Khamis, 30 Julai 2009

Hospital lagi..*demam n batuk*

Hampir 2 minggu aku menghuni wad kanak-kanak di institiut pediatrik KL.Sebulan 3x anak aku masuk wad, Dalam pada itu bermacam2 keadaan pesakit yang aku dapat lihat, diantaranya penyakit sawan tarik, asma dan jantung yang lain lebih kepada demam dan jangkitan kuman paru2.

Kali ni anakku arif masuk ke wad ni kerana demam dan batuk yang teruk, 3 malam arif tak boleh tido d sbb kan batuk, kalau tido pun mesti terjaga kerana tersedak kan kahak yang banyak... hari pertama di wad arif di tempatkan di bilik no7 (bilik pemerhatian). Dalam bilik tu cuma 4 pesakit aku tengok semuanya dalam keadaan yang teruk juga lah.. hati aku tersentuh ketika melihat kakak di hadapan ku.. aku sedikit pelik kerana melihat dia menjaga 2 org sekali anak dlm bilik tu, bila aku tanya rupanya anak dia yang kecil tu tidak sakit apa2, tp kerana masih menyusu badan dan tak ada org nak menjaganya jd terpaksalah di bawa bersama menemani abangnya. Kesian anak kecil itu ia terdedah kepada bermacam penyakit kerana menemani abangnya yang sakit sawan dari kecil lagi.

Aku bersyukur krn arif tidak seteruk anaknya, tetapi hati aku tetap runsing memikirkan arif yang masih tidak di ketahui keputusan darahnya.. kali ni doktor takut2 kena denggi.. pening aku tengok keadaan arif yang berwayar di badan dan memakai oksigen.
tapi bila kenang balik kelakar pun ade jugak.. petang hari pertama aku di wad suami ku ketika itu outstation ke kedah, jadi dia minta anak tiri ku Norazam datang menjengok adiknya.. ketika Azam dukong Arif aku tengok carta oksigen Arif di monitor satu line saja.. aku pandang muka arif ok je tp knp monitor tunjuk tak ada oksigen.. kelam kabut jugak la aku, bila aku cek rupanya alat yang di pasang di kaki arif tercabut n rosak kerana arif tendang.. malam tu saja arif rosakkan 2 bnda tu.. aku bgth nurse tak payah lah pakai bnda ni dah 2 arif rosakkan...

Seminggu lebih duduk wad arif di benarkan pulang dengan di bekalkan pam untuk asma,
so skrg aku kn pam arif hari2 lah.. kadang2 arif seronok kadang2 menangis x selesa....

Sbnrnya banyak lagi yang nak d cerita tapi masa tak mengizinkan....


Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...