ibu panggil ibu sayang!!!
.
Puas ibu fikir mana dia belajar panggil ibu sayang? Dan baru lah ibu teringat satu petang ibu ade berbual dengan pengasuh Arif, senang ibu bahasakan kak zah lah ye pada pengasuh Arif ni. Kak zah bercerita perbualan dia dengan suami dia yang suami dia ade bertanya pada dia ayatnya lebih kurang macam ni "Sayang, abah dah makan ubat ke?".... Haaaa... dari situ ibu rasa Arif belajar perkataan sayang, mungkin hari2 dia dengar perkataan tu dari mulut pasangan romantis itu makanya bila balik rumah ibu di panggil sayang. (tak kisah la asalk bukan bukan perkataan yg x elok)
.
Moral of the story (cet speking omputaih plak) budak2 cepat belajar so cakap perkataan yang baik2 depan anak2 tak kisahlah anak siapa pun...
ok sayur nara!!!

'

.::Blog Pun Kena Timbang::.

Assalamualaikum...
Haaaa saper kata blog tak perlu timbang?
musti timbang untuk mengetahui berat atau tidak blog anda tu...
~*~
Haaa tengok gambar pertama ni, ini masa frontpage ibu 5 n3 makanya saiz & time loadingnya seperti tertera di bawah!


Yang ni plak masa ibu dah ubah frontpage ibu jadi 4 n3 saja so saiz & time loadingnya kecil dan ringan skit.. jadilaaa... :)

So saper nak cuba timbang bleh la p terjah LINK ni!



'

DITEMUKAN SUNGAI DIBAWAH LAUTAN... Subhanallah

ALLAH IS GREAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kisah Air Masin & Air Tawar

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

.::Faceblog Vs Facebook::.


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.

TERIMA KASIH
'

Ahad, 20 Februari 2011

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)



Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


.::Cubang Oh Cubang::.

Apa tu cubang? setiap kali ibu teringat cubang ibu pasti tersenyum..
Eceli cubang ni nama sekor binatang yang suka melekat didinding rumah @ mane jelah yang dia suka.
Terkini heboh ade spesis cubang yang regenya mencocah riban2 mengikit beratnya.
kalau la cubang yang ada kat umah ibu ni spesis yang tu mmg ibu tak kerja dah hari2 ibu duk ngendap cubang & jual pada yang berminat.
.
Kata banyak orang cubang yg jenis tu berkhasiat untuk mengubat penyakit kulit ade jugak yang kata untuk meningkatkan tenaga batin.. aduh macam2 sih! ermm tentu korang dah dapat tangkap binatang apa cubang tu?
jeng3x
.

.

.

.

.

.

.

Tadaaaaa..... Cubang!!!

Kenapa di panggil cubang? haaa ini semua gara2 si Arif lah, ibu ingatkan lobang setiap kali dia lari ketakutan sambil tunjuk lubang angin kat bilik air.
Sampailah satu pagi ibu tengah kelamkabut nak p kerja Arif tetiba sebut Cu
bang bu akut!
bila ibu tengok apa yang dia pandang rupa2nya Enche' cicak rupanya...
Adehhh anak ibu sejak nak pandai cakap ni macam2 sebutan yang dia sebut.. tapi dari mana datang Arif boleh dapat perkataan CUBANG ni..
Haaa dah tahu cubang tu cicak?
ok selamat menangkap cubang tokek!!!
sbb regenya riban2!


'

.::Translate Blog?::.

Ummmpppphhh.... Banyak plak n3 ibu hari ni, bosan ke korang baca? ishhh suka hati lah ni blog ibu hahahaha... ok ape pun td ibu try lah trjemahkan blog ibu ni kat inche' gugel dan hasilnya kat bawah ni... ibu printscreen 1 keping je lah ye.. tak kuasa nak melayan...

Ibu translate kan ke bahasa omputeh je sbb test2 je td... ingat x menjadi...
Ermm kalau korang nak tengok lagi klik je lah kat sini ---> (8:8)



'

.::Mana Ibu Nak Cari?::.


Apa yang ibu nak cari????
Haaa... tu puting yang anak mat saleh tu isap? kat mesia ni ade ade ke puting macam tu? kalau ade kat mana nak cari? Anak ibu ni penghisap puting tegar, nak tidor malam mesti kena ada bantal busyuk & puting dia.

Puting dia pun dah bermacam2 jenis, ibu ni pantang skit kalau jenjalan kat shopping komplek mesti g tempat baby, bila dah sampai kat situ mesti tengok puting @ botol susu, 2 benda ni mmg ibu akan beli paling tidak 1, huhh kat bawah ni lagi banyak yg kiut miut.. haaa sesape yg ade dok luar negara tu ekspeceli negara omputeh kalau ade puting2 macam ni belikan untuk ibu bleh? boleh la ye ye ye..(heee tak malu punya olang)

Lawak tapi kiut miut!!!!

'

Lelaki punya 39 isteri,94 anak,14 menantu serta 33 cucu duduk satu rumah

Bicara tentang satu keluarga besar yang bahagia, Ziona memiliki 39 isteri, 94 anak-anak, 14 anak menantu perempuan dan 33 cucu - semua hidup bersama di bawah satu bumbung.

Diyakini sebagai keluarga terbesar di dunia, rumahnya cukup besar, empat ltingkat dengan 100 bilik di mana mereka tidur seperti di asrama.Dan bahkan kemudian mereka harus pergi atas-ke-ekor sesuai.

Dengan mudah, kepala keluarga, Ziona, 67, juga menjalankan kehidupan sendiri . Dia mengatakan dia merasa beruntung memiliki begitu ramai isteri yang hidup dengan dia, "Hari ini saya merasa seperti anak-anak khusus dari Tuhan. Dia memberikan saya begitu ramai orang untuk di pelihara. "Saya menganggap diri saya orang yang beruntung menjadi suami dari 39 wanita dan kepala keluarga terbesar."

.::SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF::.

Salam Muhibbah dari ibu pagi ini,
Waaa.. pepagi dah mengadap blog ye ibu...

Haaa... tengok gambar kat atas ni, header blog enche' Ben Ashaari kan?
Kalau ye bermakna ibu joint segmen yang enche' Ben Ashaari anjurkan... kali ni segmen
"Saya seorang blogger yang aktif" aktif ke ibu ni berblog? haaa itu ibu tak tahu tapi kawan2 ibu kata ibu aktif sampai makan blog tido blog mandi pun blog juga ada antara mereka2 yang berkata pada ibu... Tapi bagi ibu kakak shiela lagi aktif dari ibu dia punya idea yang best2 ibu suka... enche' Ben p la terjah blog dia tengok follower dia dah lebih 100 org walau baru sebulan lebih berblog! Eh tlg promote plak! :)
.
Ok tu je lah rapu ibu pagi ni... nak cari sarapan plak... arghhh lewatnya!


'

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...