Khamis, 23 September 2010

(Kes Buang Bayi) Pesalah Berdepan Hukuman Gantung Mandatori

Mari kita lihat statistik pembuangan bayi dahulu..

  • Daripada tahun 2005 sehingga Ogos 2010 -sebanyak 472 kes dilaporkan dimana214 kes melibatkan bayi dijumpai hidup dan 258 kes bayi dijumpai mati.
  • Tahun 2009 pula menyaksikan 79 kes buang bayi dilaporkan dengan 25 kes bayi lelaki dan 29 perempuan manakala 25 janin yang tidak dikenalpasti jantina.
  • Manakala daripada Januari 2010 sehingga Ogos 2010 sahaja terdapat 65 kespembuangan bayi dan kes tersebut boleh dipecahkan seperti jadual dibawah : -

Statistik Buang Bayi Januari sehingga Ogos 2010

26bayi lelaki
25bayi perempuan
24janin tidak pasti jantina
2kes dijatuhkan hukuman
6kes dalam perbicaraan
21ditahan untuk siasatan

Hukuman yang menanti :

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh jika buang bayi sehingga menyebabkan kematian dan suspek akan dikenakan hukumangantung mandatori.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh jika bayi yang dibuang masih hidup dan suspek akan dihadapkan ke muka pengadilan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama 20 tahun.

Bagaimanapun, keputusan untuk menyabitkan sesuatu kes pembuangan bayi kepada bunuh atau kesalahan lain hanya akan ditentukan oleh Peguam Negara.

Harap mahkamah tegas dengan keputusan tersebut dan menolak sebarang rayuan bagi membuktikan bahawa kerajaan serius menangani masalah ini. Mereka wajar dikenakan hukuman yang berat agar dapat memberi pengajaran kepada yang lain, memandangkan gejala ini sudah tidak terbendung lagi.



KUALA LUMPUR 16 Ogos – Kes buang bayi hingga menyebabkan kematian akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala jika bayi berkenaan masih hidup, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 307 kanun sama atas cubaan membunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis sedia bertindak mengikut klasifikasi berkenaan bagi kes pembuangan bayi sekiranya ia merupakan langkah terbaik dalam membendung jenayah kejam itu.

Bagaimanapun, katanya keputusan untuk menyabitkan sesuatu kes pembuangan bayi kepada bunuh atau kesalahan lain hanya akan ditentukan oleh Peguam Negara.

Mohd. Bakri berkata, polis bimbang kes pembuangan bayi akan meningkat tahun ini berbanding tahun lepas, terutamanya melibatkan warga tempatan.

Setakat ini, pada tahun ini, sahaja seramai 65 bayi dilaporkan dibuang iaitu 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 24 janin yang tidak diketahui jantinanya, kata Mohd. Bakri kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

“Sepanjang tahun lepas sebanyak 79 kes dicatat iaitu 25 lelaki, 29 perempuan dan 25 janin yang tidak dikenal pasti jantina.

“Pada tahun ini walaupun belum sampai lapan bulan sudah nampak ada peningkatan pembuangan bayi yang amat mengecewakan,” katanya. – Bernama


Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...