Rabu, 12 Januari 2011

NAK BAWA JUGA KE?

Heeeee... ade je lagi entri untuk hari ni, teringat petang semalam my luvly lalink balik untuk bawak Arif ke klinik, sampai2 umah terus lalink cakap "nak bawa jugak ke?"... tahu kenapa lalink ku tanya macam tu? ye la masakan tidak pagi aku kol kata anak semput dr malam tadi sampai tak tido dan Arif hanya tido selepas aku pam inhaler padanya, masa lalinkku sampai Arif dah terlompat2 dari pukul 12pm lagi.
~
Sbnrnya sblm lalink sampai lagi aku dah terfikir, kalau bawak ke klinik nanti nak cakap apa ngan doc? nak kata Arif semput dah lega so kata sepakat tengok dulu keadaan Arif malam tadi,Alhamdulillah sampai ke pagi tdo lena dan macam biasa liat nak bangun dr tidonya yang lena... tapi musti bangun jugak coz hari ni aku nak p opis awal jalan jem....... so bangun lah si Arif dengan diiringi rengekannya yg sampai depan umah pengasuh pun tak sudah2....
~
Arif, Arif lah tempat ibu meluah segalanya walaupun terkadang terluah marah juga pada Arif tapi Ibu sayang Arif lebih dari segalanya.....

Anak Bertuah Ibu {Bah nak ikit bah}


Hehehehe... lawak pun ade bila teringat gelagat Ahmad Arif tempoh hari, sebaik bangun pagi abah dia terus hidupkan rokok depan2 Arif jugak, Arif yg semakin petah bercakap tiba2 bersuara "Bah, nak ikit bah". Bila abahnya tanya apa? dia sambung lagi "bah nak ikit bah nak ikit"... sambil tunjuk rokok kat tangan abahnya.

Ahaksss.... betuah punya anak... ade ke dia nak rokok abahnya...

Moral of the story jgn isap rokok depan anak!

~Datang Semula~


Entri kali ni pulak pasal DATANG SEMULA! Apa yang datang? hahahaha ini dia bak kata Oshin di blognya "SEMANGAT BARU" yang hadir kembali kerana kak Sheila bersemangat untuk aktif berblog, bagi aku mungkin ini salah satu cara juga untuk merapatkan ukhwah jika benar 15 march 11 ni facebook akan berhenti beroperasi....

Trimas kakak sheila....

Idea akak memang best apa pun jom kita merapatkan ukhwah disamping berkongsi cerita bersama..... Muah muah muah!

~Yang pertama 2011~

Salam,
Teman2 yang di rindui dan di sayangi...
Agak lama dah tak mengapdet blog ni, seingatku sejak arwah mak meninggal cuma sekali aku masukkan entry lepas tu tak ade lagi, pemergian mak seolah2 membawa bersama semangat aku dengannya, segalanya aku jadi lemah selepas ketiadaannya, baik dari segi kesihatan juga
semangat.
Pagi hari malas nak ke opis, badan pun sakit2 anak pula meragam.

Selepas mak meninggal rumah arwah cuma tinggal adik aku berdua masing2 masih bujang n dara so selepas mendapat kata sepakat abang2ku cadangkan aku pindah duduk di rumah arwah

dan suamiku pun setuju, maka aku berpindah semula ke rumah arwah. Bukan jauh cuma di blok depan saje. Bagiku bagus juga di samping dapat jimat duit sewa bulanan sekurang2nya aku juga tak ternampak2 macam arwah masih ada berdiri di tempat jemur kain memanggil aku yang kadang kala aku tengah menjemur kain atau memasak di dapur (sedihnya teringat mak).


Alhamdulillah dengan pertolangan anak2, anak sdare n adik aku barang2 telah selamat di pindahkan kerumah Arwah mak... so sekarang dlm rumah semua serba dua lah...
Namun kerinduan pada arwah mak tak pernah padam, semoga arwah mak damai di sana... Amin!

~Inilah Catatanku yang Pertama 2011~

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...