Isnin, 14 November 2011

.:: Urusan Kaki ::.

Salam Sahabat2,
Alhamdulillah syukur pada ALLAH RAbbul Jalil kerana permudahkan segala urusan ibu dan abah siang td, walaupun kami terpaksa naik kenderaan awan namun semuanya berjalan lancar....

Seawal 8am ibu dan abah bertolak ke Klinik Ortopedik HKL, Jalan sesak makanya kami  9am baru sampai dan ibu terus beratur mengambil no giliran... dan no seperti tertera di bawah!


Huhuhu bermulalah sessi menunggu, dari 9.02am sehinggalah 10.30am baru nama abah di panggil, 1st time dtg FOC lepas ni setiap kali temujanji kena RM5, dah daftar tunggu lagi dan lagi dan lagi... sampai abah naik bosan menunggu, muka dia dah macam2 rupe dia buat, ibu plak duk merepek kat abah sbb dengar lagu rod steward kat tempat menunggu...


11.45am baru lah no 0930 tu di panggil, masuk2 doc tanya x-ray kami cakap tak de, so dia suh p x ray dulu adehh td ms menunggu 3 jam tu kalau suruh p kan settle dah, tp sbb doc tu lembut n suka senyum maka hati ibu pun sejuk... menapak lah kami ke bilik x-ray plak...


Balik dr x-ray doc buka balutan kaki abah, huhuhuhu tengok la rupa kaki yg terperak lama dalam simen tu, hitam dan ngeri tengok kulit2 menggelupas (siapa x sanggup tengok sila tutup hidung). :)


Haaaa hitam kan?
Ermm Alhamdulillah lepas doc berbincang dengan pakar maka kaki abah tak perlu di simen lagi, lega ibu dengar bila doc cakap mcm tu, 2 bulan lagi abah kena datang tapi kena datang fisioterapi 2 minggu lagi... 
haaaa tau jam brp kami settle semua urusan? 3pm baru settle segala makneka.

4pm sampai umah terus tumbang, kebetulan Mamnu' mina solat so ibu tdo sampai 6.45pm terus amik arif kat umah pengasuh, 7pm bermula plak tugas ibu membersihkan kaki abah.... ibu cuci kaki abah dengan air panas, asam jawa dan garam bukit..  



Dan ini hasilnya..................................................................
*

*

*

*

*

*

*

*
Comel la plak ibu tengok... hehehehehehehe

Ermmm.... sorry la sbb ibu duk cerita pasal kaki, tapi ibu sangat berharap kaki ini dapat cepat sembuh untuk menunaikan tanggung jawabnya sebagai suami dan ayah, kesian plak ibu dengar tiap kali abah mengeluh resah tak dapat nak cari rezeki buat sementara waktu ini untuk keluarga...

Doakan semoga kaki abah cepat baik ya...... 
Terima Kasih semua :)












Saja Nak Tayang...


Saja Nak Tayang Lauk Masak Tadi Siang.. hehehe
Siang tadi Ibu masak 3 jenis lauk, Daging goreng lada hitam campur peria katak, ikan selar kuning masak merah campur tomato, ikan selar kuning goreng (untuk Arif) dan cili kering goreng.... Alhamdulillah semua dah settle masuk perut kami..... Esok???

Esok ibu nak bawak abah ke hospital cek kakinya....

ok tata...

Ahad, 13 November 2011

SILA SEBARKAN RISALAH INI



DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR ...

Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi.... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. 

Apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. 

Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus...untuk memurtadkan umat Islam. Sekian.... 

‎-Susu Terakhir buat si kecil-




Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Jangan lupa untuk tekan butang share selepas anda baca ♥

●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...