Rabu, 21 Julai 2010

NYAMUK or LANGAU

Kali ini aku betul2 sakit hati, ntah tak tahulah.. apa nak jadi dengan manusia yang sorang ni,
wajarkah aku berbaik2 dengan manusia sepertinya yang tak ubah seperti Nyamuk @ Langau? hinggap atau merapati sesuatu untuk sesuatu tujuan..

Apa agaknya yang dia ni dapat dengan melaga2 kan orang agaknya? mungkin menjadi suatu kepuasan jika dapat menglebel seseorang atau pun dapat memburuk2kan seseorang di mata pihak lain!!!

Ade benarnya sesetengah sahabat kata jgn layan org tak ade 'AKAL' ni, tapi makin di biarkan makin menjadi2 plak...
Bercakap mengalahkan PM, semua dia je yang betul org lain salah.. kerja kononnya sempurna tapi aku tengok berterabur...
lantaklah apa orang yg kenal dia nak cakap bila baca catatan aku kali ni....

bagi aku dia tak ubah seperti NYAMUK @ LANGAU....

Rabu, 14 Julai 2010

Resepi Butter Prawn

Bahan-bahan:
4 ekor udang galah

Bahan A:
Mentega secukupnya
1 butir telur
Sedikit susu cair
Sedikit susu pekat
* Kacau sebati kesemuanya
* Kalau guna butter yang unsalted, boleh lah tambahkan sedikit garam semasa menggoreng udang

Bahan B
1 batang serai
4 tangkai cili padi
Daun kari secukupnya
* Dihiris halus dan digoreng dgn sedikit minyak

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dan goreng bahan A yg telah dikacau sebati dlm satu bekas tadi.
2. Caranya dengan memasukkan bahan A ke dalam kuali berisi minyak tadi adalah dengan menuang perlahan-lahan dan terus dikacau sehingga kekuningan. Angkat dan gaul bersama udang yang telah digoreng serta Bahan B yg telah digoreng ketika masih panas.
3. Hias dan hidang mengikut citarasa anda.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...