Khamis, 30 Oktober 2014

Bronkitis kronik

Bronkitis kronik ditakrifkan sebagai pengeluaran batuk dan kahak pada hampir setiap hari untuk sekurang-kurangnya 3 bulan berturut-turut, sekurang-kurangnya selama 2 tahun berturut-turut. Penyakit ini adalah sebahagian daripada penyakit paru-paru obstruktif kronik, biasanya dikenali sebagai COPD. COPD ditakrifkan sebagai penyakit paru-paru yang dicirikan oleh had aliran udara yang tidak boleh balik sepenuhnya. Keterbatasan aliran udara ini biasanya disebabkan oleh tindak balas keradangan yang tidak normal dari paru-paru kepada zarah berbahaya atau gas walaupun ia boleh dicegah dan dirawat. Ia juga dikaitkan dengan komplikasi lain seperti gizi terjejas, penurunan berat badan dan disfungsi otot rangka.

Keadaan ini lebih kerap berlaku pada orang yang mengambil jalan keluar dengan merokok tembakau. Pencemaran alam sekitar juga menimbulkan risiko bagi keadaan ini. Pada tahun 2005, COPD menyumbang kepada lebih dari 3 juta kematian, dan jika ia terus dengan langkah ini, ia mungkin menjadi punca yang paling penting ketiga kematian di seluruh dunia pada tahun 2020. Kesan ini secara khusus akan menjadi kuat di negara-negara Asia dan Afrika karena kepada penggunaan tembakau yang berlebihan.

PERCAYA SEBELUM BERJAYA



[Percaya Sebelum Berjaya]

Kenapa saya suka sangat dengan pepatah ni? Sebab saya nak BERJAYA jadi saya mesti PERCAYA. Bagaimana?

BEGINI, petang semalam waktu nak ke HKL saya tunggu teksi, mmg x ada la teksi lalu diwaktu puncak mcm ni, semua org pakat sibuk nak balik dr kerja, kalau ada pun teksi yang lalu semua ada penumpang.

Teringat pepatah diatas, jadi saya cakap sorg2 tepi jalan yang saya percaya teksi tu akan ambil saya, cakap berulang kali di selangi doa " Ya Allah permudahkanlah urusanku" bila teksi lalu berpenumpang sy ulang doa diatas berulang kali sambil mata melilau dan minda berkata "saya percaya ada orang berhenti tumpangkan saya" tiba2 kawan sepejabat lalu dan berhenti tumpangkan saya.

Alhamdulillah urusan dipermudahkan Allah walau agak lambat sedikit, kerana apa? Kerana saya Percaya Sebelum Berjaya, berjaya sampai ke hala tuju yg saya ingin sampai.

Paling penting positive sokmo

Shaklee effect - LUA

posted from Bloggeroid

Selasa, 28 Oktober 2014

Doa dan petua untuk betulkan kedudukan bayi songsang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa habaq semua? Hehehehe... Ok hari ni ibu just nak share doa dan petua untuk betulkan kedududkan bayi songsang. Ok kat bawah ni doa yang boleh di amalkan sebagai usaha kita, apa pun kita WAJIB kembali kepada Allah.



Selain doa kita boleh juga amalkan benerapa petua orang lama antaranya sujud lama-lama in sha Allah baby akan berubah kedudukan dan anda boleh juga mengamalkan doa Nabi Yunus as seperti dibawah.



Selamat mencuba dan semoga dipermudahkan urusan anda...

posted from Bloggeroid

Isnin, 27 Oktober 2014

Halal Test - Kit Untuk Mengesan Unsur Babi





PARIS 25 Okt. – Umat Islam kini mampu mengesan unsur babi dalam makanan, kosmetik dan ubat-ubatan hanya dalam masa beberapa minit menerusi pengenalan kit ‘HalalTest’ keluaran dua usahawan Perancis.


Kit yang menyamai kaedah ujian kehamilan itu dilengkapi dengan dua tabung uji kecil, yang membolehkan sampel makanan dicampurkan dengan air suam sebelum sebatang kayu ujian dimasukkan ke dalam air berkenaan.

Dalam tempoh hanya beberapa minit, keputusan akan tertera pada kayu ujian. Satu garisan bermaksud sampel tiada unsur babi, manakala dua garisan bermakna terdapat unsur babi pada sampel tersebut.

Jean-Francois Julien dan Abderrahmane Chaoui mendapat idea menghasilkan HalalTest semasa berada di universiti dua tahun lalu.

Syarikat pengeluar, Capital Biotech menyatakan, tiada kit ujian lain membolehkan pengguna mengesan elemen babi dengan lebih mudah dan cepat berbanding HalalTest dengan ketepatan 99 peratus dan pada harga 6.90 euro (RM28.67).

Sejak dilancarkan Rabu lalu, mereka menerima tempahan awal sebanyak 10,000 kit ujian HalalTest dalam tempoh 24 jam. –Utusan

posted from Bloggeroid

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...