Khamis, 6 Oktober 2011

SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA!!


SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

(Sumber dari teman-teman di facebook)

Ahad, 2 Oktober 2011

.:: Kisah My Darling :: Berubat Ke Taiping ::.

3.35pm -

Encik lalink ibu otw ke Taiping untuk amik air penawar dan jumpa tukang urut patah (bomoh2 x mo ok), Alkisahnya baru lah diketahui knp tangga yg lalink ibu bergoyang spt ada seseorg dibawah yg menggoncang, rupa2nya sepanjang dia berkerja disitu sejak sabtu lalu, lalink sentiasa pasang bacaan ayat2 Ruqyah yg ibu downlodkan utk dia, menurutnya lagi makhluk halus yg tinggal di rumah kosong tu marah krn kepanasan, guard yg jaga kawan perumahan tu pu turut diganggu semalam.

Walau apa pun punca nya ibu bersyukur lalink ibu tak teruk sangat, sedara lalink pun skrg lemah2 badan sejak peristiwa lalink jatuh semalam, apa pun ALLAH lebih berkuasa bukan makhluk tu, Semoga ALLAH pelihara keselamatan lalink ibu... Amin!

.:: Kaki My Darling ::.


Ini lah rupa kaki my lalink bila dah kena simen..

Ibu ingat just kat bawah je simen sampai betis sbb retak kat pergelangan kaki..
Rupanya sampai ke peha, menurut ceritanya dia tak tahu kenapa tiba2 tangga yg dipanjat untuk kerja tu bergoyang2, ikutkan dia tak de pape, jatuh tepi longkang yang menyebabkan retak sbb kaki terhantuk pada longkang tu, rupanya lalink ibu dah dpt petanda malam tu dia bermimpi kakinya termasuk dalam selut yg sejuk sangat, bila di tarik selut tu sedut kakinya kedalam lagi....

Alhamdulillah pagi tadi ibu dapat bersembang ngan lalink, katanya dah ok, tapi baru tadi ni sms kata berdenyut2, yg mampu ibu lakukan hanyalah berdoa supaya cepat sembuh, menurut kata doktor plak akan mengambil masa 3 bulan untuk sembuh... harap2 lebih awal dari tu, tak sanggup tengok lalink menderita kesakitan....

Kuatkan semangat ye abang, semoga ALLAH merahmati abang...

Di Duga Lagi...

Salam sayang buat semua sahabat2 ibu...
x tahu bagaimana mahu ibu mulakan  cerita ibu kali ini, semalam petang dalam jam 2 lebih hati ibu remuk bila ibu mendengar suara suami ibu mengerang & menangis kesakitan, apa yang ibu boleh lakukan ketika itu suami ibu di Perak ibu pula di KL, Suami ibu jatuh tangga ketika lakukan kerja2 mengecat di perumahan JKR Perak. Kebetulan masa kejadian dia berseorangan, mujur dia kol ibu,  minta ibu kol saudaranya, dengan tangan terketar2 ibu cari no saudara td, mujur ibu simpan no tu sblm ni...


Dalam 1/2 jam ibu kol balik, katanya hanya terseliuh je tp rupanya setelah ke hospital tulang pergelangan kakinya retak, Ya ALLAH sedihnya ibu... patutlah berat ibu nak lepaskan dia pulang ke kampung, rupanya motor pancit sewaktu dalam perjalanan dia pulang malam jumaat lepas membawa petanda yg akan berlaku kejadian ini...

Tak sangka ibu teruji sebegini, ibu lebih rela menerima ujian lain, tapi ujian sebegini ibu tak mampu sebenarnya, dialah tempat ibu berpaut sewaktu ibu memerlukannya, dibahu dialah tempat ibu letakkan kepala disaat ibu keresahan, didadanya juga tempat ibu menyembam muka dikala ibu tak mampu menahan kesedihan yang melampau... ibu tak sanggup kehilangan dia, harapan ibu biarlah dia cepat sembuh krn beberapa minit sblm jatuh dia hantar msg "Rabu ni abang balik KL, ade 3 hari je lagi kerja abg kat sini". biar dia cepat balik ke sini supaya senang hati ibu bila dia berada di depan mata...

Ya Allah lindungi lah suamiku dari sebarang malapetaka lagi selepas ini... Amin,

Kawan2 sudilah kiranya doakan suami ibu ya!

Terima Kasih

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...