Rabu, 11 Mac 2015
13 RESEPI ENAK KETIKA BERPANTANG
13 RESEPI ENAK KETIKA BERPANTANG
Minuman Milo Nestum
Bahan-bahan :
3 sudu besar milo
1 sudu susu pekat manis / atau
2 sudu susu tepung (kalau guna susu tepung, tambahlah gula sikit)
4 sudu besar nestum
Cara-caranya :
Masukkan semua bahan diatas kedalam cawan / mug. Lepas tu tuangkan air panas dan kacau. Campurkan dengan air sejuk jika anda nak kurangkan panas air atau nak bagi suam.
Mudah sangat, dan yang penting ia bagus diambil sama ada bagi mereka yang sedang dalam pantang bersalin atau bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kerana Nestum kaya dengan serat yang boleh membantu sistem penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit manakala milo pula merupakan minuman yang memberi tenaga.
Kerabu Pegaga
Bahan-bahannya :
Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga - tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)
1 inci kunyit hidup
Cara:
Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak.
Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.
Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong.
Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas.
Mesti sedap dan menyelerakan.
Ikan Tenggiri Goreng Halia
Bahan-bahannya :
1 keping ikan tenggiri
4ch halia di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Cara:
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.
Ayam Masak Bijan
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara:
Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.
Sup Ikan Haruan
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
3 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
2 cm halia - di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris
Cara:
Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau. Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.
AYAM MASAK KERING
Bahan-bahan:
200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka).
Hidangkan ketika masih panas.
Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.
Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.
SUP AYAM
Bahan-bahan:
250 ml air
2 ketul ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari – dimayang
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya.
Angkat dan hidangkan.
Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.
DAGING LADA HITAM
Bahan-bahan:
500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi. d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.
AYAM LADA HITAM
Bahan-bahan:
3 ketul ayam
1 labu bawag putih..hiris halus
2 inci halia-hiris halus
3 sudu lada hitam tumbuk
minyak untuk tumis
Cara menyediakan:
Tumis semua bahan kecuali ayam, bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air...bagi ayam empuk..rasa garam dan gula...siap dihidang makan dengan nasi panas
Sup Tulang
Bahan A
1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan
2 sm halia – diketuk
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 sudu teh garam kasar
1 sudu makan gula
Air secukupnya
Bahan B (ditumbuk)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam
Selasa, 10 Mac 2015
13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI
13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.
Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.
Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.
Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
Isnin, 2 Mac 2015
Zinc Complex - Manfaat Utamanya
Semperna promosi Zinc buy 3 free 1 bulan ni jom kita tengok apa manfaat zinc kepada anda..
Manfaat utama yang anda boleh dapat dari Zinc Complex
~ MENGAKTIFKAN 200 JENIS ENZIM - zinc berkebolehan menggabung DNA,RNA dan protin, seterusnya merangsang regenerasi sel. ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzimdidalam tubuh kita untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.
~ MEMBENTUK KOLAGEN - membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
~ MEMPERBAIKI DIABETES - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.
~ BINTIK PUTUH DIKUKU - bintik putih dikuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan anemia, lemah penglihatan dan lemah daya penglihatan.
~ MEMPERTINGKATKAN SISTEM IMUN - membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan hilan infeksi penyakit.
~ MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN LUKA - mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran, penyembuhan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik dikulit. (hancurkan zinc dan tabur keatas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka)
~ MEMPERBAIKI MASALAH PROSTAT - melindungi kesiahatn prostat, menyembuhkan dan memperbaiki benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan protatomegaly/pembengkakan prostat 70%
~ KEMAMPUAN SEKS LELAKI - pengambilan zinc dalam jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma, zinc secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
~ OVULASI WANITA - Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. zinc juga membanu penguncupan uterus mengembalikan ketahanannya.
~ MEMPERBAIKI RADANG KULIT - kajian menunjukkan pengambilan zin 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti anke dan jerawat.
~ MENGEKALKAN DERIA BAU - untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitive (rasa dan bau)
* ZINC ADALAH KHAZANAH LELAKI - zinc didalam prostat lelaki 10 kali ganda dari organ lain.zinc memainkan peranan yang penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikal, kiraan sperma yang rendah , kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian zinc diperlukan oleh remaja hingga ke usia tua.
So apa tunggu lagi.. beli 3 percuma 1, baik beli 1 set untuk simpanan anda....nak2 bualn depan dah start GST ermmm lagi lah rugi kalau x grab bulan ni....
nak order atau sebarang pertanyaan blh pm sy @ wassap je
Siti Darna
018-394 8582
Peneraju kerlipan Jutawan
www.kasih-ibu-arif.com
PROMO MARCH 2015 MENARIK!!!
Assalamualaikum semua...
Wahhhh tak kurang menarik juga promosi bulan march ni ya.....
bulan ni promo ESP buy 6 free 1 @ twin pack less 5%...... RUGI ni kalau x beli....
Vita Lea For Kids & Zinc Complex Buy 3 free 1...
Lepas ni sy akan share lagi mengenai 3 produk ni.... tunggu ya....
in sha ALLAH jika diberi kesihatan sy akan update....
daaa dulu ya.....
Langgan:
Catatan (Atom)
Borang Maklumat Hubungan
Popular Posts
-
Entri kali ini agak 18sx sedikit tetapi amat berguna untuk pasangan yang sudah berumah tangga. Jika anda rasa entri ibu kali ini agak ke...
-
Diet Atkins lebihkan protein berbanding karbohidrat Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. ...
-
Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah ada...
-
Tahukah anda, darah pekat amat merbahaya untuk kesihatan? Jika darah berwarna agak gelap & pekat, bermakna darah kurang oksigen aki...
-
Selamat Malam... Haii kawan2 masih ingat cerite philiphine yg pemes dowlu (Pangako sayo') Lakonan Kristine Hermosa & Jericho Rosale...
Labels
pengedar shaklee wangsa maju
Arif
Alfalfa Complex
ESP - Soy Protein Isolate Powder
OmegaGuard™
Sustained Release Vita-CTM 500 mg
Anakku sayang
GLA Complex
Vita-E Complex®
Meal Shakes
OsteMatrix™
B-Complex
herb-lax
kesihatan wanita
Vivix™
Zinc Complex
CoQ10
Collagen Powder
Lecithin
kesuburan
Vita-Lea® Iron Formula
DTX Complex™
Garlic
NutriFeron
keistimewaan Shaklee
ostematrix
perbezaan shaklee
Advanced Joint Health Tablet
CarotoMax
Chewable Vita-C™ 100 mg
Cinch™ Shake Mix
PHYTOCOL-ST
Performance® Maximum
Basic H
Vita-Lea® for Children Chewable
nutriwhite
papermint gingger
AL QURAN
Cinch™ Energy Tea Mix
Get Clean Healthy
Herbal Blend
alkali
ibu pejabat shaklee


