Selasa, 3 Disember 2013

PROMO DISEMBER 2013 KALI INI OMEGA GUARD


Alhamdulillah syukur Ya Rabb!!!
Bulan ini promo Omega Guard yang banyak kelebihannya...SETIAP BELIAN 6 BOTOL AKAN DAPAT PERCUMA 1 BOTOL OMEGA, bukan itu sahaja, anda juga berpeluang mendapat PERCUMA KEAHLIAN dan BONUS TUNAI pertengahan bulan hadapan, lumayan bukan?

Omega Guard amat sesuai untuk pesakit athma, ekzema, ibu hamil, minda dan otak anak-anak, pesakit gout, pesakit darah tinggi, nak bakar lemak dan banyak lagi....

APA MANFAAT OMEGA 3 DALAM OMEGA GUARD SHAKLEE? 
JOM KITA TENGOK   

Ada 26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa yang perlukan OmegaGuard Shaklee?

# Ibu hamil
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
- Mengawal kenaikan berat badan

# Ibu menyusu
- Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

# Kanak-kanak
- Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
- Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit seperti asthma dan eczema
- Memperkuatkan sistem imunisasi badan

# Mereka yang mengalami masalah berat badan
- Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
- Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang

Nota : OmegaGuard bertindak lebih cepat berbanding LECITHIN. Perumpamaannya, Lecithin tu naik basikal dan OmegaGuard tu naik kapal terbang..

# Sering alami masalah kesihatan
- Batuk berkahak, selesema yang berterusan
- Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
- Sakit strok

Berminat boleh hubungi sy

Isnin, 2 Disember 2013

Jangkitan Fungal di Mulut Bayi








Oleh Dr Zubaidi bin Ahmad (09/02/2011)


Saya pernah didatangi oleh sepasang suami isteri yang mengadu anak mereka mengalami keputihan di dalam mulut. Bayi yang berumur 3 bulan itu menangis ketika saya memeriksanya.

Mulut dan bibirnya agak kering. Bila dia menjerit, saya mengambil kesempatan untuk melihat keadaan di dalam mulutnya.

Keputihan itu seakan-akan kepingan ’susu basi’ melekat di lidah, bahagian dalam mulut dan lelangit. Bahagian mulutnya telah menjadi kering dan kemerah-merahan. Sungguh menyedihkan.

Bagaimana keadaan jangkitan fungal di mulut bayi?
Jangkitan kulat di dalam mulut bayi dinamakan thrush. Banyak faktor yang menyebabkan jangkitan fungal itu. Pakar kanak-kanak mengatakan antara sebabnya ialah belum ada keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormonnya sendiri.

Saya juga suka menasihatkan para ibu yang menyusukan anak agar berhati-hati dengan penggunaan antibiotik atau ubatan herba yang dipindahkan melalui susu ibu. Bayi yang breastfeeding mudah dilanda jangkitan ini jika ibunya mengamalkan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor atau memakan herba (atau jamu) untuk melangsingkan badan.

Oleh kerana keputihan yang disebabkan oleh jangkitan fungal ini serupa dengan saki-baki susu, jadi bagaimana mahu membezakan?
Saki baki susu hanya menyebabkan keputihan di bahagian atas lidah saja. Tetapi jangkitan fungal thrush akan menyebabkan keputihan di seluruh bahagian dalam mulut, iaitu lidah, lelangit dan bahagian pipi dalam (buccal mucosa).

Thrush juga menyebabkan kesakitan kerana terdapat bengkakan (radang) di situ. Jadi bayi akan menangis kerana sakit ketika menyusu (sama ada botol atau breastfeeding).

Ibubapa juga boleh mencuba teknik ini. Masukkan jari yang dibalut dengan saputangan yang basah. Cuba sentuh dan alihkan keputihan itu. Jangkitan fungal thrush, susah ditanggalkan. Jika ia tanggal, kemungkinan meninggalkan luka atau sedikit pendarahan.

Jika keputihan itu boleh ditanggalkan tidak perlulah berjumpa doktor. Berikan saja banyak air masak kepada bayi, insya Allah akan hilang perlahan-lahan.

Jika kita mengesyaki bayi kita mengalami jangkitan fungal, maka berjumpalah doktor. Selalunya doktor akan memberikan ubat anti fungal yang harus dititikkan ke dalam mulut bayi. Bagi bayi yang breastfeeding, ubat itu boleh disapukan ke puting ibu sebelum menyusukan bayi.

Apakah langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan jangkitan fungal ini?
Jangkitan fungal ada kalanya memeningkan kepala kerana banyak sebab jangkitan ini boleh berlaku. Ada bayi yang mudah mengalaminya berbanding dengan bayi yang lain.

Dibawah ini ada beberapa tips yang mudah diamalkan untuk mengelakkan jangkitan fungal ini.

Antaranya ialah :

memberikan air masak selepas menyusukan bayi. Ini akan menanggalkan saki-baki susu yang mungkin tertinggal di ruang mulut. Saki-baki ini akan memudahkan jangkitan fungal.

Jika menyusukan anak secara breastfeeding, pastikan puting ibu dibersihkan dulu. Puting yang lembab di dalam bra selalunya menyebabkan jangkitan fungal.

Bersihkan puting botol menggunakan air yang mendidih sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Jika puting di payudara merekah, jangan sapukan krim antibiotik kecuali atas nasihat doktor. Bayi anda mungkin akan menyusu pada sebelah yang disapukan antibiotik tanpa disengajakan.

Jika bayi sakit, pastikan antibiotik yang diberikan kepada bayi anda adalah atas nasihat doktor. Penggunaan antibiotik yang terlalu lama juga boleh menyebabkan jangkitan ini.

Jika anda sendiri sakit dan memberikan susu secara breastfeeding, pastikan anda telah memberitahu doktor. Ada sesetengah antibiotik boleh sampai ke bayi melalui susu ibu.

Jika tidak pasti sama ada anak anda mengalami jangkitan fungal atau hanya mengalami keputihan disebabkan oleh saki-baki susu yang tertinggal, bawalah berjumpa doctor. Jangan membeli ubat dari farmasi kerana kebanyakan yang menjaga kaunter farmasi hanyalah ‘pembantu kedai’ yang tiada pengetahuan perubatan.

Adakah thrush merbahaya jika tidak dirawat?
Jangkitan fungal thrush tidaklah sampai menyebabkan kematian. Cuma masalahnya ialah apabila jangkitan ini menyebabkan kesakitan pada mulut. Bayi akan kerap menangis dan tidak mahu menyusu. Ini akan menyebabkan dehidrasi pada bayi.

Bayi juga boleh mengalami demam akibat dehidrasi. Doktor selalunya akan memberikan bayi ubat paracetamol untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan demam, selain daripada ubat antifungal.

Jika bayi mengalami demam yang semakin tinggi melebihi 101 darjah F / 38.2 darjah C, dan keputihan itu tidak berkurangan dalam masa seminggu, selalunya keputihan itu disebabkan oleh jangkitan kuman yang berbeza. Bukan lagi jangkitan fungal.

Jika bayi mengalami jangkitan fungal tentulah memenatkan ibubapa yang menjaganya. Kita merasa kesian melihat bayi yang menangis dan tidak boleh menyusu, tetapi janganlah putus asa memberikan rawatan. Semoga Allah memberikan kesabaran atas kesabaran kita.

Wallahu a’lam.

Sumber: http://drzubaidi.com/blog/?p=1395

Ahad, 1 Disember 2013

Penyakit Talasemia dan Vitamin untuk Membantu pesakit hidup lebih sihat



Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:

Talasemia minor : Merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

Talasemia major : Merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.




Tanda dan gejala penyakit Talasemia:

Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.JaundisTumbesaran terbantutPerut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dahi dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Talasemia Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan untuk pesakit Talasemia.

Namun supplemen yang harus diambil adalah Vitamin B complex.

Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.

Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah.

Ostematrix (lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.

Selain dari ini, Energizing Soy Protein (ESP) juga disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga. Seseorang yang mempunyai talasemia mesti berpegang kepada diet tertentu.

Makanan yang dianggap sihat bagi kebanyakan orang boleh menyebabkan komplikasi yang serius bagi pesakit talasemia. Talasemia adalah kumpulan gangguan darah genetik yang boleh menyebabkan masalah kehidupan kesihatan jangka. Itulah sebabnya ia adalah penting untuk mengetahui makanan yang pesakit talasemia boleh dan tidak boleh makan.




Tips dan Peringatan

Elakkan makanan yang mengandungi besi. Sesetengah pesakit talasemia perlu mendapatkan pemindahan darah yang kerap. Ini menyebabkan berlebihan membina besi di dalam badan yang boleh merosakkan jantung dan organ-organ lain.

Protein yang tinggi dalam besi dan harus dielakkan termasuk hati, tiram, kacang, daging, mentega kacang dan tauhu. Bijian yang kaya besi termasuk tortillas tepung, bijirin bayi, dan krim gandum. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi besi dan harus dielakkan termasuk prun, tembikai, kacang, brokoli, kismis, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau.Makan banyak makanan yang mengandungi kalsium. 

Ini adalah amat penting untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Ini adalah penting bagi orang-orang yang mempunyai talasemia sejak tulang lemah dan rapuh boleh menjadi komplikasi penyakit. Produk tenusu adalah sumber kalsium yang baik. Manfaat tambahan ialah bahawa produk tenusu mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap zat besi.Pastikan terdapat vitamin D dalam diet anda. 

Vitamin D diperlukan supaya badan boleh menyerap kalsium. Vitamin D yang terkandung dalam telur, produk tenusu dan ikan.Elakkan pengambilan jus oren kerana pengambilan jus oren akan meningkatkn penyerapan zat besi dalam sistem saraf.Pengambilan teh dan kopi dapat mengurangkan jumlah zat besi yg telah diserap badan.Talasemia juga dikenali sbg 'Cooley's Anemia'.


PM sy untuk maklumat lanjut


Khamis, 21 November 2013

Tahukah anda, Cara mencuci kemaluan dengan betul?






Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bhgian sulit.

Selain untuk menjaga
kesihatan ia juga penting untuk
memastikan amal ibadat kita
seharian di terima.Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri
mereka cukup bagus dengan
banyak amal ibadah bersedekh dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hndak menymbhyangkan
mayat seorang lelaki tetapi
tiba2 tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu.Lalu disruhnya orng mmbukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina A.Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya.

Tetapi ular itu tiba2 berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” 

Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul? Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkn bersih je. Ada caranya….



KAUM LELAKI

Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada
lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlh dgn air sebersihnya.

KAUM WANITA

Apabila mmbsuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusing kan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air
semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul. Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri
dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.
Rasulullah bersabda : "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..moga semua memperolehnya. Aminn.

Selain itu kotoran seperti air kencing juga terdapat lendir-lendir didalam saluran itu terutamanya kaum wanita, dan lendir-lendir itu boleh membawa dan menjadi punca masalah peranakan seperti cyst dan sebagainya.

jadi seperti saranan diatas saya juga menyarankan supaya kaum hawa setiap kali buang air kecil juga setiap kali mandi terutama mandi hadas besar lakukan seperti yang diperintakan supaya kotoran dan bakteria tidak masuk kedalam rahim kita.

Jangan LUPA SHARE yerr..
Ilmu yang bermanfaat perlu
kita amalkan bersama,

Selain itu anda juga boleh mengamalkan ALFALFA COMPLEX untuk detox semua yang tidak diperlukan tubuh badan anda.

untuk maklumat lanjut sila hubungi sy



Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...