Isnin, 31 Januari 2011

Muslimah Paling Bergaya

Salam Sayang...
Contest kali ni anjuran Puan Ermayana,
Sesiapa berminat boleh la klik SINI.
*
Ibu ni tak de lah suka bergaya bila bergambar tapi ibu memang suka tayang gigi bila bergambar, eh itu pun kira bergaya jugak kan?
So
*
*
*
*
*
Gamabar kat bawah ni lah yang ibu pertaruhkan..
Gambar ni masa Ibu singgah pantai di Kelantan balik dari majlis walimah seorang sahabat.
"Ibu yang duduk di depan sahabat ibu yang bertudung hitam"


Ibu nak tag kawan blogger ibu

2 Soalan mudah dari pihak penganjur:~
1~Perlukah Pn Ermayana menganjurkan contest @ G.A pada masa akan datang? Mengapa?
Ya, Kerana disamping dapat menambah kenalan juga dapat merapatkan ukhwah sesama saudara seislam.

2~Mengapa anda rasa anda patut menang contest ini?
Ibu rasa ibu patut menang contest ini sebab tak semua wanita2 muslimah yang boleh bertahan dengan busana muslimah seperti yang ibu dan rakan2 ibu dalam gambar diatas, lebih2 lagi bila sudah berkeluarga dan mempunyai anak2 kecil. Namun ibu tetap suka melihat wanita2 muslimah yang bergaya mengikut trend terkini kerana mereka nampak cantik dan kemas.

Terima kasih Puan Ermayana

Hikmah Bersujud


Salam, ibu tetiba nak kongsi kelebihan dan hikmah bersujud dengan kawan2, so selamat membaca.....

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Contest "Si Comel Bergaya"


Haluuuuu ibu indahauzzzzzzzzzzz....
hehehe mood gedik2 nak joint contest ni walau last minit... Tarikh tutup hari ni sblm jam 12 tgh malam ni...

Di bawah adalah link2 pihak penganjur dan penaja


Nama: Ahmad Arif Bin Atan
Tarikh Lahir: 14 Dec 2008

Sesapa nak joint masih sempat coz tarikh tutup 31/01/11 (sblm 12 malam) & Klik SINI

Akhirnya...... ibu terpaksa....


Cuba kawan2 tengok gambar ni... gambar starter pack untuk simcard baru kan? ermm siap dengan hot ticket RM20 lagi...
~
Ya ibu sudah tukar no baru.. ibu tak tahan dengan gangguan yang tak puas2 mengganggu ibu sejak sabtu petang baru ni, memang ramai yang nyatakan rasa x puas hati terhadap ibu kerana terlalu kerap menukar no tel. Awalan ibu memang tak mahu tukar tapi ibu tak tahan di herdik di maki hamun setiap hari, paling ibu tak boleh terima bila dia menghina anak ibu sendiri..
~
Ibu kandungkan anak ibu setelah 10 bulan ibu bergelar isteri. Tapi kenapa dia pertikaikan taraf anak ibu, anak ibu anak yang lahir sebagai anak yang sah tarafnya. Ibu nekad tukar no telifon ibu kali ini, biar apa orang nak kata apa sekali pun tapi menghina anak ibu tidak sama sekali, ibu sayang anak ibu lebih dari segala2nya.
~
Kepada dia hina lah ibu apa pun tapi tolong jangan hina anak ibu dia tak berdosa...
Tolak lah hukum Allah dan jawablah kamu di hadapan Nya esok...
Ibu redha apa yang kamu buat pada ibu.
Ibu percaya Allah maha Adil.....

Sesungguhnya....

Sesungguhnya...
Ibu amat merindui wajah ini,
tak jemu ibu menatap wajah ini,
Tak menyesal dimiliki olehnya.

Sesungguhnya...
Ibu tak mahu menyakiti hatinya,
Ibu tak mahu hatinya disakiti,
Ibu tak mahu berpisah dengannya,


Namun...
Ibu terpaksa merelakan segalanya...
Kerna terpaksa ibu rela begini,
kerna terpaksa ibu lepaskan dia pergi.

Buat suami ibu...
Ibu merinduimu setiap detik, waktu dan ketika.
Semoga abang bahagia selalu.....
Moga jodoh kita berkekalan.... Amin!

Inilah Baby Hanna Natasya & Kamal Arief

Haaaaiii samat pagi,
Ermmm sebelum ni ibu ade cerita pasal Hanna dapat baby kan di en3 ni, so kini ibu dah dapat gambar babynya.... hehehe ibu tak mungkir janjikan? syoomel baby hanna ni...

Namanya Farish irfan, Lahir 11/01/11...
somoga menjadi anak yang soleh... amin!

IBU DAN JMD

Yessss.... Ibu dah start minum kopi & Pil JMD sejak jumaat malam sabtu...
walau baru beberapa hari tapi hasilnya ibu sudah mampu bertahan jika ingin buang air kecil...
dan lawas semasa membuang samaada yang besar atau yang kecil....
Badan ibu pun terasa ringan berbanding sblm ni...
Haaa itu bary 2 hari kalau 2 bulan? sendrik mau ingat laaa...
~
Ok lah walau ibu kesedihan tapi ibu nak happykan diri ibu so ibu punya sukalah nak update pasal JMD ni berapa kali pun heheheheh....

Adakah Hatiku Terjaga?


Kenapa? kenapa dan kenapa????
Ibu tak faham kenapa dia masih lagi berdendam dengan ibu, ibu selalu berdoa kepada Allah supaya lembutkan hati dia... ibu tak suka bermusuh dengan dia, ibu sayang dia, sayang sangat2.. sumpah lah ibu maki lah ibu seperti petang tadi, ibu tetap sayang dia.

Petang smlm ibu tidor bangun2 tengok fon ade miskol dari suami ibu, bila ibu kol kenapa bukan suami ibu yang angkat...? kenapa suara dia? dia maki hamun ibu, puluhan sms dr no suami ibu dihantar untuk sumpah seranah ibu. ibu tak tahu nak luah kat mana, ibu harap kawan2 ibu tak salah anggap yg ibu sengaja buka pekung didada...

Ahad, 30 Januari 2011

~CONTEST NAMA BABY SAYA~



Salam....
Ok kali ni ibu joint contest anjuran IDMA TEXTILE
Sesapa boleh joint contest ni, nak joint klik sini.
Tarikh tutup penyertaan 1 march 2011 (sempat dan banyak masa lagi).


Ok nama anak ibu Ahmad Arif yang bermaksud dlm bahasa arab secara ringkasnya "yang terpuji & bijaksana". Nama ni abah Arif yang pilih, sebelum ibu disahkan hamil abah arif pernah cakap kalau ibu mengandung nanti jika takdirnya anak lelaki kita namakan sebagai Ahmad Arif.

jika secara detail Ahmad bermaksud paling membanggakan, terpuji!
Arif bermaksud pengatahuan, yang bijaksana dan mengatahui.

Besar harapan ibu dan abah Arif semoga Arif membesar dan menjadi insan yang berguna seperti maksud namanya juga.

Ok kan nama anak ibu ringkas dan yang paling penting ada makna yang baik...
Lagipun jika kita panggil nama anak sama seperti kita mendoakannya... Opsss lupa ibu dan abah panggil anak kami Arif dan kadang panggil adik coz dia ni manja almaklumlah masih tak de saingan..

So apa pun thanks to penganjur contest ni ......

Jumaat, 28 Januari 2011

JAMU MAK DARA LAGI....


Ehemmmm ehemmm... Nak ketat? ambil lah jamu mak dara...
Ayyoooooo..... iitu macam ka? jangan salah sangka ya sbnrnya JMD ni bukan untuk itu saja, tapi apa salahnya jika kita ambil untuk kerukunan rumah tangga dan lebih2 lagi untuk suami sendiri... untuk orang lain? no..no..no.. please please plase jangan nakal nakal! hehehehehe.
~
Haaaa... actually ibu bukan nak cerita pasal ketat ketat ni, ibu nak cerita yg baru 2 minit yang lepas ibu kol HQ JMD di Melati Urban KL, kenapa? dah tentulah ibu nak tanya pasal pruduk JMD, ermmm lepas dengar penerangan dari wanita di sana ibu tekad untuk mula ambil JMD untuk kembalikan aturan period ibu yang berterabur sebelum ini.... Di ulangi untuk kembalikan aturan period agar kembali teratur seperti dulu....
~
So ini malam ibu nak p cari kat kiosk atau stokis yang diberitahu pada ibu tadi... haaa untuk makluman teman2 bagi memudahkan adik kakak nak dapatkan produk JMD ni p carik kat Giant, Tesco & Carrefour, Wakil JMD kata kalau kat 3 tempat ni jgn risau tentang tiruan coz JMD mmg edarkan di 3 tempat ni....
~
Jom p beli JMD untuk kesihatan dalam kita, Sayangi diri anda (hahaha promote la plak)

Khamis, 27 Januari 2011

~Arif Dulu & Kini~

Selamat Tengah Hari Semua...
Ibu harap semua kawan2 sihat disamping rutin harian masing2!
Ibu sebenarnya saja belek2 album gambar dlm FB, tengok banyak kenangan2 gambar Ahmad Arif dari baby dengan usia baru 2 hari sehinggalah sekarang ni . Sungguhnya bila tengok gambar Arif masa baby ibu terlalu merindukan saat itu, saat kali pertama ibu bergelar seorang ibu, saat kali pertama ibu menyusukan seorang bayi dan lebih buat ibu bangga bayi itu anak ibu sendiri.

1) Gambar yang kena bedung ni Arif baru berusia 2 hari..
asyik tdo je.... Ibu suka sangat tengok wajah Arif time tdo.. Tengoklah bantal tu pun besar lagi dari kepala Arif kan betapa kecil dan halusnya dia dulu. Berat masa Lahir pun cuma 2.75kg!





2) Yang ni pun masih lagi dlm
mood tdo, ibu pelik jugak kenapa Arif tdo saja, rupanya dia ade jaundis! Bila bawa ke Klinik misi suruh bawak GH (emergency sbb jaundis dia dah terik) *Masuk wad petang tu juga, malam dalam jan 11pm doc panggil bagitahu yang Arif perlu tukar darah kerana jaundis yang Arif alami melebihi paras Kritikal malah nak masuk ke peringkat dabel kritikal! Lepas Ibu & Mr.Yes ibu setuju malam tu juga proses tukar darah dilakukan dari jam 2am-6am, sepanjang malam juga ibu tak tdo & duduk diluar wad.

3)Gambar ni plak selepas Arif selesai tukar darah, tengok pampers pun doc tak bagi pakai... cuma alaskan kepala dia sahaja, lampu dari setiap penjuru atas,bawah kiri dan kanan Arif. kesian anak ibu, hari2 ibu menangis kesiankan dia, sampai ada satu masa tu ibu terlalu letih ibu terlelap, bila bangun jenguk Arif dihujung katil ibu, sayu hati ibu badan Arif penuh dengan Air kencingnya. Ibu bersihkan anak ibu sambil menangis teresak2!






4) Yang ni pulak masa umur Arif 10 bulan lepas raya tahun 2009, Arif dlm proses PH Study, Alat yang digunakan tu ibu cuma tahu dipanggil D Tab saja, Ini untuk mengesan samaada susu Arif masuk atau tidak kedalam paru2 sepanjang 24jam Arif pakai alat ni.









5) Yang ni dah setahun lebih, masa bulan puasa tahun lepas, tangan yang pegang kereta tu tangan arwah nenek Arif!






6) Dan yang ini gambar paling baru, buah hati pengarang jantung ibu.... kalau tak ade dia tak tahu lah ibu, Semoga Allah pelihara Arif sentiasa.

Ok lah setakat ni dulu ibu celoteh ya, ibu nak hadiri kuliah bulanan yang dianjur oleh majikan tempat ibu berkerja.
Jumpa lagi daaaa....

Rabu, 26 Januari 2011

~Jeng..jeng..jeng...Jamu Mak Dara~

Salam buat yang sudi singgah teratak buruk ibu ni, hehehehe kali ni entri ibu mengenai JAMU MAK DARA (JMD)!!!
~
Dah lama ibu dengar tentang JMD ni, pada awalnya ibu tak endahkan sbb bagi ibu jamu ni untuk org yang nak tambah tenaga dalaman je, tapi bila ibu baca pengenalan dan bertanya pada kawan2 rupanya ia bukan sekadar untuk menambah tenaga dalaman seseorang wanita sahaja, ia juga dapat membantu kaum wanita untuk melegakan sakit2 otot dan sebagainya..
Banyak juga kelebihannya, ibu macam tertarik dengan JMD ni tapi risau ade kesan sampingan pula.
~
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai JMD sila klik sini.....
Bila dah baca n faham ibu harap kawan2 dapatlah beri pendapat pada ibu mengenai JMD ni..

Tata Sayonara
Ibu mulai jatuh cinta lagi.....JMD!!!

Selasa, 25 Januari 2011

~Contest Senyuman Si Cilik~



Contest lagi....
Kali ini tema senyuman si cilik pulak...

So Ibu mempertaruhkan gambar Ahmad Arif yang ibu rasa cute dengan senyuman manjanya.

Jika ade dikalangan ibu2 yang berminat nak joint Klik saja sini ---->JOINT CONTEST
Cepat2 tarikh tutup penyertaan pada 31 Januari 2011!
Anda masih ada peluang!

CUTE BABY STYLE CONTEST



~Contest By huda~
~24 JAN - 24 FEB 2011~

Alhamdulillah kali ni ibu nak joint contest dari blog Puan Huda, Ibu upload gambar chenta hati ibu yang kat bawah
ini dengan wajah yang selamber je sambil merenung manja pada ibu...


Nama Bayi: Ahmad Arif Bin Atan Ahmad
Usia Bayi: 2 tahun 1 bulan 12 hari
Tarikh Lahir Bayi: 14 Disember 2008
Nama Ibu: Siti Darna Sanoesi

Pada kaum2 ibu yang berminat sila klik sini---->Joint.
Upload gambar anak2 anda yang menarik tertarik dan debommm untuk dipertaruhkan!



~MY CHENTA HATI, MY HERO & ADIK WANI~

Pagi tadi waktu ibu kejutkan chenta hati ibu, ibu dapat rasakan yang dia mesti cari abahnya.... Abahnya dah keluar kerja jam 5am tadi lagi, sebaik mata dibuka dia terus sebut abah...abah tdo makkk...(mak yang dia reti walaupun sebenarnya ibu).. Kesian plak ibu tengok anak ibu, semalam masa terjaga dr tdo tengok abah ade sebelah dia tup2 bangun pagi dah tak de.... so ibu kol abah yg tengah memandu masa tu, disebabkan tengah memandu tak boleh cakap lama... abahnya janji nak kol lagi malam nanti tapi anak ibu menangis dan terus mengamuk bila talian di putuskan.. .
~
Maka bermula la babak pujuk memujuk anak ibu ni, ye lah kalau menangis memang lambatlah ibu ke opis hari ni, nak dukong tak terdaya ibu nak menapak naik tingkat 5 ke rumah pengasuh, 5 minit berlalu barulah dia berhenti meragam itu pun bila ibu sebut "jom la kita p umah adik wani". Adik Wani anak kepada pengasuh baru berusia setahun tapi rapat dengan anak ibu, masih lagi ibu ingat masa arwah mak ibu meninggal, adik wani seminggu tak jumpa anak ibu, oleh kerana lama sangat tak berjumpa abang arifnya, aik wani demam hampir seminggu lamanya. Alhamdulillah lepas ibu hantar anak ibu pada minggu berikutnya demam adik wani kebah beransur2. ternyata memang dia demam rindukan anak ibu, kata ibu wani lepas jumpa abang arifnya, adik wani tak merengek lagi.. mahu bermain dan sebagainya. haiii mcm lah nak tukar pengasuh ni... tak sanggup ibu nak pisahkan 2 beradik ni.... :((
~
Berbalik kes anak ibu mengamuk tadi, bila sampai je kat umah pengasuh anak ibu terus masuk bilik baring n sambung tidoq sebelah adik waninya..... ermmm kol brp plak dia bangun tu nanti?

Arif...Arif...

Isnin, 24 Januari 2011

Suratan Atau Kebetulan


Tetiba ibu terasa rindu saat2 bercintan cintun dengan abah si Arif dulu, semua gara2 ibu nak tukar lagu kat blog ibu ni, cari2 lagu yang sesuai tterrrjumpa lagu ni Suratan atau kebetulan nyanyian Kenny Remy Martin, auto teringat zaman muda2 hampir 8 tahun lepas 1st time jumpa mr.yes ibu hhehehe bukan mr.right ye....
~
Perkenalan yang memang tak disangka2, awal perkenalan hanya sebagai wakil pembekal dan pekerja sebuah kedai buku, bermula dari berkomunikasi atas urusan kerja akhirnya ibu dan mr.yes ibu menjadi rapat.

~
(Sesuatu yang tak disangka, Seringkali mendatangi kita, Itukah suratan dalam kehidupan,Atau hanya satu kebetulan)

Rangkap pertama lagu ni lah yang selalu mr.yes ibu kerap sms pada ibu, hehehehe tetiba sedih coz zaman tu terlalu banyak dugaan dalam hubungan kami.... Tapi bak kata orang "Kalau dah jodoh tak kemana... Lari lah ke hujung dunia akan bertemu jua".
~
~
~
Alhamdulillah kini hampir 4 tahun kami bergelar suami isteri dan dengan hadirnya anak lelaki ibu Ahmad Arif terasa lengkap diri ibu sebagai wanita.... Syukur pada Mu Ya ALLAH!

Yesss Ibu berjaya...


Salam semua,

Huhuhu hari ni ibu berjaya buat member opis ibu kembali terjebak ke alam blogger semula...
Ngeeee Kak Anis geng Farmville & Cityville ibu di FB juga geng untuk shopping online CD anak2 kami...
~
Syabbas bettey...
Kat bawah ni adalah wajah member ibu yang kembali terjebak.....
~
Dan yang terbaru Kak Roy juga kembali terjebak hahahahhahahha ibu gumbira sangat2, harap2 meke2 ni tak hangat2 ayaq kopaq! Gambar Kak Roy tak dapat nak upload kemuadian lah ye...
~
Welcome back Puan Anis Hafiz & Puan Roy Rasul
~
(^-^) Wachaaaaaa.... Larikkkkkkkkk!

Sabtu, 22 Januari 2011

~Grrrr.... Baby ibu sudah tunjuk tanda2 demam~


Haishhhhh.... tengok tajuk kat atas pun mesti semua tertanya2 apa masalah ibu kali ni kan? ibu tengah hangun dengan baby ibu, ye hangun ye bukan hangin, hangun lebih parah dari hangin! Ibu baru je amik baby 6 Jan 11 bebaru ni, tak sampai pun sebualan.... Apakah ibu yang tak pandai nak jaga baby ibu ni....? adehhhh terkilan sungguh... wahai baby jgn lah meragam... ibu tak gendong baby kehulu kehilir lagi lepas ni (bawa g opis) La Taghdob ya!
^-^
Tadi tak boleh nak tidorkan baby dan ibu terpaksa cabut nyawanya... mesti baby ibu sakit kan? sowwiii baby! ermmmm ibu tension bila pikirkan baby ibu dah mula selsema nak kena bawa jumpa doc ke? tengoklah sehari dua lagi kalau still meragam n demamnya tak kebah ibu terpaksa bawa jumpa doc so baby jangan takut ok, tak sakit just betul2kan urat baby je kalau sakit pun mcm kena geget semut ya baby...
^-^
Hehehehe kawan2 ibu kat bawah ni lah gambar baby ibu, rupanya lebih kurang mcm dlm gambar tu lah....
Nota; Baby - Laptop
Nyawa - Bateri
Tidorkan - Shut down
^-^
Jangan marah baby ibu sebenarnya Laptop ngeeeeeeee :P

Jumaat, 21 Januari 2011

~Lepas Kerinduan Ibu~

Selamat Pagi,
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Hehehee hari ni ibu tsk kerja coz Arif tak de orang nak jaga, pengasuhnya ada masalah sikit hari ni, so ibu pun EL... Ermmm tu tak penting dlm en3 kali ni, yang ibu nak story pasal kerinduan ibu dan Arif terubat bila abah Arif balik malam tadi dan baru kejap tadi ibu hantar dia keluar kerja lagi.... Hampir seminggu memendam rindu membara dihati baru malam tadi dapat ketemu, walaupun sekejap tapi ibu tak kisah sbb ibu tahu abah keluar mencari rezeki untuk kami.

Arif pun apa lagi malam tadi mcm tahu2 je abah dia nak balik, tak nak tido sampai 1am, bila abahnya balik dia pun tak duk jauh lah ngan abah dia, tp dlm pada tu masih tetap mengacau cik li dia bersantai.

Dah tak kerja hari ni ibu ingat nak bawak Arif naik bas lah, dah berapa hari janji dengan Arif nak bawak naik bas tapi tak bawak juga, Insyaallah lepas selesai buat kerja rumah ibu bawak lah Arif jenjalan....

Ok jumpa lagi di next en3.....

tata & sayonara

Khamis, 20 Januari 2011

Coretan Kosong Ibu

Selamat malam pada yang sudi singgah ke teratak usang ibu ni,
ermmm hari ni ibu tak tahu nak coret2kan apa kat sini, hari ni jugak ibu tak ke mana2 just duduk di rumah sambil kemas rumah, memasak, basuh dan jemur kain serta mengadap lap top ibu ni lah.
Oh ya yang paling teruk ibu asyik berperang dengan Arif, ibu tak tahu kenapa ibu tak dapat bersabar sekarang ni dengan telatah n perangai Arif. Padahal ibu tahu yg Arif hanyalah seorang anak kecil yang baru mejangkau usia 2 tahun... Terukkan Ibu!

Ibu rasa ibu tak mau celoteh panjang kali ini, ibu stress malam ni tak tahu kenapa, ibu terasa ibu semankin jauh dari Allah.. mungkin ibu harus mempertingkatkan lagi amal ibadat ibu, ibu akui ibu kadang kala leka dengan dunia.

Ya Allah ampuni hamba Mu ini.

Ok ya ibu beransur dulu, ibu nak peluk Arif, arif dah nak tido!
SELAMAT MALAM SEMUA.

Rabu, 19 Januari 2011

Arif & Cik Linya


Selamat Malam kawan2 ibu...
Hari ni ibu just masukkan 2 en3 untuk menyertai GA dr blog2 yang ibu polow!
Malam ni ibu nak masukkan 1 lagi....
erkkk nak citer apa yerk? ok lah ibu nak cerita pasal my chenta hati ibu lagik si Arif!
*
Sejak arwah mak ibu meninggal cik li Arif bela 2 ekor hamster (dada & mimi). Arif mmg berminat sangat kat anak angkat cik li dia tu tapi dalam masa yang sama takutkan benda tu... Cik Li dia pulak biasalah bila arif tak mahu dengar arahan dia di keluarkan anak2 angkat dia n kejar Arif, Arif apa lagi mencanak lari bagai tak cukup tanah... hehehehe
*


Haa inilah CiK Li si Arif yg kepoh dengan anak2 angkatnya dada & mimi...
opssss lupo yang putih tu mimi & dada yang coklat.
Entah happe2 ekk nama tak komersial langsung!
Hahahahahhahahaha....

My Anniversary GiveAway

Ok kali ni ibu nak joint jugak GA ni, harap2 tuan rumah sudi terima penyertaan ibu, besar harapan ibu moga lepas berakhir GA ni ibu dan tuan rumah dpt berkenal2an dan bersahabat, Insyaallah!
*
Sesapa berminat sila klik sini
Ok kat bawah ni kira2 gambar 1st aniniversary ibu la, tapi kami just sambut kat umah je dan agak lewat sbb ms ni ibu 5 bulan mengandungkan anak ibu.


Ibu dan hubby kenal sewaktu ibu berkerja di sebuah kedai buku pada tahun 2004, pada asalnya ibu memang tak endahkan hubby coz mmg tak berminat dengan dia... Hehehehe!
Tapi oleh kerana selalu berjumpa, almaklumlah hubby selalu datang anto buku ke kedai yang ibu kerja dan kebetulan kakak yang selalu cek buku2 yang di anto hubby berhenti kerja makanya ibu yang ambil alih tugasnya, dari situlah cinta kami berputik...
Hampir 4 tahun menyulam cinta menyemai kasih kami pun mengikat tali pertunangan, dan akhirnya 2 jun 2007 kami selamat diijabkabulkan... Kini kami mempunyai seorang cahaya mata tanda cinta kami yang bernama Ahmad Arif berusia 2 tahun sebulan.
Alhamdulillah....

1st Giveaway dari Lieroseqiemi


Salam Kengkawan ibu nak joint GA dr salah satu blog yang ibu ziarah tadi, manalah tahu kan kot2 ade rezki ibu menang sebutir dari kerongsang2 di bawah ni...
Tema GA ni adalah....

"HARUSLAH KERONSANG SABAH JADI PILIHAN"


Sesapa yang berminat nak joint sila lah KLIK ...
Mudah2an rezki kengkawan juga disana.....
Tapi jangan lupa ye tarikh tutup pada 28 Januari 11 (12 tghr)

Rindu Mansurah



Tiba2 ibu merindui ardul kinanah tempat yang pernah ibu jejaki untuk menimba ilmu dan pengalaman, Mansurah.... Rindu mahu jejakkan kaki ibu kesana lagi... Mansurah satu daerah yang jaraknya 120 km dari Kaherah di bahagian utara Mesir. Di Mansurah ibu tinggal di rumah sewa bersama2 5 yang lain, Tuan rumah ibu sangat baik, Ummu Hani (mama), baba, anak2nya terdiri dari Haisam, Hisyam,Said,Hani & ehab serta menantu2 mama Laila & Rawiyah.
Pemandangan Bangunan Kuliah Banat dari suq (pasar)
~
Rumah ibu berdekatan dengan Kuliah, Belakang kuliah je dan rumah ibu diberi nama Qasrul Amani. Pertama kali ibu jejakkan kaki kesana ibu semacam tak percaya yang ibu telah terbang jauh ke tempat orang, jauh dari keluarga dan sanak saudara. tapi demi ilmu ibu sanggup.
~
Mansoura ni boleh dikatakan kampung dalam bandar, ibu suka kan suasana disana, Kebanyakan kawasan di Mansurah adalah landai dan betanah gambut, sesuai untuk pertanian. Sungai Nil mengalir di sebelah barat laut sebagai bekalan air minum dan khusus untuk pertanian. Pertanian tertumpu kepada penanaman padi, jagung, sayuran dan buah-buahan. Manakala pada musim sejuk, kapas dan gandum menjadi pilihan utama dalam agenda pertanian mereka, Selain pertanian, perindustrian dan perdagangan juga banyak dijalankan.
~
Besar harapan ibu agar ibu dapat jejakkan lagi kaki kesana, walaupun sekadar berjalan2.


Peta menunjukkan daerah mansurah daerah daqahliah

Hormon Pengaruhi Emosi Wanita


Salam sayang buat teman2 ibu, semoga hari ini sihat2 belaka lah hendaknya...
en3 kali ini ibu nak kongsi info dengan teman2 semua.... Selamat membaca...
~

JANGAN mudah melenting atau cepat melatah andai wanita yang anda kenali sebagai seorang yang sabar atau periang boleh berubah emosinya secara tiba-tiba. Perubahan ini mungkin menyebabkan mereka menjadi seorang yang begitu sensitif, mudah marah, cepat tersinggung atau sebagainya.Tidak kira siapa pun wanita terbabit sama ada ibu, kakak, adik, isteri, teman wanita, bahkan yang bergelar nenek sekalipun boleh mengalami perubahan emosi seumpama ini.Hakikatnya ialah bukan mudah menjadi seorang wanita. Namun, inilah yang harus dilalui oleh wanita dalam meniti setiap fasa kehidupan mereka.

Bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui oleh seseorang wanita.Andai kurang persediaan dan pengetahuan mengenai setiap fasa perubahan ini, banyak masalah boleh timbul.Masalah bukan saja dihadapi oleh wanita terbabit, malah kepada orang yang rapat dengan mereka.

Pakar perunding obstetrik dan ginekologi di sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, perubahan ini biasanya tidak
disedari oleh ramai wanita.Sebaliknya, ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan wanita terutama pasangan mereka.
Menurut beliau, salah satu aspek yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian besar wanita, mahupun mereka yang berada di sekelilingnya, ialah emosi seseorang wanita.

``Ini kerana emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi
oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya.

``Bagaimanapun, para penyelidik masih dalam kajian mencari punca
mengapa wanita begitu mudah terdedah pada perubahan emosi,'' katanya.

Beliau tidak menafikan kurangnya pemahaman berhubung perubahan emosi wanita boleh menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada penceraian.Dr. Suraya memberitahu, emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon-hormon tubuh mereka.Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormon estrogen dan progesteron.

``Kedua-dua hormon ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar
dalam setiap fasa kehidupan seseorang wanita.

``Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia
boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit,''
katanya.

Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar ovari. Penghasilannya dipengaruhi oleh sebahagian hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dalam otak.Peranan kedua-dua hormon ini bukan sekadar hanya mengatur pusingan haid seperti perubahan pada dinding rahim dan pengeluaran darah haid.Pada masa yang sama hormon-hormon ini mempunyai kesan pada tisu-tisu tubuh. Ini termasuklah buah dada, tulang, pembuluh darah, jantung, saluran usus, pundi kencing dan kulit.Dr. Suraya menjelaskan, ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron boleh menyebabkan perubahan kepada wanita terbabit.

``Ini termasuklah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan
mereka menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau
mengalami kemurungan,'' ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua wanita mesti melalui perubahan emosi.Pusingan haid, kehamilan, keadaan selepas bersalin, ketidaksuburan dan menopaus boleh mengakibatkan perubahan mood yang menyebabkan seseorang wanita seolah-olah mengalami kemurungan.Malah, para penyelidik turut mengesahkan bahawa hormon boleh mempengaruhi pengeluaran endorfin yang berfungsi mengawal emosi dan mood.

Tambah beliau, tiga fasa kehidupan yang menyebabkan wanita boleh
mengalami perubahan ketara ialah:

- Fasa sebelum pusingan haid

- Fasa selepas melahirkan anak

- Fasa selepas menopaus (putus haid)


A. Fasa sebelum pusingan haid (Pre-menstrual syndrome - PMS)

Di seluruh dunia, berjuta-juta wanita menganggap apa yang berlaku setiap bulan umpama satu pusingan jam biologi.Keletihan, mudah tersinggung, perut kembung, masalah jerawat dan sebagainya sering kali dikaitkan dengan pusingan haid.Sehingga hari ini belum ada satu teori yang berjaya membuktikan mengapa wanita mengalami perubahan mood atau emosi setiap kali mereka hampir dengan fasa pusingan haid mereka.Bagaimanapun, ia dikaitkan dengan perubahan hormon yang menimbulkan tindak balas abnormal.Gejala PMS biasanya terjadi seminggu sebelum seseorang wanita mengalami pusingan haid.Ia akan hilang beberapa hari selepas haid berlaku. Gejala-gejala ini hanya sementara waktu dan tidak begitu mengganggu rutin harian seseorang wanita.Ia merangkumi gangguan pada psikologi, perut, kulit, kandungan cecair pada badan dan lain-lain.Ini termasuklah perubahan dari segi selera makan, kemaruk makan,
jerawat, mood terganggu, gangguan tidur dan emosi terlalu sensitif.


B. Fasa selepas melahirkan anak

Fasa ini yang juga dikenali dalam istilah perubatan sebagai post partum depression (PPD) merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kemurungan selepas melahirkan anak.Penurunan hormon estrogen yang mendadak selepas bersalin dikatakan faktor yang menyumbang kepada masalah seumpama ini.Ketidakseimbangan hormon boleh berlaku kepada semua wanita, namun mereka yang tidak menanganinya dengan baik boleh mendapat psikosis.

PPD boleh terbahagi kepada tiga kategori:


- PPD baby blues. Seseorang wanita boleh termasuk dalam kategori ini
sekiranya mereka mengalami perubahan emosi atau mood dalam tempoh dua minggu selepas melahirkan anak.Bagaimanapun, bukan semua wanita yang melahirkan anak melalui fasa seperti ini. Wanita di Barat dikatakan lebih ramai mengalami fasa ini berbanding wanita Asia dengan anggaran sebanyak 80 peratus.

Biasanya wanita terbabit akan mengalami gejala seperti:

a. kesedihan

b. menangis lebih daripada biasa

c. lebih sensitif

d. mudah tersinggung

e. rasa berdebar-debar


Wanita yang mempunyai masalah dalam rumah tangga dan mengalami banyak komplikasi semasa hamil lebih terdedah kepada risiko ini.Risiko ini meningkat sekiranya mereka pernah mempunyai sejarah PPD. Gejala yang dialami ini biasanya akan hilang selepas sepuluh hari.


- PPD kemurungan. Wanita yang dikategorikan dalam kumpulan ini
mengalami gejala-gejala seperti:

a. Perasaan putus asa

b. Tidak boleh memberi tumpuan

c. Gangguan ingatan

d. Perasaan bersalah

e. Rutin harian seperti makan terganggu


Masalah ini kebiasaan dialami dalam tempoh sebulan selepas bersalin dan terus berlaku dalam tempoh beberapa bulan.Mereka yang menghadapi masalah ini perlu diberi bantuan. Mereka memerlukan rawatan kaunseling, terapi psikiatri dan sokongan emosi ahli
keluarga.


- PPD psikosis. Di kalangan masyarakat Melayu, PPD psikosis dikenali
sebagai penyakit gila meroyan.

Individu terbabit mengalami gejala seperti pesakit mental.

Antara gejala-gejala yang dialami ialah:

a. Mendengar suara-suara halus

b. Tingkah laku yang pelik seperti gelak atau

bercakap seorang diri

c. Kekeliruan yang ketara

d. Sentiasa dalam keadaan ketakutan

e. Memiliki tenaga fizikal yang begitu kuat

f. Mengalami kesukaran untuk tidur

g. Keinginan untuk membunuh diri


Seperti juga PPD kemurungan, individu yang mengalami penyakit gila meroyan perlu menerima bantuan dan rawatan.


C. Fasa menopaus (putus haid)

Menopaus merupakan satu perubahan biologi yang normal apabila ovari wanita tidak lagi menghasilkan dua hormon wanita, estrogen dan progesteron.Perlu difahami bahawa menopaus bukan sejenis penyakit. Ia adalah satu titik perubahan yang harus diterima secara positif oleh seseorang wanita, baik dari segi emosi mahupun fizikal.Bagaimanapun, menopaus boleh menjadi salah satu punca utama kemurungan.Menopaus boleh berlaku apabila seseorang wanita mencapai usia dalam lingkungan umur pertengahan 40-an hingga lewat 50-an.Menopaus menyebabkan wanita mengalami perubahan hormon. Penghasilan hormon estrogen mula berkurangan dalam tempoh beberapa tahun sebelum menopaus.

Perubahan pada penghasilan hormon ini boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami perubahan emosi seperti:

- kemurungan (bergantung kepada tahap keterukan)

- cepat marah

- mudah tersinggung

- sukar tidur

- rasa panas

- pelupa

- Sesetengahnya mengadu sentiasa rasa sedih atau sakit-sakit badan

- fikiran bercelaru


Bagi menangani masalah ini, wanita boleh mendapat rawatan terapi gantian hormon (HRT).

Menopaus mungkin dianggap oleh sebahagian besar wanita sebagai fasa yang terpaksa dihadapi apabila mereka melangkah usia tua, tetapi ia juga mempunyai banyak kebaikan.Mereka kini bebas daripada belenggu pusingan haid pada setiap bulan. Wanita harus menerima menopaus sebagai satu titik permulaan kehidupan baru dalam hidup mereka

source:google

Selasa, 18 Januari 2011

Salahkah...

Salam Teman2...
Petang ni en3 ibu agak emo panas dan mungkin buat sesetengah kaum ibu agak emo bila hal ini di sebut didepan mereka lebih2 lagi dari sang suami empunya diri....
Ok terus pada persoalannya, Ibu sebenarnya tertanya2 sendiri salahkah seorang wanita itu menjadi isteri ke 2,3 @ 4 kepada seorang lelaki? selalunya wanita2 yang terlibat akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. Salahkan mereka dengan gelaran ISTERI MUDA? Pening ibu berfikir seorang diri... Ibu sendiri berstatus Istri ke 3 kepada suami ibu (tentu kawan2 yang tak tahu terkejut kan?).
~
Mungkin ada yg kata ibu rampas suami orang, bagi ibu tak! ibu tak rampas suami orang.. Ibu memang dah ditakdirkan jatuh cinta dan bernikah dengan suami ibu iaitu bapa kepada anak ibu.
Ibu bukan wanita yang kejam, ibu sayang madu2 ibu, ibu tak mahu kehilangan mereka cuma dengan hasutan orang kami bermasam muka, ibu baik dengan kak Y juga kak M. Ibu selalu berdoa supaya ALLAH satukan hati2 kami ber3 agar rezki kami murah dan kami dapat bahagiakan suami kami...
~
Pada pembaca diluar sana ketahuilah sesungguhnya kami tak minta untuk menjadi isteri2 muda tetapi semuanya perancangan ALLAH belaka, siapa yang mampu mengubah kehendak dan menidakkan kekuasaan ALLAH? jawablah kamu di padang mahsyar nanti...
~
Kepada kawan2 ibu doakan lah ibu sentiasa menjadi isteri yang solehah buat suami ibu dan menjadi madu yang terbaik buat kakak2 ibu.. Amin!

Ragam Arif My Chinta Hati


~Muka puas coz dapat pakaikan barney pampers!~

~Gambar bergoyang~

~Goyang lagik... Syok sangat dpt amik gambos!~

~sampai ternganga2~

Ceritera Arif & Ibu


Ermmm kali ni ibu nak bercerita pasal Arif dan makanan kesukaannya, 1st gula2! Arif memang suka, kalau mengamuk ibu pujuk dgn gula2 dan dan dia diam n berenti mengamuk! Selalunya ibu bagi mentos pada Arif, pengalaman ibu kalau nak bagi jgn tunjuk depan dia ade banyak dan simpan kat mana kalau tak selagi tak habis selagi tu lah dia mintak! ibu pun serik beli banyak2 untuk Arif.
~
Selain gula2 Arif sekarang ni suka makan ayam & ikan, kalau ade 2 lauk ni tak mau dijamah lansung nasi, kdg2 ibu terpaksa guna hanger untuk acah2kan dia. bukan apa risau juga bila tak nak makan nasi ni, usia dah menjangkau 2 tahun lebih ni mana boleh harap pada susu saje. Tapi yang ibu suka sangat Arif suka makan sayur2 hatta sampai masa ibu tengah potong sawi Arif boleh minta untuk makan. Timun & tomato mmg peberet Arif, Alhamdulillah syukur ibu sbb Arif suka makan sayur. sekurang2nya ade tenaga untuk dia.
~
Haaa ni cerita pasal ibu plak.... ibu ni musykil samaada ibu ni pegnen ke tak? bukan apa ibu mengalami simptom2

Isnin, 17 Januari 2011

Bila Ibu Sedih....


En3 kali ni agak emo skit...
Ibu hari ni asyik teringatkan arwah mak ibu, selalu bila ibu ade masalah mak lah tempat ibu bercerita, walaupun tak semua yang ibu luahkan.... Hari ini ibu susah hati, ibu ade masalh tapi pada siapa ibu nak bercerita dan minta tolong? ibu dah tak de tempat bercerita lagi...
*
Petang tadi masa ibu leka ditempat ibu tetiba ibu terdetik dalam hati "Balik nanti ibu nak ajak mak p pasar malam lah". kenapa dengan ibu ni? kan ke mak ibu dah sebulan lebih meninggal... tak pasal2 ibu menangis bila ibu tersedar yang ibu merapu. Ya Allah terasanya kehilangan mak... sobs.sobs... ibu menagis lagi....
*
Ibu jugak kadang2 kesiankan Arif, bila ibu marah Arif selalu panggil nenek dia, ade sekali tu Arif peluk lap top ibu bila ibu buka gambar arwah mak ibu... Kesian Arif... Arif dengan mak memang rapat, kalau ibu marah2 Arif mak mesti marah ibu, mesti mak ambil Arif bawa lari ke tempat lain, mesti mak bawak Arif masuk bilik, dan itulah selalunya punca ibu berselisih faham mak. Mungkin mak kerap kecik hati dengan ibu, maafkan anakmu mak, halalkan segalanya, halalkan juga susu yang mak berikan kepada anakm ini.
Semoga Mak damai di sana Amin!!!

~Anak Istemewa Anak Bertuah~

Salam semua kawan2 ibu, apa khabar semua? sihatlah hendaknya...
Sedari pagi td selesai ibu menyiapkan tugasan yang tertangguh selama ini, ibu terus menziarahi blog2 yang ibu polo, lepas satu blog ke satu blog yang lain, ade cerita yang happy dan tak kurang juga yang agak menyentuh hati dan perasaan ibu, terutama kisah dari blog yang ibu selalu ziarah secara senyap, blog Kak Nani Umi Iman, entri kali ini [KLIK] amatlah buat ibu tersentuh... Anak istimewa ini terlalu istimewa buat setiap mata yang memandang. sebab tu Iman di panggil Tuah oleh tuan kedai makan, Tuah yang kita tak nampak dan perasan. Ibu akan sentiasa mendoakan anak2 seperti Iman.. Ibu akan salurkan kasih sayang ibu melalui doa ibu setiap kali selesai solat... Insyaallah!
~
Ibu kagum dengan kekuatan yang ade pada kak nani, semangat kak nani ibu jadikan sumber kekuatan untuk ibu dikala ibu hampir mahu tumbang dek kerana ujian2 yang ibu lalui...
Begitu juga dengan ibu2 dari keluarga super yang lain.. walaupun ibu tak mempunyai anak2 istimewa seperti mereka namun ibu jadikan mereka sebagai sumber kekuatan ibu, ibu jadikan mereka cermin dan semangat ibu, sesungguhnya kita tak tahu apa yang Allah rancangkan terhadap kita, mungkin kali ini kita bernasib baik esok lusa kita tak tahu.... Wallaua'alam!

*Kepada Kak Nani andai tersinggah ke sini maaf krn sy masukkan nama akak dlm en3 kali ini.
Juga kepada Keluarga Super yang lain!

Ahad, 16 Januari 2011

Morning....


Morning semua hehehe biar pun dah 11.35am... tapi still pagi lagi kan?
Hari minggu ni mana ibu nak p ye? Arif mesti mengamuk ajak ibu jalan2 kejap lagi... Ibu tengah berkira2 nak ke mana hari ni... ermmm K4 ke Jusco Alpha Angle ke @pun ibu p umah abang2 ibu...
~
Apa pun ibu kena settlekan kerja2 rumah dulu... heheheh kain baju ibu baru je berputar dlm mesin basuh tu... agak lewat hari ni membasuh...
Okissss ibu nak settle kan mana yg belom di settle kan.... hahhh... apa makan pagi tadi? ibu n Arif just makan nasi ayam berlauk ikan kicap tapau dari umah abg semalam... heheh lauk kenduri malam tadi sbb tu ayamnya tak ade... ok tata dulu nanti kita jumpa lagi yerk! sayonara...

Sabtu, 15 Januari 2011

Hanna Dah Dapat Baby (Farish Irfan B. Kamal Arief)


Tahniah kepada bekas rakan sekerja ibu Hanna diatas kelahiran putera sulung beliau pada 11.01.11 baru2 ini, cantik kan tarikh lahir baby Farish irfan ni, ibu doakan semoga Hanna sihat selalu n jaga diri masa dalam pantang!
~
Ada masa Hanna share gambar baby dgn akak ye?

P/s: gambar kat atas tu masa Hanna bersanding di rumah pihak lelaki pada 01.01.10!

Jumaat, 14 Januari 2011

~Momok~


Cerita ceriti ibu petang ni plak pasal Arif yang suka sangat tunjuk kat ibu momok, semalam masa ibu tengah syok mengadap FB Arif tarik tangan ibu dan pegang muka ibu suruh tengok ke arah dapur sambil kata "Mak ngok tu... ngok mak, momok akut mak".... Aduyaiii anak ibu... ibu ni sejak arwah mak ibu meninggal ibu jadi penakut, bukan ibu takut andai ternampak2 bayangan arwah makibu, tapi ibu takut syaitan yang menyerupai arwah mak ibu dengan rupa yang menakutkan, kawan2 faham kan maksud ibu? susahnya ibu nak terangkan.

Berbalik pada Arif tadi yang takutkan momok, ibu masa tu mmg tak tengok langsung kearah yang Arif tunjuk, ibu tak nak tengok muka hudoh syaitan yang di rejam, kalau comel mcm casper kat bawah ni ok gak, Ibu akui mmg ibu penakut selama ni tapi ibu kuatkan semangat.... Kebetulan masa tu memang ibu pasang TV kuat skit so hilanglah ketakutan tu disamping ibu menyibukkan diri dengan kawan2 ibu di FB. Dan julung2 kalinya semalam ibu tidur awal dari biasa.....


Ragam Manusia

Salam Kawan2 Ibu....
sebenarnya ibu terlalu letih melayan kerenah manusia disekeliling ibu, ibu pun tak faham kenapa mereka ni manusia jenis apa, silap sikit di perbesarkan.... Sehabis usaha ibu cuba untuk selesaikan apa yang dikehendaki tapi tak tahukah mereka yang ibu juga manusia biasa, ibu perlu rehat, ibu juga melakukan kesilapan seperti mereka juga, ibu juga lalai dan yang paling penting tak tahukah mereka ibu hanya ada 2 tangan dan 1 otak?
~
Kalau lah ibu tak fikirkan apa akan terjadi pada kehidupan ibu dan anak ibu kalau ibu memilih untuk jadi suri rumah dah lama ibu hantar surat letak jawatan sebagai operator merangkap kerani cabuk di opis ibu ni. Ibu kesiankan suami ibu dia berkerja keras untuk menyara kami semua... maklumlah Kak Y & Kak M tak berkerja....
~
Tolonglah orang2 disekeliling ibu, janganlah pikir korang je sibuk, penat,pening dan serabut ibu juga serabut, ibu juga sibuk,penatnpening dan serabut!
~
Ya Allah bantulah hamba...
(@,@)

Besday My Luvly Chinta Hati

Selamat Pagi.... Entri kali ni berkisar tentang besday my luvly chinta hati ibu dan agak lewat, hari ini genap 2 tahun 1 bulan usia Arif, Mengikut perancangan awal memang nak buat majlis kecil2an coz tahun lepas ibu tak buat apa2 majlis kerana kewangan masa tu terhad, namun benarlah kata2 KITA HANYA MERANCANG &ALLAH YANG MENENTUKAN, 10 hari sebelum besday Arif, nenek Arif meninggalkan kami semua buat selama2nya. So tiadalah apa2 sambutan bila sampai waktunya.
~
Walaubagaimana pun malam tu ibu dan mak lang Arif bawak Arif jalan2 di K4 Wangsa Maju, macam Arif tahu2 je yang hari tu besday dia, di K4 macam2 lah yang dia nak, permintaan pertama jam tangan Ben 10, ibu sbnrnya tak nak beli coz mama Niza (rakan seopis ibu) ada bagi jam tangan yg serupa tapi gambar upin dan ipin pada Arif tapi memandangkan si Arif dah mengamuk n tak mahu berjalan maka terpaksalah ibu turutkan juga permintaannya memandangkan hari tu besday Arif.
sewaktu jalan2 dalam K4 Arif nampak pulak mainan dah mengamuk sakan nak kan mainan, tengok2 harga mak aii tak sanggup ibu beli benda sekenit tu sampai puluhan regenya, so ibu pujuk lagi kali ni Arif yang memang malam tu tak makan pujuk lansung (buat perangai). sudahnya ibu ambil sempua yang ada nombor & huruf ABC goncang2 depan Arif, bila dengar bunyi baru lah dia berhenti menangis. Harganya? RM7!
~
Jalan kedepan sikit nampak bola pulak, meraung plak sekali lagi habis di campak mainan yang baru je dibeli tadi.... ibu pujuk lagi coz kat rumah dah ade 2 biji, haiyya ini mudak aaa banyak ragam... Kesudahannya maklang dia belikan juga bola tu....
~
Arif2 menjangkau usia 2 tahun ni bertambah2 akalnya....
Banyak orang cakap Arif ni cerdik walau agak lasak... betul ke? Harap2 begitulah Insyaallah!
Ermmm Tak best kan entri ni.... apa pun ibu tak kesah janji ibu puas hati dapat cerita pasal anak ibu....
Tata Sayonara untuk kali ini!


Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...