Rabu, 14 Januari 2015

Lapor diri dan anak sekolah

Alhamdulillah syukur 1/1/2015 selamat melapor diri jawatan baru tahun baru 2015. Dah puas kerja tempat lama la katakan. Ehhh ibu lapor diri dimana? Jeng jeng jeng....



Ok ni gambar ibu dgn bos baru, dulu kini selamanya ibu In sha Allah, ibu lapor diri dengan syarikat dia lah, berkerja sepenuh masa dengan dia, jaga rumahtangga, jaga anak, jaga makan pakai dia jika diperlukan (time dia di rumah ibu). So agak2 korg tau tak apa kerjaya ibu yang baru? Hahaha SURIRUMAH sepenuh masa In sha Allah bi iznillah....

Habis citer lapor diri, ni nak citer hal anak sekolah plak, Alhamdulillah 12/1/15 Arif masuk tahun 1 di SK Wangsa Maju Zon R10 dan kelas Arif 1 Amanah, sebelah petangnya SRA Darul Huda Sek 10 dalam kelas 1 Imam Hanafi.



Bermulanya persekolahan, bermakna bermulalah tugas ibu menghantar, menjemput Arif pergi dan balik sekolah, buat masa ni ibu tunggu dia, rehat kena ajar dia makan kat mana n sebagainya. Ibu ajar Arif bw bekal makan dan minum, supaya Arif berjimat. Bukan kedekut tp bukankah lebih bagus makan masakan ibu?



Beli juga air, sbb nak air sejuk, sabor je la anak ibu ni.... Hari kedua rekues nasi goreng dan telur dadar, tapi demam x de selera makan, so x habis pun n bw balik semula kerumah.

Kesian anak ibu baru 2 hr sekolah dah mc dihari ke 3, cikgu pun pesan jika demam x perlu datang.



Balik sekolah terus fengsan... Kesian anak ibu, semoga Arif cepat sembuh, lega bila keputusan darah menunjukkan Arif demam biasa sahaja.

Ok sampai ketemu lagi.....

Assalamualaikum

posted from Bloggeroid

Khamis, 1 Januari 2015

Trip ke Pahang, Penang & Kedah 1

Alhamdulillah syukur trip kali ni dipermudahkan Allah walaupun kami terpaksa menempuh detik2 cemas mengharung air limpahan sungai kuala medang, pahang, eceli kami sbnrnya nak ke penang kenduri kawin anak sepupu kami, so abg n adik nak naik pahang dulu di kuala medang ambil abg yg atas ibu, maka kami p lah ke kg abg amik masa lebih kurang 3 jam juga lah, perjalanan lancar cuma masa masuk dlm kawasan kg, kelihatan bekas banjir, tanah runtuh dan air sungai yg masih tinggi, akhirnya sampai juga rumah abg, sampai jam 3am, sampai2 api x de, kami terus tdo...



Rumah abg di kg kuala serau, kuala medang, awal pagi kami bangun n siap2 nak bertolak ke cameron highland, sekali air dah tutup jalan, panik takut terperangkap, abg amik keputusan redah walaupun bahaya, sikit je silap van kami masuk dlm sungai kuala medang. Luruh rasa jantung.. Mmg x sangka van kami masuk dlm air banjir, van terasa terapung masa lalu, masa tu ingt mati je....



Ni limpahan sungai yg kedua kami redah, sblm yg ni yg betul2 menakutkan....



Sebelum balik kami bergambar dulu beramai2..... Hajat nak jumpa kak ipar n anak sedara, tapi depa dah pindah, cuma abg je ada dirumah.



Ni driver kami.... Huhuhu masing2 bw van macam ribut... Bak kata arif atomen ribut....

Ok sambung nnt plak.... Letih nak menaip pakai fon bateri pun dah minta nyawa....

posted from Bloggeroid

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...