Jumaat, 6 November 2009

H1N1 Masih menular???

H1N1 masih lagi menular walaupun tidak sehebat dulu, namun kita tetap perlu berhati-hati dan menjaga kebersihan diri...

Selain itu juga kita sebagai hamba ALLAH jgn lah berputus asa untuk meminta dari Tuan Punya Dunia ALLAH yang maha PEMURAH lagi maha PENYAYANG...

Iklan di tv pun masih lagi mempromosikan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri untuk mengelak di jangkiti penyakit merbahaya itu. Dengan senang hatinya saya nak berkongsi doa untuk mengelak penyakit merbahaya seperti H1N1 dengan kawan2 yg sudi jengah blog saya yg tak seberapa nih....




Selamat BerAmal.....

Khamis, 5 November 2009

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan darpada Allah. Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba dipupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tidak keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitutaat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumah tangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama.

Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayani Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumah tangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.


Sebagai seorang pekerja yang juga sibuk di pejabat, ada kalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah dalam keluarga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.


Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapapun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang, saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah, Penat dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.


Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau-senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-rnasing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang hati saya dan anak-anak menyetujuinya.

Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada lagi hari untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.


Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan dan mengantuk segera lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dengan kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya, dan saya tidak sempat bertemunya.



Meskipun reda dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s.a.w; "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah.


Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya... semoga Allah perkenankannya.


2003, Sumber dari Nur 07

Rabu, 4 November 2009

BESDAY MAK HARI NIH....




Hari ni genap usia mak 63 tahun, keadaan kesihatan mak kurang memuaskan sejak kebelakangan ni. Jumaat 2 minggu lepas mak jatuh tangga ketika nak p kedai, puas sebelum ni aku nasihatkan mak supaya jangan keluar sorang2 tapi mak kata bosan duk kat umah tak buat apa ye lah sekarang kami tinggal di rumah flat bukan rumah kampung, kesan dari itu kaki mak bengkak dan tulang lututnya retak sikit, malam tu abang aku Mail bawak mak ke GH untuk rawatan, mujur mak tak di tahan wad.




Berbalik pd ulang tahun mak, tahun ni macam tahun lepas juga rasanya kami adikberadik tak dapat nak meraikan ulangtahun kelahiran mak.. gambar2 ni masa sambutan hari ibu tahun lepas kami adikberadik raikan mak... masa tu aku baru saja disahkan mengandungkan buah hati pengarang jantungku Ahmad Arif yang kini berusia 11 bulan...



pagi tadi selesai mandi dan nak bersiap ke tempat kerja aku hulur tangan pada mak, mak pelik dan tanya nak apa kau kata lah nak salam, mak pelik sbb kuar je bilik air aku terus nak salam dia, bila salam aku di sambut aku ucap selamat ulang tahun kelahiran, mak boleh tanya sape punya besday? aku ketawakan mak rupanya mak tak ingat hari ni hari lahir mak...

Apa ye nak belikan mak? dalam keadaan kegawatan ekonomi (poket aku kering walau masih awal bulan) biasanya kami akan belikan baju @ pun barang2 lain yang boleh mak pakai... tapi tahun ni rasanya aku cuma dapat berdoa supaya mak sihat dan murah rezki serta panjang umur!

"YA ALLAH KAU PANJANGKANLAH USIA IBUKU DAN MURAHKAN LAH REZKINYA SERTA BERIKANLAH DIA KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT...AMIN"


Isnin, 12 Oktober 2009

Bersua Kembali Sahabat2ku....

Kepada sahabat2 yang dikasihi....
terlalu lama rasanya blog ini tak di jengok2.. ini kerana kesibukan aku menguruskan buah hati pengarang jantung ku... Ahmad Arif kerap keluar masuk hospitaal kerana masalah paru2. Arif anak yg ceria tak lokek senyuman dan ramah orangnya tp tak siapa sangka dia sebenarnya sakit.... Pada asalnya di masukkan ke wad hanya kerana jangkitan kuman kemudian di sah kan asma kini paru2 kirinya bermasaalah....

17 Sept 2009/27 Ramadhan 1430
Aku membawa Arif ke klinik pakar klinik pediatrik HKL, tak sangka hari itu Arif di tahan kerana dia bernafas laju, sebaik doktor menasihatkan supaya tinggal di wad airmata aku bergenang tp aku tahan supaya tidak tumpah di hadapan doktor... Bayangkan 3 hari lagi ummat Islam akan menyambut kedatangan syawal.... hendak tak hendak aku terpaksa akur dengan nasuhat doktor kerana bimbang keadaan Arif bertambah lebih teruk... Ketika Takbir raya bergema aku tak dapat menahan airmataku, kebetulan suaamiku beraya di Terengganu, mlm tu sblm bertolak pulang dia telifon aku sebak sbb taak dapat kucup tangan sang suami di pagi syawal tp demi Arif aku tabahkan hati...

Begini lah keadaan Arif ketika di wad,
1 syawal kesedihan kami terubat bila keluarga datang menjengok, mak aku pulak tiap2 hari datang menjengok cucunya... tapi pd ptg 3syawal naluri keibuanku sekali lg terluka pedih bila doktor yang merawat Arif meminta persetujuan untuk membuat skop (memasukkan sejenis wayar yang di ujungnya ada kamera) pd Arif, doktor minta aku berbincang dengan suamiku... aku tak tahu apa yang patut aku buat suamiku tak dapat dihubungi mungkin disana tiada line. aku nekad walaupun keputusan yg aku buat ini berat, doktor juga memberitahu tntg risiko2 yg bakal dihadapi. aku jadi bertambah takut bilaa doktor tempah katil di PICU untuk Arif takut2 berlaku sebarang yang tak di ingini..
Mlm tu juga aku menandatangani borang persetujuan setelah berusaha berkali2 menghubungi suamiku.. suamiku redho jika itu yg terbaaik untuk Arif. Pagi keesokan harinya Arif aku hantar sampai ke dewan bedah, saat itu hanya Allah yang tahu betapa sukarnya aku untuk melepaskan Arif (menangis lagi aku).
sejam kemudian aku di panggil semua selesai Alhamdulillah.... Wad PICU juga tak di perlukan untuk arif.. keesokannya arif di benarkan pulang kerana tarikh temujanji CT SCAN jatuh paada 5 Okt jadi Arif perlu masuk wad semula petang 4 Okt...
4 Okt 2009/15 syawal 1430
Tepat jam 6 petang aku dan suamiku bawa arif ke wad KK5 Institiut pediatrik HKL, Arif di tempatkan di katil yg sama, jam 10 mlm Arif di beri ubat dos yg pertama kemudian bermula jam 4 pagi Arif perlu berpuasa untuk ujian CT SCAN pd jam 10 pg, dos ke dua di berikan pd jam 8 pagi.... Pada awalnya Arif masih mahu bermain2 tapi bila jam menunjukkan pukul 9.35 pagi dia mula menangis minta susu, aku pujuk tapi dia semankin kuat menangis, melihat keadaan Arif yg menangis tak berhenti doktor yang merawat Arif minta jururawat beri ubat tidur memandangkan jam 10 Arif akn jalani ujian, 15 minit selepas mkn ubat tidur Arif tidur, kami di bawa dengan aambulan di iringi 2 org jururawat ke bilik ujian...
Sampai di sana aku lihat ramai yg sedang menunggu giliran, jururawat di sebelahku asyik berdoa supaya Arif tak terjaga kerana hampir sejam dia tidur, bila tiba giliran Arif sebaik di letakkan di atas tmpat untuk di scan dia bangun dan terus senyum mengagah orang di sekeliling dia, aku tak terkata, terpaksa lah kami keluar memberi giliran pd org lain, dos ubat tido ke 2 di beri pada Arif, Puas aku ulik supaya tidur tapi Arif lawan rasa ngantuknya.. hampir setengah jam baru lah Arif tidur kembali, kami pun segera bawa ke bilik ujian. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...